Selasa, 20 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Sasar 55 peratus wanita bekerja

Posted:

Sasar 55 peratus wanita bekerja

Sasar 55 peratus wanita bekerja

Oleh HANIZA HASSAN
pengarang@utusan.com.my


Abdul Ghani Othman dan isteri, Dr. Jamilah Ariffin (empat dari kiri) bergambar bersama penerima anugerah dan sumbangan pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Johor 2011 di Pusat Konvensyen Persada, Johor Bahru, semalam. Turut sama, Shahrizat Abdul Jalil dan Dr. Robia Kosai (tiga dari kanan).


JOHOR BAHRU 19 Dis. - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarkan 55 peratus golongan wanita di negara ini akan berada dalam sektor pekerjaan menjelang 2015.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sasaran tersebut ditekankan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sekali gus menjadi agenda utama pemantapan kaum wanita.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran tersebut, pelbagai inisiatif perlu dilakukan oleh semua pihak termasuk memperbanyakkan tempat kerja yang lebih mesra wanita.

"Pada masa ini peratusan golongan wanita yang bekerja adalah 46 peratus dan jika dilihat senario hari ini termasuk keperluan semasa, sememangnya negara memerlukan wanita untuk bekerja.

"Sehubungan itu, antara inisiatif yang perlu dilakukan adalah merangkumi penyediaan prasarana seperti taska kanak-kanak, kemudahan cuti bersalin dan suasana kerja yang lebih fleksibel," katanya pada Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. Turut hadir isterinya, Prof. Datin Dr. Jamilah Ariffin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai.

Shahrizat berkata, inisiatif itu mampu menjadi landasan kepada pemantapan ekonomi negara sekali gus meningkatkan produktiviti dalam sektor yang diceburi mereka.

Menurutnya, dalam tempoh lima tahun akan datang, kementerianmenyasarkan 30 peratus wanita layak mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, bank dan syarikat korporat yang besar.

Pada majlis itu, tiga wanita, Datin Norsiah Haron, Laiu Ah Kheng dan K.S. Megaswari diumumkan sebagai Tokoh Wanita Johor.

Full content generated by Get Full RSS.

13 barang harga terkawal sempena Krismas

Posted:

13 barang harga terkawal sempena Krismas

13 barang harga terkawal sempena Krismas

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penentuan harga maksimum bagi 13 jenis barang harga terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2011 yang akan dikuatkuasakan selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember ini.

Skim itu akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 membabitkan ayam hidup; ayam (standard dan super); ayam Belanda import; daging kambing tempatan dan biri-biri import bertulang; daging kambing biri-biri import tanpa tulang; daging paha kambing biri-biri import bertulang; telur ayam (gred A, B dan C); tomato serta cili.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, untuk itu peniaga diwajibkan menjual harga barang terkawal mengikut harga maksimum yang ditentukan dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barang terbabit bagi membezakan dengan barang lain.

Jelasnya, bagaimanapun peniaga digalakkan untuk menjual barang-barang itu lebih rendah daripada harga maksimum jika harga yang diperoleh adalah lebih rendah.

''Peniaga juga diingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim itu. Mana-mana peniaga yang menjual barang melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000.

''Bagi individu yang melakukan kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu boleh didenda sehingga RM10,000 manakala syarikat pula didenda sehingga RM20,000.

''Kementerian akan menempatkan pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga di lokasi tumpuan bagi menjalankan pemeriksaan. Ini adalah tindakan berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan dan tidak beretika semasa musim perayaan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata, penentuan harga maksimum bagi barang harga terkawal itu berdasarkan kepada maklumat harga menerusi pemantauan harga di semua daerah atau kawasan bermula Januari hingga Disember tahun ini, pandangan pelbagai agensi yang berkaitan serta perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong.

''Skim ini dilaksanakan supaya pengguna dapat memperoleh barang-barang perlu musim perayaan pada harga yang berpatutan dan menyekat daripada peningkatan harga yang melampau.

''Peniaga hendaklah mematuhi arahan yang dikenakan dan mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan manakala pengguna mestilah mengetahui tanggungjawab serta menggunakan hak mereka. Skim tersebut akan berjaya jika semua pihak bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing," katanya.

Beliau kemudiannya meminta orang ramai menyalurkan aduan kepada kementerian jika terdapat peniaga tidak mematuhi skim kawalan harga berkenaan menerusi emel e-aduan@kpdnkk.gov.my atau talian bebas tol 1-800-886-800 atau semua pejabat kementerian di seluruh negara.

Full content generated by Get Full RSS.

60% GSTT lanjut pelajaran

Posted:

60% GSTT lanjut pelajaran

60% GSTT lanjut pelajaran

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 19 Dis. - Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang berjumlah 13,184 orang kini boleh menarik nafas lega apabila lebih 60 peratus daripadanya telah diterima masuk untuk mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan universiti awam terpilih.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 7,079 guru GSTT akan dihantar mengikuti latihan perguruan selama dua tahun di IPGM dan universiti awam terpilih mulai tahun depan.

Menurutnya, pada masa sama terdapat satu kumpulan seramai 1,799 guru GSTT yang sedang mengikuti kursus dalam cuti termasuklatihan perguruan.

''Dalam permohonan yang sama, kita turut mendapati kira-kira 2,788 guru GSTT terbabit tidak menampilkan dokumen yang lengkap.

''Tetapi untuk mereka ini, kami akan buka proses rayuan sehingga 26 Disember ini untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Guru Sandaran Khas di sini, hari ini.

Daripada 7,079 guru GSTT tersebut, kira-kira 4,433 orang akan mengikuti latihan perguruan di universiti awam manakala bakinya pula di IPGM.

Bagi permohonan yang tidak layak mengikuti latihan perguruan itu pula, Ka Siong berkata, mereka akan ditawarkan kontrak untuk perkhidmatan (CFS) bagi meneruskan khidmat di sekolah yang memerlukan.

Menurutnya, kegagalan mereka itu disebabkan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, antaranya umur melebihi 35 tahun dan tidak berkhidmat melebihi dua tahun berturut-turut.

''Dalam permohonan itu, kira-kira 916 permohonan GSTT dikira tidak layak kerana melebihi had umur yang ditetapkan dan 2,012 lagi tidak berkhidmat melebihi dua tahun secara berturut-turut.

''Penawaran CFS itu akan dibuat untuk tempoh tiga bulan dan ia boleh diperbaharui berdasarkan keperluan semasa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved