Khamis, 7 November 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Johor perluas rebat air kepada 35 meter padu

Posted: 07 Nov 2013 02:04 AM PST

NUSAJAYA 7 Nov. - Kerajaan negeri akan memperluaskan Program Rebat Air daripada 20 kepada 35 meter padu sebagai usaha membantu mengurangkan bebanan rakyat berpendapatan rendah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat kini dan pada masa sama berusaha mencari jalan memastikan kesejahteraan mereka tidak dikompromi.

"Bagi mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah iaitu golongan miskin dan miskin tegar, kerajaan negeri bersetuju meningkatkan pengecualian rebat air dari 20 meter padu kepada 35 meter padu.

"Air bersih merupakan kemudahan asas yang sangat hakiki dan usaha kerajaan ini diharap dapat memastikan semua rakyat di pedalaman terpencil sekalipun dapat menikmati kemudahan air bersih percuma," katanya semasa membentangkan Bajet 2014 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

TLDM cadang miliki helikopter antikapal selam

Posted: 07 Nov 2013 02:00 AM PST

LUMUT 7 Nov. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk memperoleh helikopter anti kapal selam bagi meningkatkan keupayaan armada pasukan itu.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata ia juga bagi memastikan TLDM kekal relevan selari dengan arus pemodenan semasa.

"Sekurang-kurangnya enam pesawat anti kapal selam diperlukan bagi penubuhan satu skuadron.

"Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, Sabah akan dijadikan penempatan untuk penubuhan skuadron pesawat itu di mana dua kapal selam negara turut ditempatkan di situ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan 25 tahun Jubli Perak Cawangan Udara TLDM di Pangkalan TLDM di sini, hari ini.

Pangkalan TLDM Kota Kinabalu kini menempatkan dua kapal selam negara jenis Scorpene buatan Perancis iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. - BERNAMA

3 anugerah baharu diwujudkan pada Anugerah Ibu Mithali

Posted: 07 Nov 2013 01:01 AM PST

Oleh NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Buat pertama kali sejak diperkenalkan pada 1980 Anugerah Ibu Mithali 2014 turut menyediakan tiga lagi anugerah lain bagi memberikan penghormatan kepada keluarga dan individu yang boleh dicontohi oleh umat Islam.

Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal berkata, tiga anugerah baharu itu ialah Anugerah Keluarga Mithali, Anugerah Bapa Mithali dan Anugerah Pewaris Harapan.

Menurut beliau, MPWIM yang merupakan badan di bawah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) memutuskan untuk mewujudkan ketiga-tiga anugerah tersebut bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang keberkesanan Islam dalam membina institusi masyarakat.

"Ketika ini masyarakat terdedah kepada pelbagai ancaman sosial yang boleh meruntuhkan institusi keluarga.

"Justeru penting bagi kita untuk menyedarkan umat Islam bagaimana agama ini dapat memberikan panduan dan penyelesaian kepada permasalahan ini," jelas beliau.

Noor Aziah turut memberitahu bahawa pencalonan untuk keempat-empat kategori berkenaan telah dibuka sejak 1 November dan borang-borang pencalonan boleh dimuat turun dari laman web Yadim dipautan www.yadim.com.my..

Pencalonan bagi semua kategori akan ditutup pada 31 Disember ini.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh dengan menghubungi Urusetia Majlis Penganugerahan Keluarga Mithali di talian 03-4043 7826/7812 sambungan 54 hingga 56.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi 013-3710733 (Hamudah), Rohaizah atau Soffiah masing-masing di talian 013-371 0733, 019 713 3739 (Rohaizah) dan 013-3808181 (Soffiah) atau emel kepada keluargamithali@yadim.com.my. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved