Selasa, 20 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Masa bantahan dihapus

Posted:

Masa bantahan dihapus

Masa bantahan dihapus

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) pada sidang akhbar di Putrajaya, semalam. Turut hadir Wan Ahmad Wan Omar.


PUTRAJAYA 19 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menghapuskan masa bantahan selama sejam pada hari penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keadaan itu bermakna pegawai pengurus pilihan raya akan diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan kelayakan seseorang calon untuk bertanding dalam pilihan raya.

''Ini bermakna calon lawan tidak lagi boleh membangkitkan soal-soal teknikal tetapi tugas tersebut akan dipikul sepenuhnya oleh pegawai pengurus.

''Kalau pihak tertentu ada bukti bahawa calon itu tidak layak bertanding dan ia tidak disedari pegawai pengurus, maka mereka boleh bawa petisyen ke mahkamah selepas pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Abdul Aziz turut mengumumkan calon yang telah dinamakan tidak lagi dibenarkan menarik diri pada saat-saat terakhir.

''Keadaan ini akan memudahkan SPR mencetak kertas undi lebih awal dan tidak perlu menunggu selama tiga hari untuk melihat sama ada terdapat calon yang mahu menarik diri," katanya.

Beliau berkata, SPR turut membenarkan pengundi golongan orang kelainan upaya (OKU) seperti orang buta atau cacat dibantu oleh orang yang dipercayainya untuk mengundi.

''Orang yang boleh dipercayai itu bagaimanapun mesti terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas," katanya.

SPR turut bersetuju untuk mempamerkan daftar pemilih baru selama 14 hari berbanding tujuh hari seperti sedia ada.

''SPR juga membersihkan daftar pemilih pada setiap hari dan kami meminta parti politik supaya tidak menghebohkan kepada media sekiranya terdapat satu atau dua kesilapan.

''Maklumkan kepada kita, SPR bersedia memperbetulkan mana-mana kesilapan yang tidak disengajakan," kata Abdul Aziz.

Tambah beliau, pihaknya telah bersetuju untuk mengubah tempat duduk wakil calon untuk memantau proses buang undi.

Full content generated by Get Full RSS.

Dakwat kekal, undi awal pasukan keselamatan

Posted:

Dakwat kekal, undi awal pasukan keselamatan

Dakwat kekal, undi awal pasukan keselamatan

PUTRAJAYA 19 Dis. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk menggunakan dakwat kekal ke atas pengundi, selain memperkenalkan undi awal di kalangan anggota pasukan keselamatan.

Mengenai penggunaan dakwat kekal, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pindaan peraturan pilihan raya akan dibuat dan pengundi yang enggan dicalitkan dengan dakwat tersebut tidak akan dibenarkan untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, sebanyak dua jenis dakwat tidak boleh luntur akan digunakan iaitu untuk pengundi biasa dan pengundi awal.

"Dakwat yang mempunyai kandungan argentum nitrat empat peratus akan digunakan untuk pengundi biasa, manakala pengundi awal akan menggunakan dakwat yang mengandungi tujuh peratus argentum nitrat, ini bagi memastikan dakwat itu kekal lebih lama pada kulit dan kuku pengundi awal.

"Dakwat untuk pengundi biasa akan kekal selama tiga hari dan dakwat untuk pengundi awal ialah seminggu. Dakwat ini mengandungi logam yang tidak boleh dicuci, melainkan pengundi itu mencabut kuku dan mengikis kulit mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Atas faktor keselamatan, Abdul Aziz bagaimanapun enggan mendedahkan warna dakwat, bentuk botol, warna kotak dakwat dan dari manakah dakwat kekal itu dibeli.

"Perkara-perkara mengenai dakwat ini hanya akan diketahui sehari sebelum hari mengundi, keputusan ini dibuat bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan seperti yang berlaku pada pilihan raya lalu," katanya.

Beliau berkata, sampel dakwat tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk uji kaji sebelum diserahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengesahkan sama ada ia boleh digunakan pengundi Islam serta Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia selamat digunakan.

"Penggunaan dakwat kekal juga bermakna SPR tidak akan menggunakan sistem biometrik semasa hari mengundi PRU-13," katanya.

Mengenai undi awal pula, Abdul Aziz berkata, golongan yang dibenarkan mengundi dua atau tiga hari lebih awal adalah terdiri daripada anggota tentera, pasangan anggota tentera, anggota polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am.

Menurutnya, undi awal mungkin dijalankan selama beberapa hari bergantung kepada jumlah pengundi yang ada pada satu-satu kawasan pengundian.

"Kawasan Parlimen Setiawangsa di Kuala Lumpur umpamanya terdapat 10,000 pengundi awal, maka sekurang-kurangnya dua hari perlu diperuntukkan untuk kawasan ini.

"Proses undi awal adalah seperti undi biasa dan peti undi akan ditutup, dikunci dan ditandatangani selepas pukul 5 petang. Peti undi akan dijaga oleh polis dan seorang ejen atau wakil calon juga dibenarkan untuk berkawal bersama polis," katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, SPR tidak memansuhkan undi pos tetapi ia ditawarkan sebagai satu opsyen kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas di perbatasan, luar negara dan pegawai SPR yang terpaksa bertugas di luar kawasan mengundinya.

"Mereka yang ingin mengundi secara pos mesti memohon dengan pegawai pengurus pilihan raya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kalau bubar esok, tak sempatlah - Abdul Aziz

Posted:

Kalau bubar esok, tak sempatlah - Abdul Aziz

Kalau bubar esok, tak sempatlah - Abdul Aziz

PUTRAJAYA 19 Dis. - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersikap munasabah dan mengambil kira keperluan SPR dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

Abdul Aziz berkata, pihaknya sedang giat bersiap sedia untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tetapi mengakui SPR mungkin tidak sempat dari segi persiapan sekiranya Parlimen dibubarkan esok.

''Kalau bubar esok tidak sempatlah, sekarang sudah hujung tahun dan ramai yang nak beraya. Perdana Menteri seorang yang munasabah dan beliau mengambil perhatian tentang SPR," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, SPR perlu terus melakukan persiapan untuk pilihan raya kerana masih ramai petugas yang perlu dilatih.

''Dari segi persiapannya, kita telah tentukan apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dibeli.

''Ada (kelengkapan) yang telah dibeli dan ada juga yang belum dibeli, persediaan sedang dibuat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved