Selasa, 20 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Lima dapat status warganegara

Posted:

Lima dapat status warganegara

Lima dapat status warganegara

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 19 Dis. – Lima daripada 65 permohonan mendapatkan status kewarganegaraan Malaysia di Perlis telah diluluskan sepanjang tempoh dari Januari hingga Oktober tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, tiga pemohon dari Thailand manakala masing-masing seorang dari Indonesia dan Malaysia.

Menurut beliau, permohonan mendapatkan status berkenaan melibatkan enam kategori iaitu di bawah Perkara 15 (1) warga asing yang merupakan isteri warganegara Malaysia memohon melalui suami dan permohonan di bawah Perkara 16 iaitu lahir di Tanah Melayu sebelum merdeka.

"Terdapat juga permohonan di bawah Perkara 15(A), melibatkan permohonan warganegara Malaysia untuk mendapatkan status warganegara bagi anak angkat yang merupakan warga asing.

"Perkara 15(2) iaitu permohonan mereka baru mendapat status warganegara Malaysia untuk memperolehinya bagi anak kandung lahir di luar negara, Perkara 19(1), permohonan warga asing yang menetap di Malaysia melebihi 12 tahun dan permohonan pengesahan taraf anak warganegara yang lahir di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rus'sele Eizan (Pas-Simpang Empat) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, hari ini.

Sebelum ini, kata beliau, 61 permohonan diterima pada 2008 dengan kelulusan diberikan kepada 36 pemohon manakala daripada 82 permohonan pada 2009, 34 telah diluluskan.

"Bagi tahun 2010, 21 daripada 84 permohonan telah diluluskan," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bayi ditemui dalam beg belum ada waris

Posted:

Bayi ditemui dalam beg belum ada waris

Bayi ditemui dalam beg belum ada waris

ALOR SETAR 19 Dis. - Seorang bayi lelaki yang ditemui ditinggalkan di dalam beg di bawah sebatang pokok di belakang Klinik Kesihatan Alor Setar di sini pada pertengahan bulan lalu, belum dituntut warisnya.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zulkiply Ramli berkata, ketika ini bayi yang diberi nama Adam Haris itu di bawah jagaan pihaknya selama sebulan bagi membolehkan warisnya membuat tuntutan.

"Kita masih mempunyai masa sehingga penghujung bulan ini sebelum memohon untuk penjagaan kekal daripada mahkamah," katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia pada 15 November lalu melaporkan penemuan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dalam sebuah beg di bawah sebatang pokok di belakang klinik kesihatan tersebut.

Bayi lelaki itu yang masih mempunyai tali pusat ditemui kira-kira pukul 12 tengah hari.

Pada 30 November lalu, akhbar ini turut melaporkan JKM negeri sedang mengesan waris kepada seorang bayi lelaki berkenaan.

Menurut Zulkiply, pihaknya menerima banyak permintaan dari orang ramai di Kedah dan negeri lain yang ingin mengambil bayi itu sebagai anak angkat, tetapi tiada sebarang permohonan dibuat secara rasmi.

Katanya, pihak yang berminat mengambil bayi perlu mengisi borang permohonan rasmi dan JKM akan menyiasat bagi memastikan mereka ibu bapa angkat yang sesuai.

JKM memohon ibu bapa, waris atau sesiapa yang mengenali ibu kandung bayi itu agar menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Mohd. Basharudin Samsudin atau Rosmini Meh di 04-7202370 atau 04-7202351.

Full content generated by Get Full RSS.

280 murid miskin dapat sumbangan persekolahan

Posted:

280 murid miskin dapat sumbangan persekolahan

280 murid miskin dapat sumbangan persekolahan


Shabudin Yahya (dua dari kanan) menyampaian bantuan pakaian seragam dan peralatan sekolah kepada salah seorang murid di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini.


TASEK GELUGOR 19 Dis. - Seramai 280 murid dari beberapa sekolah rendah di sini menerima sumbangan persekolahan bernilai RM250 setiap seorang.

Sumbangan berupa pakaian seragam dan alat tulis tersebut datang daripada UMNO Bahagian Tasek Gelugor dan Yayasan Taqwa Kuala Lumpur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya berkata, murid yang terpilih merupakan mereka daripada keluarga kurang berkemampuan.

"Melalui bantuan ini, ia dapat menyuntik semangat baru kepada ibu bapa bagi memastikan anak masing-masing berjaya dalam pelajaran," katanya dalam satu majlis di sini, baru-baru ini.

Katanya, murid miskin boleh menjadi hebat dan berjaya apabila mereka menerima ilmu pendidikan secara betul.

Hadir sama, ADUN Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved