Khamis, 24 Oktober 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Siren amaran dibunyikan sejam sebelum air lepaskan

Posted: 24 Oct 2013 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Siren amaran dibunyikan selama satu jam mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan penduduk mengosongkan kediaman masing-masing sebelum air empangan di Ringlet, Cameron Highlands dilepaskan.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Datuk Soiman Jahid berkata mengikut SOP, penduduk seharusnya berwaspada apabila siren dibunyikan tanpa henti bagi mengosongkan kawasan kediaman kerana limpahan dari empangan boleh menyebabkan banjir kilat.

"Selain itu, pihak polis juga membuat rondaan sambil menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan kepada penduduk berpindah serta-merta demi keselamatan dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan beberapa pihak dalam internet bahawa siren amaran lambat dibunyikan.

"Saya sendiri berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands... dakwaan itu tidak benar kerana sebelum pelepasan air yang pertama pada 1 pagi, pihak berkuasa empangan telah membunyikan siren," katanya.

Soiman menjelaskan setiap empangan mempunyai SOP sendiri dan lazimnya penduduk akan dimaklumkan segera oleh pihak berkuasa empangan jika berlaku limpahan air di empangan.

Beliau berkata pada setiap musim tengkujuh, air di empangan akan melimpah sekiranya ia tidak dilepaskan ke saliran tertentu dan ini boleh mengakibatkan bencana besar.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi semalam, tiga orang terbunuh - dua daripadanya lemas dan seorang akibat serangan jantung - dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah susulan pelepasan air empangan di Ringlet.

Kejadian itu turut memusnahkan 80 kediaman musnah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu. - BERNAMA

Kes denggi di Seremban meningkat mendadak

Posted: 24 Oct 2013 12:54 AM PDT

Oleh AINAA MARDHIAH MOHD GHAZALI

SEREMBAN 24 Okt. - Kadar kes demam denggi di daerah ini mencatatkan peningkatan mendadak iaitu naik 66 peratus sepanjang tempoh Januari sehingga pertengahan Oktober berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zailan Datuk Adnan berkata, jumlah keseluruhan kes demam denggi bagi seluruh negeri ini sepanjang tempoh minggu pertama hingga ke-42 (19 Oktober) adalah sebanyak 598 kes.

"Seremban menjadi kawasan penyumbang kepada peningkatan statistik wabak berkenaan dengan 473 kes dilaporkan di daerah ini daripada jumlah keseluruhan wabak tersebut di negeri ini berbanding tahun lalu hanya pada kadar 285.

"Berdasarkan rekod, sepanjang tempoh minggu ke-36 sehingga ke-42, daerah ini mencatatkan purata peningkatan mencecah 20-25 kes setiap minggu berbanding 15 kes seminggu pada tahun lalu,'' katanya dalam sidang akhbar Kempen Penggunaan Bahan Penghindar Serangga (repellent) di Hentian Bas Terminal One di sini.

Jelasnya, Tampin pula menjadi daerah kedua tertinggi yang mencatat peningkatan wabak tersebut iaitu kepada 46 peratus dengan 22 kes.

"Secara keseluruhannya, kes demam denggi yang dilaporkan di Negeri Sembilan meningkat kepada 44 peratus," katanya.

Sehubungan itu, Zalian berkata, pihaknya menjalankan kempen penggunaan Repellent dalam usaha mencegah penularan wabak berkenaan.

"Penggunaan repellent ini bukanlah satu kaedah yang dapat mengurangkan kadar demam denggi tetapi salah satu cara untuk melindungi mereka yang bergerak dari kawasan yang kurang kes ke kawasan yang banyak kes yang dilaporkan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Sultan Pahang seru rakyat pelihara persefahaman

Posted: 23 Oct 2013 11:23 PM PDT

SULTAN Ahmad Shah bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Balairung Seri Istana Abu Bakar, di Pekan hari ini. - UTUSAN

PEKAN 24 Okt. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini diseru memelihara persefahaman di antara satu lain dan mengekalkan keharmonian yang sedia ada.

Baginda bertitah, segala perkara remeh dan tidak penting yang boleh mengganggu gugat ketenteraman negara perlu ditolak ke tepi dan jangan sesekali diungkit.

Sultan Ahmad Shah bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved