Khamis, 26 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PM ucap tahniah kepada USIM menang 3 anugerah di UK

Posted: 26 Dec 2013 01:43 AM PST

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai yang melakar sejarah memenangi tiga anugerah tertinggi daripada Dewan Perniagaan Eropah (EBA).

Universiti itu menerima anugerah 'Best Regional University' dan 'Best Scientist 2013' sementara Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail menerima anugerah 'Manager of The Year'.

"Syabas Universiti Sains Islam Malaysia kerana menang tiga anugerah, antaranya Best Scientist 2013 daripada Dewan Perniagaan Eropah," kata Najib menerusi catatannya di laman sosial Twitter.

USIM menerima anugerah berkenaan daripada EBA pada majlis 'Socrates Award' yang berlangsung di United Kingdom dari 16 hingga 19 Disember lalu. - BERNAMA

3 nelayan diselamatkan di perairan Langkawi

Posted: 25 Dec 2013 11:51 PM PST

LANGKAWI 26 Dis. - Tiga nelayan yang hampir tenggelam akibat bot mereka di pukul ombak kira-kira dua batu nautika dari sini malam tadi berjaya diselamatkan.

Mereka dikenali sebagai Azmi Ahmad, 43, Mahathir Man, 35, dan Mat Ridzuan Mat Saat, 41, dari Tongkat Yard, Alor Setar.

Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Utara, Laksamana Pertama Tan Kok Qwee berkata salah seorang daripada nelayan berkenaan menghubungi talian kecemasan kira-kira pukul 7.40 malam untuk memberitahu masalah yang mereka hadapi dan minta diselamatkan.

"Nelayan-nelayan tersebut sedang melabuhkan pukat untuk menangkap ikan apabila bot mereka dimasuki air akibat dipukul ombak kuat selain berlaku kebocoran pada bot mereka.

"Semasa pasukan mencari tiba, bot nelayan itu hampir tenggelam. Ketiga-tiga nelayan itu sempat diselamatkan dan dibawa ke pengkalan APMM Langkawi dalam keadaan selamat, namun bot mereka tenggelam," kata Tan. - BERNAMA

Amaran angin kencang, laut bergelora

Posted: 25 Dec 2013 11:37 PM PST

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur serta ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter.

Selain itu, kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga 31 Dis.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj berlaku di perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak dan perkhidmatan feri.

Menurut kenyataan itu, ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga awal petang ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved