Isnin, 16 September 2013

Utusan Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Proton akan perluas peranan varian sport R3

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

SATRIA NEO

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Cabang permotoran Proton, Race, Rally, Research (R3) bakal dikembangkan peranannya dalam membantu menghasilkan varian sport komersial bagi model-model syarikat berkenaan pada masa depan.

Sejak ditubuhkan pada 2004, R3 lebih terarah kepada pembangunan kereta lumba daripada model Satria Neo untuk sukan rali dengan menyertai Asia Pacific Rally Championship (APRC).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata, pengeluar kereta lain turut memiliki unit pembangunan sport sendiri dalam usaha menawarkan kelainan bagi setiap model yang dilancarkan dari segi rekaan dan prestasinya.

"Proton mempunyai perancangan masa depan yang besar untuk R3 dalam pelan pembangunan keseluruhan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

"Sebelum ini R3 hanya fokus kepada model Satria Neo sahaja dan selepas ini lebih banyak model Proton yang lain akan menerima sentuhan R3," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil telah menjelaskan kumpulan berkenaan akan mengumumkan pelan hala tuju pada bulan ini.

Kumpulan itu telah mengemukakan rangka pelan hala tuju itu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan beliau telah berpuas hati.

Penghasilan varian sport untuk sesetengah model kereta bukan sesuatu yang baharu dan telah dilaksanakan oleh beberapa pengeluar antaranya Nissan dengan Impul serta Nismo, Toyota dengan Toyota Racing Development (TRD) dan Honda dengan Mugen serta Type R.

Varian sport mampu memberi nafas baharu kepada model-model kereta standard yang berada di pasaran dan yang pentingnya mempunyai peminatnya sendiri terutamanya golongan muda yang mementingkan rekaan sporty serta talaan prestasi yang lebih baik.

Di Malaysia misalnya, ubah suai kenderaan adalah perkara yang hampir pasti dilakukan untuk setiap kenderaan baharu yang dibeli terutamanya dari segi kit badan, rim sport, ekzos dan sebagainya bagi mencari kelainan serta kepuasan.

Proton sebelum ini juga telah mengkomersialkan model Satria Neo R3 dengan tawaran prestasi dan rekaan yang lebih menarik daripada model standard dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

Dengan mengkomersialkan R3, Proton dilihat mampu meningkatkan perolehannya dalam segmen selepas jualan dengan menawarkan pelbagai pakej aksesori untuk setiap modelnya di pasaran.

Dari segi kualiti yang mampu diberikan oleh R3, ramai yang sudah maklum dengan keupayaan unit berkenaan membangunkan kereta sport terbaik sehingga membantu Satria Neo memenangi kejuaraan dalam APRC sebelum ini.

Keupayaan dan ketahanan sudah dibuktikan dalam sukan rali berkenaan dan kini merupakan masa yang sangat sesuai untuk Proton menggunakan kesempatan kekukuhan jenama R3 untuk dikomersialkan secara menyeluruh.

BMW perkenal diesel CKD X1,X3

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Sept. - BMW Group Malaysia (BGM) telah melancarkan dua varian kenderaan utiliti sukan premium baharu berkuasa diesel versi pemasangan tempatan (CKD), BMW X1 dan BMW X3.

Model berkenaan telah dipasang di kilang pemasangan BGM di Kulim, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gerhard Pils berkata, BGM yakin portfolio kilangnya yang besar boleh mengoptimumkan bekalan kepada pelanggan di seluruh negara tanpa sebarang kelewatan di samping menawarkan pilihan produk yang lebih banyak.

Pengenalan varian model BMW X baharu berkuasa diesel CKD itu membuktikan komitmen kukuh kami dalam mengeluarkan lebih banyak kereta di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

BGM berkata model BMW X baharu itu menggabungkan bentuk, fungsi dan gaya dalam satu pakej dinamik.

"Dengan tambahan varian diesel lanjutan baharu, BWM X1 dan X3, kami kini menyediakan penawaran yang lebih baik dari segi kecekapan bahan api," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved