Rabu, 25 September 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tayar pecah, pesawat MAS tangguh penerbangan

Posted: 25 Sep 2013 03:20 AM PDT

Oleh FARHANA JONI

KUCHING 25 Sept. - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 144 orang penumpang terpaksa membatalkan penerbangan berikutan salah satu daripada empat tayarnya pecah ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.

Pengurus Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) Kuching, Sunis Naiman berkata, kesemua penumpang dan anak kapal itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan akibat insiden tersebut.

Beliau berkata, kejadian itu juga tidak menjejaskan operasi penerbangan lain di lapangan terbang berkenaan.

"Juruterbang pesawat itu cuba memberhentikan pelepasan selepas mendapati lampu amaran menyala ketika hendak menerbangkan pesawat MH 2266 kira-kira pukul 10.10 pagi ini.

"Usaha juruterbang itu berjaya menghentikan pesawat tersebut dan kesemua penumpang dikeluarkan dari pesawat oleh petugas bantuan kecemasan," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE

Pesta Terengganu di Menara KL esok

Posted: 25 Sep 2013 03:12 AM PDT

KUALA TERENGGANU 25 Sept. - Kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur menganjurkan Pesta Terengganu 2013 di pekarangan Perkampungan Budaya 1Malaysia selama tujuh hari bermula esok.

Pesta itu, yang merupakan acara tahun serta mendapat sambutan menggalakkan sejak diperkenal empat tahun lepas, dibuka secara percuma kepada pengunjung mulai 10 pagi hingga 8 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zuraidah Mohd. Said berkata, pesta seperti itu memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam seni serta budaya Terengganu.

Beliau berkata, ini secara tidak langsung dapat membantu mempertingkat usaha mempromosi warisan dan destinasi pelancongan di Malaysia, khususnya Terengganu.

"Saya menyeru marilah kita bersama-sama memartabatkan produk tempatan dan saya mengambil kesempatan ini menjemput semua rakyat Malaysia ke Menara Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan lagi Pesta Negeri Terengganu ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA

Sultan Selangor rasmi Pangkalan TLDM KD Sri Tawau

Posted: 25 Sep 2013 02:12 AM PDT

TAWAU 25 Sept. - Sultan Selangor Sultan, Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan pangkalan dan kompleks pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Tawau yang dibangunkan semula dengan kos RM32 juta.

Selain menandatangani plak, baginda turut menanam pokok di pekarangan bangunan sebagai simbolik perasmian kompleks yang berlatar belakang Teluk Cowie itu.

Pada majlis itu Sultan Sharafuddin yang merupakan Kapten Yang Dipertua TLDM turut mendengar taklimat mengenai sejarah penubuhan KD Sri Tawau dan perkembangannya.

Sementara itu, Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam ucapannya berkata, pembangunan semula KD Sri Tawau adalah bagi memenuhi keperluan warga tentera laut, khususnya di daerah ini serta penduduk setempat.

"Ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen TLDM dalam meningkatkan operasi di kawasan perairan Sabah Timur. Komitmen TLDM adalah bagi menjamin keselamatan penduduk di sini daripada ancaman terutama di kawasan perairan," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved