Isnin, 16 September 2013

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Rangkaian peranti Asus

Posted: 15 Sep 2013 07:20 PM PDT

Susunan MASZUREEN HADZMAN

Tablet Memo Pad HD 7 Asus

ASUS sekali lagi mencipta kelainan yang hebat dalam mempamerkan produk berinovasi selangkah dengan inovasi terkini We Transform yang diperkenalkan dalam satu sidang akhbar sempena program jelajah syarikat tersebut di Lembah Klang, baru- baru ini.

Menerusi program berkenaan , pelbagai peranti pintar yang akan mengubah jangkaan pengguna teknologi akan diperkenalkan Asus.

Pengarah Kumpulan Perniagaan Asus Asia Tenggara, Rex Lee berkata, jenama itu telah mengenengahkan ciptaan terbaru syarikat di samping memperkenalkan peranti inovatif produk untuk memudahkan gaya hidup digital.

"Misi utama kami untuk mengubah anda, terutamanya jangkaan pengguna teknologi dalam gaya hidup digital hari ini.

"Kami sentiasa berusaha untuk mencipta satu perubahan yang lebih baik yang meletakkan inovasi terbaru bukan sahaja mudah untuk digunakan, tetapi mencapai potensi penuh untuk membantu semua pengguna," jelasnya.

Pihaknya akan berusaha lebih keras untuk terus mencipta produk di luar jangkaan sehingga memberikan kepuasan pelangan penuh luar biasa.

Pada masa sama, Asus secara rasminya mengumumkan nilai tablet Memo Pad HD 7 yang berpatutan dilengkapi ultra -book VivoBook S500 Series dan multimedia baru yang berkuasa N Series.

Turut ditampilkan ialah semua rangkaian terbaru untuk pasaran tempatan serta pameran Infinity PadFone yang lama ditunggu-tunggu serta pengenalan 16 inci hibrid di acara Computex 2013 yang berlangsung di Taipei, Taiwan baru-baru ini.

Galaxy S4 Zoom

Posted: 15 Sep 2013 07:20 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

PENGELUAR telefon bimbit pintar terkemuka, Samsung Malaysia Electronics (SME) baru-baru ini sekali lagi tampil dengan pilihan hibrid terbaru iaitu gajet dua dalam satu dengan menggabungkan fungsi kamera penuh dengan telefon pintar.

Sebelum ini pengguna sedia maklum bahawa Galaxy S4 merupakan antara model terbaharu segmen telefon pintar yang telah memasuki pasaran awal tahun lalu. Namun kini dengan fungsi sama sepertinya, mereka dapat menggunakan kamera dengan fungsi lensa boleh laras.

Peranti yang dikenali sebagai Galaxy S4 Zoom itu merupakan inovasi telefon bimbit pintar bersama kamera yang dijana oleh sistem operasi Android Jellybean 4.2 sekali gus membuatkan penggunanya mengujakan.

Menurut Pengarah Urusan SME, Kwon Jae Hoon, peranti ini mampu merakam gambar secara terus dan berkongsi bersama pemanggil ketika pengguna sedang dalam perbualan telefon.

"Dipacu oleh kamera 16 mega piksel serta fungsi pengesan CMOS, ia boleh merakamkan gambar dengan baik walaupun di bawah cahaya malap.

"Galaxy S4 Zoom turut didatangkan bersama paparan skrin sentuh 4.3 inci Super AMOLED dan perkongsian bijak juga dapat dilakukan sama seperti pada gajet baru keluaran Samsung sebelum ini," katanya pad majlis memperkenalkan peranti tersebut di ibu negara baru-baru ini.

Selain itu, aplikasi yang terdapat pada kamera boleh dicapai dengan memusingkan gegelang pada lensa bagi capaian zoom lebih pantas untuk objek jauh.

Di sebalik kesemua aplikasi tersebut, kebanyakan fungsi menarik pada telefon bimbit pintar hibrid ini tertumpu pada aplikasi kamera seperti capaian secara mudah untuk fungsi automatik, galeri, Smart Mode, Manual, program dan pelbagai fungsi kamera lain.

Apa pun, mereka yang ingin mengurangkan beban membawa pelbagai jenis gajet ketika bekerja secara rasmi, mengembara atau bercuti, Galaxy S4 Zoom mungkin jawapannya.

Galaxy S4 Zoom kini telah berada di pasaran dengan harga RM 1,699 dan mereka yang berminat untuk mendapatkan informasi lanjut mengenainya bolehlah layari laman web www.samsung.com atau laman sosial www.facebook.com /samsungmobilemalaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved