Selasa, 20 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Mohon bantuan baiki rumah

Posted:

Mohon bantuan baiki rumah

Mohon bantuan baiki rumah

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


SITI Gemari Md. Yusoff bersama dua anaknya di rumahnya di Kampung Kubor Datu, Jeli, Kelantan, semalam.


JELI 19 Dis. - Sebuah keluarga yang hidup dalam kemiskinan serta tinggal di rumah usang di Kampung Kubor Datu di sini, berharap ada pihak yang sudi membantu mereka membaiki rumah berkenaan.

Rumah tersebut didiami Siti Gemari Md. Yusoff, 48, bersama suami dan enam anak mereka yang hidup dalam serba kekurangan.

Tambah memilukan Siti Gemari, suaminya, Zakaria Ibrahim, 70, yang bekerja mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan hanya RM15 sehari, turut menghidap kencing manis dan darah tinggi sejak 11 tahun lalu sehingga tidak mampu membuat kerja-kerja berat.

"Saya rayu kepada mana-mana pihak dapat membaiki rumah kami sekeluarga yang sudah begitu uzur atau membuatkan kami rumah baru supaya kami dapat mengecap sedikit keselesaan. Rumah yang diduduki sekarang ini bocor sana sini dan tidak sempurna," rayunya ketika ditemui di sini, hari ini.

Siti Gemari memberitahu, dia mempunyai tujuh anak keseluruhannya berusia antara 31 hingga 9 tahun hasil tiga perkahwinan termasuk bersama Zakaria.

Seorang anak mereka yang berusia 27 tahun bekerja di Johor sebagai kerani di sebuah bank dan sudah berkeluarga manakala yang lain masih tinggal bersama Siti Gemari.

Dua anaknya bersama Zakaria, Robiah, 13, dan Nurin Jazlina, 9, masih bersekolah masing-masing dalam tingkatan satu dan tahun tiga.

"Walaupun anak lelaki saya itu sudah bekerja namun dia tidak dapat menghulurkan bantuan kewangan kepada saya di kampung kerana pendapatannya hanya cukup untuk dia menyara keluarganya sendiri," katanya yang sudah 27 tahun mendiami rumah berkenaan.

Menurut Siti Gemari lagi, pernah dia sekeluarga tidak makan akibat tiada wang untuk membeli barangan keperluan harian.

"Kami tidak mempunyai sebarang harta benda. Suami hanya bekerja sebagai penoreh getah di kebun orang dengan upah sebanyak RM15 sehari, itu pun sekiranya tidak hujan," katanya sebak.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Jeli, Zul Bahari Ibrahim ketika dihubungi berkata, dia akan mengarahkan pegawainya untuk membuat siasatan lanjut ke atas keluarga berkenaan dalam masa terdekat.

Full content generated by Get Full RSS.

Jabatan Kesihatan pergiat kempen derma darah

Posted:

Jabatan Kesihatan pergiat kempen derma darah

Jabatan Kesihatan pergiat kempen derma darah

KOTA BHARU 19 Dis. - Jabatan Kesihatan akan terus menggiatkan kempen bagi menarik lebih ramai penduduk negeri ini tampil menderma darah.

Ketua Perkhidmatan Darah negeri, Dr. Ilunihayati Ibrahim berkata, walaupun keperluan darah di negeri ini mencukupi, namun usaha tersebut perlu diteruskan bagi memastikan bekalan darah tidak terputus.

"Alhamdulillah, bekalan darah sebanyak 200 pain diperlukan di seluruh negeri setakat ini mencukupi.

"Namun, pihak kami sentiasa mencari alternatif bagi menampung mengisi bekalan tabung darah yang telah digunakan sekurang-kurangnya sebanyak 100 hingga 150 pain darah sehari yang perlu ditambah semula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penghargaan Penderma Darah Peringkat Negeri Kelantan 2011 di Dewan Jubli Perak Kompleks Islam, Sultan Ismail Petra, Panji di sini, hari ini.

Perasmian majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) negeri, Dr. Che Wil Awang yang mewakili Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Nordiyanah Hassan.

Mengulas mengenai program berkenaan, Dr. Ilunihayati memberitahu, ia bertujuan untuk menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh para penderma darah.

"Ini adalah salah satu bentuk penghargaan daripada pihak kami kepada sumbangan mereka yang tidak ternilai harganya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Ilunihayati berkata, sehingga semalam pihaknya telah memproses sebanyak 34,000 pain darah yang didermakan oleh orang ramai untuk digunakan pada waktu kecemasan.

Katanya, darah yang didermakan kebanyakannya darah merah yang digunakan untuk merawat pesakit anemia, leukemia, kurang hemoglobin dan kurang platlet seperti penyakit denggi.

Full content generated by Get Full RSS.

200 penulis blog dari seluruh negara berkumpul

Posted:

200 penulis blog dari seluruh negara berkumpul

200 penulis blog dari seluruh negara berkumpul

BACHOK 19 Dis. - Lebih 200 penulis blog termasuk penggemar laman sembang sosial Facebook dari seluruh negara, berkumpul dalam majlis ramah mesra bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein di Restoran Cherita, Pangkalan Petah dekat sini semalam.

Dalam pertemuan tersebut, kesemua penulis blog terbabit sepakat untuk berkempen dan membantu UMNO menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pengurus laman blog Bachok Baru Bachok Maju, Mohd. Norwir Mohmood berkata, majlis itu dianjurkan untuk merapatkan hubungan dan menghargai sumbangan rakan penulis blog yang sentiasa memberikan sokongan kepada Kerajaan Persekutuan dalam menyampaikan dasar kerajaan dan UMNO menerusi Internet.

Menurutnya, kebanyakan yang hadir merupakan penulis blog tempatan, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan perantau dari seluruh negara yang berhasrat membantu kemenangan UMNO dalam PRU13 khususnya di Bachok.

"Penulis blog dan rakan laman sosial ini menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengetengahkan isu- isu semasa politik untuk paparan umum.

"Ini termasuk perkhidmatan yang diberikan oleh pimpinan UMNO dan keperitan hidup golongan miskin di peringkat akar umbi yang tidak mendapat pembelaan wakil rakyat mereka walaupun mengundi Pas," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis tersebut di sini semalam.

Mohd. Norwir berkata, kata sepakat yang dicapai akan membantu UMNO menghadapi tohmahan dan tuduhan liar penulis blog propembangkang dengan mengemukakan fakta dan bukti lengkap untuk menyedarkan rakyat.

Sementara itu, Awang Adek berkata, sokongan padu penulis blog dan rakan Facebook amat dihargai kerana ia banyak membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menyampaikan mesej perjuangan serta aspirasi negara kepada generasi baru.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, maklumat dan penjelasan perlu disebarkan kepada rakyat supaya mereka tidak terpengaruh dengan tohmahan pembangkang yang turut disebarkan melalui Internet.

"Lazimnya lebih 80 peratus golongan muda adalah penggemar laman sosial dan meneroka maklumat secara maya. Mereka akan mudah terpengaruh dengan dakyah palsu pembangkang sekiranya usaha memperkukuhkan maklumat mengenai perjuangan Kerajaan Persekutuan tidak dilakukan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved