Selasa, 20 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tangani masalah disiplin

Posted:

Tangani masalah disiplin

Tangani masalah disiplin

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 20 Dis. – Polis dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) akan mewujudkan jawatankuasa bertindak bagi menangani masalah disiplin di semua sekolah di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, jawatankuasa itu dianggotai pegawai daripada kedua-dua pihak yang berpengalaman dan mahir dalam menangani masalah tersebut.

"Mereka ini akan ditempatkan di setiap sekolah bagi memantau masalah disiplin para pelajar yang lazimnya melibatkan jenayah ringan, berpakaian tidak sopan, tidak mengikut peraturan, ponteng sekolah, pergaduhan atau menunjukkan isyarat lucah.

"Usaha bersama ini bagi memantapkan Jawatankuasa Pemuafakatan Tindakan JPN dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan salah satu usaha berterusan kami untuk membebaskan sekolah daripada masalah disiplin dan unsur-unsur jenayah," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Permuafakatan Tindakan JPN-PDRM Johor di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor Abdul Ghani.

Mokhtar berkata, jawatankuasa tersebut akan mengadakan sidang media sekali setiap tiga bulan, bagi memaklumkan perkembangan yang berlaku mengenai isu tersebut.

Sementara itu, Mohd. Nor berkata, pihaknya gembira kerana kewujudan jawatankuasa itu mampu menangani masalah disiplin pelajar dengan lebih berkesan.

"Ini adalah hasil usaha sama dan kebijaksanaan polis yang punya pengalaman dan kaedah terbaik untuk selesai masalah disiplin para pelajar.

"Di negeri ini, kita mempunyai kira-kira 647,000 pelajar dan 45,000 guru. Jadi, mana mungkin kita boleh mengawal disiplin mereka secara menyeluruh jika tidak mendapat kerjasama daripada pihak polis," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

3 wanita dinobat Tokoh Wanita Johor

Posted:

3 wanita dinobat Tokoh Wanita Johor

3 wanita dinobat Tokoh Wanita Johor


LAIU Ah Kheng (kiri) bersama Norsiah Haron dan K.S. Megaswari menunjukkan trofi dan sijil yang diterima pada Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat Negeri Johor di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 20 Dis. - Tiga wanita dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Wanita Johor 2011, di sini semalam.

Datin Paduka Norsiah Haron, 61, Laiu Ah Kheng, 60, dan K.S. Megaswari, 71, memberitahu bahawa anugerah berkenaan merupakan antara detik indah yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.

Menurut Norsiah, beliau langsung tidak menyangka namanya akan dipanggil untuk menerima anugerah tersebut dan menyifatkan sumbangannya tidak sehebat wanita lain.

"Saya sangat bersyukur dengan rezeki yang diberi Allah. Malah, saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberi pengiktirafan itu kepada saya," kata ibu kepada enam orang anak itu.

Norsiah yang dilahirkan di Batu Pahat dan kini menetap di Stulang Laut, di sini merupakan wanita pertama yang menyandang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri pada 2006 dan Ketua Pegawai Eksekutif pertama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim.

Baginya, golongan wanita kini bukan sahaja memerlukan ilmu pengetahuan tetapi perlu fokus terhadap sesuatu pekerjaan mahupun perbuatan yang dilakukan.

Hadiah kepada ketiga-tiga pemenang tersebut disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sambil disaksikan isterinya, Prof. Datin Dr. Jamilah Ariffin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai.

Kesemua pemenang menerima sijil, trofi, jam tangan dan sejambak bunga.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved