Jumaat, 8 November 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Ekonomi masih kukuh walau nilai ringgit susut - Ahmad

Posted: 08 Nov 2013 01:47 AM PST

PONTIAN 8 Nov. - Kedudukan ekonomi negara masih kukuh walaupun nilai ringgit mengalami penyusutan berbanding dolar Singapura.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, penyusutan tersebut tidak memberi sebarang masalah memandangkan nilai ringgit masih stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

"Adalah penting ringgit kukuh dan stabil berbanding dolar AS kerana kebanyakan perdagangan antarabangsa dibuat dalam mata wang berkenaan, bukannya dolar Singapura atau lain-lain.

"Penyusutan mata wang ini juga perlu dilihat dari sudut positif kerana nilai eksport negara terus meningkat selain rakyat Singapura akan terus menjadikan negara ini sebagai destinasi membeli-belah," katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Taman Benut Utama, Benut dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media Singapura tentang kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Singapura iaitu RM2.50 bagi S$1 dan keadaan itu dijangka kekal dalam tempoh enam bulan akan datang.

Nilai mata wang itu dijangka terus meningkat kepada RM3 bagi S$1 dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dengan aliran keluar dana daripada pembelian bon ringgit yang menjadi salah satu punca penyusutan nilai mata wang berkenaan.

Laporan tersebut yang tersebar menerusi laman sosial seperti Facebook turut mendapat maklum balas dan pandangan berbeza-beza daripada rakyat negara ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad memaklumkan, caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M yang dicadangkan kerajaan sebelum ini akan dikuatkuasakan mulai awal tahun depan.

Beliau berkata, insurans perlindungan berjumlah RM30,000 itu akan diberikan kepada waris sekiranya penerima BR1M meninggal dunia.

Bagaimanapun, caruman tersebut tidak meliputi penerima yang masih bujang. - UTUSAN ONLINE

Projek perumahan mampu milik FELDA di peringkat akhir

Posted: 08 Nov 2013 01:24 AM PST

PORT DICKSON 8 Nov. - Pelan pembangunan projek perumahan mampu milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di kawasan yang menempatkan ibu pejabatnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur kini di peringkat akhir, kata Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

"Bagaimanapun, kita sedang membuat beberapa cadangan dan pelan susun atur ke atas perumahan generasi Felda yang dibina di atas tanah berkeluasan 8.1 hektar (20 ekar)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 1Keluarga 1Malaysia anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Telok Kemang hari ini.

Felda merancang membina sekurang-kurangnya 3,000 unit rumah mampu milik di kawasan itu dan separuh daripada perumahan itu akan diperuntuk kepada anak peneroka yang bekerja di sekitar ibu negara sementara bakinya bagi mereka yang layak.

Harga rumah itu akan ditetap oleh kerajaan.

Mohd. Isa juga berkata, projek itu dijangka bermula selewat-lewatnya awal tahun depan dan kawasan berkenaan akan dibangun secara berperingkat mengikut fasa. - BERNAMA

Hina Sultan Johor: 4 NGO buat laporan polis

Posted: 07 Nov 2013 11:52 PM PST

JOHOR BAHRU 8 Nov. - Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Johor membuat laporan polis berhubung kenyataan menghina Sultan Johor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh seorang lelaki dalam laman sosial Facebook.

Laporan polis itu dibuat oleh UMNO cawangan Taman Wawasan, Kelapa Sawit, Persatuan Bekas Tentera Malaysia Kulaijaya dan Persatuan Penggerak Pengguna Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya hari ini.

Ketua UMNO Cawangan Taman Wawasan, Kelapa Sawit, Basiron Saimon yang mewakili ketua-ketua UMNO Parlimen Kulaijaya meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap lelaki berkenaan.

"Saya membuat laporan polis agar satu siasatan dan tindakan tegas dikenakan kepada individu itu supaya menjadi pengajaran kepada mana-mana individu dari pelbagai bangsa agar tidak mengikut perbuatan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Pemilik akaun facebook yang didakwa menghina Sultan Johor dan PDRM itu bagaimanapun didapati telah memadamkan akaun laman sosialnya selepas status kenyataannya yang berbaur penghinaan itu tersebar. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved