Isnin, 16 September 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


30 polis Thai cedera bertempur penunjuk perasaan

Posted: 16 Sep 2013 10:20 AM PDT

NAKHON SI THAMMARAT, Thailand 17 Sept. - Kira-kira 30 orang pegawai polis di selatan Thailand tercedera dalam pertempuran terbaharu dengan penunjuk perasaan.

Mejar Jeneral Polis, Somchai Uamthanom hari ini berkata, penunjuk perasaan bertempur dengan polis ketika cuba mengambil kembali satu persimpangan trafik yang sebelum ini disekat di daerah Cha-uat, wilayah Nakhon Si Thammarat.

Jelas beliau, mereka membaling batu dan beg berisi cecair berasid kepada pegawai-pegawai yang bertindak balas dengan melancarkan gas pemedih mata.

Kenderaan polis turut dibakar dan beberapa penunjuk perasaan yang tidak dikenali juga turut tercedera. - Agensi

PBB siasat 14 kes serangan senjata kimia di Syria

Posted: 16 Sep 2013 10:18 AM PDT

GENEVA 17 Sept. - Penyiasat hak asasi manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa terdapat 14 serangan senjata kimia di Syria, namun masih gagal untuk mencari pihak yang perlu dipersalahkan.

"Kami menyiasat 14 kes yang dikatakan menggunakan senjata kimia," kata ketua suruhanjaya siasatan bebas yang ditubuhkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Paulo Sergio Pinheiro.

Pinheiro berkata, jika tidak kerana terdapat kesukaran dalam mengumpulkan bahan bukti, tidak mustahil pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dapat dicari. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved