Selasa, 20 Disember 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sasar tambah sejuta pelancong

Posted:

Sasar tambah sejuta pelancong

Sasar tambah sejuta pelancong

Oleh Mohammad Dzulhisham Che Hassim
utusanmelaka@utusan.com.my


LATIFF Tamby Chik (kanan) bersama Setiausaha Majlis Perbandaran Alor Gajah, Shadan Othman sempat bermesra dengan burung kakak tua semasa melakukan lawatan produk pelancongan negeri di A'Famosa Resort, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 19 Dis. – Kerajaan negeri menyasarkan pertambahan sejuta pelancong setiap tahun ke negeri ini berdasarkan perkembangan sektor pelancongan yang semakin rancak dan kewujudan kepelbagaian produknya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, hasrat itu mampu dicapai memandangkan negeri ini mempunyai keunikan tersendiri yang tidak terdapat di negeri lain.

Menurutnya, pada tahun ini, kerajaan negeri menyasarkan 11 juta pelancong dan sehingga September lalu, jumlah pengunjung telah mencapai 8.4 juta orang.

"Kita berharap dapat meningkatkan jumlah pelancong sejuta orang setiap tahun dan sasaran kita tahun ini adalah seramai 11 juta dan pada tahun hadapan kita percaya mampu menarik pelancong seramai 12 juta orang," katanya selepas melakukan lawatan produk pelancongan negeri di A'Famosa Resort di sini hari ini.

Justeru itu katanya, aspek kebersihan, keselamatan dan kemudahan perlu diberikan perhatian yang serius di setiap lokasi tumpuan bagi memastikan keselesaan pelancong sepanjang berada di negeri ini.

"Dalam beberapa siri lawatan produk pelancongan negeri sebelum ini, saya mendapati beberapa perkara perlu dilakukan penambahbaikan antaranya yang melibatkan aspek kebersihan, keselamatan dan juga kemudahan kepada para pelancong," katanya.

Menurutnya, pengusaha hotel dan tempat penginapan juga perlu memainkan peranan dengan sentiasa mengemaskini bilangan kehadiran pelancong ke tempat masing-masing bagi melicinkan proses merekod jumlah kemasukan pelancong ke negeri ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Guru dipilih pengunjung ke-900,000

Posted:

Guru dipilih pengunjung ke-900,000

Guru dipilih pengunjung ke-900,000

MELAKA 19 Dis - Seorang guru tidak menyangka kedatangannya menaiki bot Melaka River Cruise bersama 18 rakannya yang juga bekas pelajar di Maktab Perguruan Melayu Melaka (MPPM) membawa tuah kepadanya.

Roslina Mohd. Nasir, 50, seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang dekat sini dipilih menjadi pengunjung ke-900,000 menaiki bot Melaka River Cruise.

Dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Pengurus Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Abdol Mutalib Che Man selepas membeli tiket untuk menaiki bot tersebut semalam.

"Saya memang tidak sangka dipilih sebagai pengunjung ke-900,000 menaiki bot ini dan tidak terfikir untuk menerimanya.

"Kami bekas pelajar MPPM berkumpul selepas 27 tahun dan memilih menaiki bot Melaka River Cruise untuk merasai pengalaman keindahan menyusuri sungai Melaka," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Abdol Mutalib kemudian menyampaikan sebuah hamper kepada Roslina sebagai pengunjung ke-900,000 dan PPSPM turut menyediakan bot khas untuk membawa bekas pelajar MPPM.

Roslina berkata, dia merancang beriadah di sekitar bandaraya Melaka untuk melihat kemajuan yang dicapai dalam sektor pelancongan bersama rakan-rakan yang datang dari Kelantan, Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.

"Setakat ini, apa yang dapat dilihat, pembangunan Melaka amat pesat dan ianya sangat berbeza semasa kami mendapat latihan di MPPM dulu, oleh itu, tidak hairanlah Melaka kini mendapat status Melaka Maju pada 2010 lalu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Warga emas maut kemalangan motosikal

Posted:

Warga emas maut kemalangan motosikal

Warga emas maut kemalangan motosikal

SEREMBAN 19 Dis. - Hasrat seorang warga emas untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital selepas mengalami penyakit semput tidak kesampaian selepas dia maut dalam satu kemalangan di Kilometer 2.5 Jalan Jelebu, dekat sini awal pagi tadi.

Mangsa, Saari Mohd. Ali, 62, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditemui oleh orang ramai dalam keadaan terbaring di tepi jalan kira-kira pukul 7 pagi selepas dipercayai terbabas ketika menaiki motosikalnya itu.

Seorang rakan sekerja mangsa, Mohd. Saad Alias, 60, berkata, sebelum kejadian dia bersama Saari sedang bekerja di sebuah kilang kira-kira 100 meter dari lokasi mayat mangsa ditemui.

Dia yang terkejut dengan kejadian yang menimpa sahabatnya memberitahu, pada pukul 4.30 pagi, Saari yang berasal dari Rembau dekat sini ada mengadu bahawa dia mengalami lelah dan mahu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Dia bertegas untuk pergi seorang diri dengan menunggang motosikal Honda Ex-5 tetapi selepas beberapa jam saya hairan kerana dia tidak pulang ke tempat kerja.

"Saya kemudian menghubungi anak Saari tetapi dimaklumkan bahawa dia juga tidak pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di sini.

Namun jelasnya, kira-kira pukul 7 pagi dia dimaklumkan oleh seorang rakannya, Saari ditemui terbaring dan tidak bernyawa di tepi jalan tidak jauh dari tempat dia bekerja.

"Untuk mendapatkan kepastian saya terus bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut apabila melihat mayat rakan saya terbaring kaku di sisi motosikalnya.

"Ketika ditemui mayat mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan cuma ada sedikit luka di bahagian tangan," jelasnya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved