Utusan Online - Feminin |
Posted: 24 Sep 2013 11:17 PM PDT Oleh MERAN ABU BAKAR Potongan payung dipilih bagi rekaan batik ilham urat kayu yang dibuat daripada fabrik krep. REKAAN pakaian santai, ke resort, berjalan di tepi pantai dan seterusnya ke majlis makan malam menjadi pilihan Munir Yahya Nasution ke acara Whose Next Paris Ready To Wear Trade Show yang diadakan di Paris, Perancis, pada 6 hingga 9 Julai lalu. Sebanyak 40 helai pakaian dibawa ke pertunjukan fesyen 'sedia untuk pakai' yang terbesar di dunia itu yang bertemakan Resort Wear. Penyertaan pertama seumpama ini yang disertai oleh pensyarah Peragaan Produk, Kolej Taylor, Petaling Jaya itu, adalah bertujuan bagi mempromosi batik Malaysia dengan gaya cita rasa antarabangsa. Mendapat tajaan Kraftangan Malaysia, pemilihan peserta telah dibuat oleh penganjur dari Perancis sendiri. Memilih rekaan ala fesyen 60-an, Munir berkata, rekaan sebegini longgar, kembang dan selesa dipakai sesuai dengan temanya, iaitu fesyen resort. Munir berkata, rekaannya yang sesuai untuk musim panas disesuaikan dengan warna-warna merah jambu, biru firus, ungu, hijau epal dan kuning langsat. ''Saya memilih fabrik kapas, kasa dan sutera untuk corak batik yang mengikut tema alam dan pemakaiannya juga sejuk dan ringan. "Warna-warna pilihan juga moden dan kontemporari. Ia boleh disesuaikan untuk pemakaian daripada pagi hingga ke malam. Pakaian rekaan saya ini juga memudahkan si pemakai kerana tidak perlu digosok. ''Apabila membuat batik untuk pasaran luar negara, seseorang itu perlu pandai memilih warna kerana cita rasa orang Eropah dengan masyarakat kita berlainan. Bagaimanapun rekaan ini boleh juga disesuaikan di negara kita,'' kata Munir yang ditemui di butiknya baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan