Ahad, 17 November 2013

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Demonstrasi aman 200 nelayan

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

Oleh ANI AWANG
utusanpenang@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada nelayan yang mengadakan demonstrasi secara aman tanda sokongan kepada kerajaan dalam isu penggunaan pukat tunda di pekarangan pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

PERMATANG PAUH 16 Nov. - Kira-kira 200 orang termasuk nelayan menyertai demonstrasi aman sebagai tanda sokongan kepada kerajaan dalam menguatkuasakan larangan penggunaan pukat tunda 38 mm di pekarangan pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh di Bukit Mertajam.

Tindakan itu bertujuan memastikan punca mata pencarian nelayan di laut terutama nelayan pantai tidak terancam dengan penggunaan pukat tersebut.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (Pen Mutiara) Md. Zainol Ajamin berkata, nelayan pantai di sini sudah lama memperjuangkan isu bot pukat tunda ini kerana ia menjejaskan pendapatan nelayan pantai.

Beliau katanya, penggunaan pukat itu bukan sahaja menyebabkan benih ikan terancam malah ia mengancam kehidupan laut yang lain.

"Kepupusan benih ikan boleh menyebabkan generasi nelayan akan datang yang bergantung kepada laut sukar untuk mencari hasil akibat ancaman pukat 38 mm," katanya selepas menyertai demonstrasi di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said dan kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian itu.

Md. Zainol berkata, ancaman pukat tersebut juga paling ketara kerana nelayan bot terbabit menceroboh kira-kira lima batu nautika ke pantai menyebabkan tangkapan nelayan pantai terjejas dengan teruk.

Katanya, tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu demi melindungi kepentingan nelayan di negara ini.

Beliau percaya dengan penguatkuasaan larangan itu akan membolehkan 6,000 ahli nelayan di negeri ini dapat meningkatkan tangkapan hasil laut demi kepentingan keluarga masing-masing.

PGA pertingkat kawalan banteras ahli kongsi gelap

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

AZMAN Yusof (kiri) berkongsi kegembiraan dengan pegawai dan anggota yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Kualiti Kem Briged Utara PGA di Ipoh, kelmarin.

IPOH 16 Nov. - Pasukan Gerakan Am (PGA) akan memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di kawasan sempadan bagi membanteras anggota kumpulan kongsi gelap yang cuba melarikan diri ke negara jiran susulan daripada Op Cantas Khas.

Komander Briged Utara PGA, Datuk Azman Yusof berkata, pemantauan rapi dilakukan khususnya di semua pintu masuk negara yang menjadi tumpuan anggota kongsi gelap meloloskan diri.

"PGA mempunyai maklumat anggota kumpulan kongsi gelap memasuki negara jiran sama ada hendak tinggal di sana atau mahu membuang tatu pada badan mereka. Mereka juga dikesan menyamar sebagai pelancong untuk masuk ke negara jiran.

"Sehubungan itu, PGA akan mengadakan kawalan lebih ketat dan kerap di sepanjang kawasan sempadan negara bagi mengesan ahli kumpulan ini," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Kualiti Kem Briged Utara PGA, di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin.

Pada majis tersebut, sebanyak 214 pegawai dan anggota PGA Briged Utara menerima sijil penghargaan.

Sementara itu, Azman berkata, Op Cantas Khas di sempadan yang dilancarkan sejak 17 September lalu menumpukan penguatkuasaan terhadap tiga aspek iaitu berkaitan senjata, dadah dan penyeludupan manusia.

Beliau berkata, setakat ini pelbagai barangan bernilai RM52,000 berjaya dirampas sepanjang operasi tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved