Selasa, 20 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Alam Prima tunggu CF

Posted:

Alam Prima tunggu CF

Alam Prima tunggu CF

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Pembeli rumah di pangsapuri Alam Prima, Seksyen 22 Shah Alam boleh menduduki rumah mereka mulai Januari ini selepas semua isu berbangkit sebelum ini berjaya diselesaikan.

Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh (gambar) berkata, pangsapuri itu sudah siap sepenuhnya dan kini dalam proses mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CF).

Menurutnya, pembinaan pangsapuri tersebut sepatutnya dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan, namun kewujudan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan telah menyebabkan berlaku kelewatan.

Antara masalah tersebut termasuk isu jalan ke pangsapuri, tetapi jalan berkenaan telah pun disiapkan sepenuhnya.

"Kita kini cuma menunggu surat sokongan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan juga Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

"Apabila surat sokongan ini diperoleh, kita akan menghantar borang E pada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mendapatkan CF," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai desakan pembeli unit di pangsapuri itu supaya SPNB menyiapkan segera rumah mereka.

Kamarul Rashdan berkata, permohonan CF itu akan dilakukan pada akhir bulan ini dan apabila borang sudah diserahkan, para pembeli bolehlah mendapatkan kunci rumah masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, pembeli masih belum boleh menduduki rumah terbabit sehingga CF dikeluarkan, yang dijangka dalam tempoh dua minggu selepas permohonan dikemukakan.

Beliau memberitahu, ekoran daripada kelewatan penyerahan rumah itu, SPNB akan membayar ganti rugi kepada pembeli yang layak.

"Kita akan membayar separuh daripada jumlah ganti rugi itu terlebih dahulu dan bakinya akan dibayar pada majlis penyerahan kunci rumah nanti," katanya.

Sementara itu, Kamarul Rashdan menegaskan, SPNB akan terus menunjukkan komitmen dalam membina rumah mampu milik berkualiti di negara ini.

Katanya, pada tahun ini, SPNB berjaya menyiapkan tujuh projek rumah mampu milik berkualiti di seluruh negara, sekali gus menepati sasaran yang ditetapkan.

Full content generated by Get Full RSS.

DBKL sedia RM84 juta atasi banjir

Posted:

DBKL sedia RM84 juta atasi banjir

DBKL sedia RM84 juta atasi banjir

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Selain jalan raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut memberikan perhatian khusus kepada masalah banjir di ibu negara dengan menyediakan sejumlah RM84.1 juta menerusi Belanjawan 2012 untuk penyenggaraan parit dan sungai pada tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, daripada jumlah itu, RM10.35 juta akan dibiayai oleh DBKL manakala RM10 juta lagi adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10).

Menurutnya, sebanyak RM4.25 juta lagi datangnya daripada peruntukan khas tebatan banjir, manakala RM59.5 juta merupakan peruntukan menerusi projek 'River Of Life' yang bertujuan memberi nafas baru kepada Sungai Klang dan Gombak.

Beliau berkata, kejadian banjir kilat di Jalan Tun Razak baru-baru ini telah menjejaskan warga kota dan memberikan tamparan hebat kepada banyak pihak.

Justeru, katanya, DBKL sedang merangka pelan tindakan bagi mengatasi banjir di Jalan Tun Razak itu dan juga di sekitar Kuala Lumpur termasuk dua pelan yang dijangka dilaksana tahun depan iaitu membina satu lencongan untuk mengalirkan air dari Sungai Bunus ke Tasik Titiwangsa, sebelum disalur ke Sungai Gombak.

"Pelan kedua pula melibatkan usaha menaik taraf dua kolam takungan di Air Panas dan Setapak Jaya bernilai RM20 juta dalam masa terdekat, yang berfungsi memperlahankan aliran air ke Sungai Bunus," katanya.

Ahmad Fuad berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menyediakan kertas kerja berhubung cadangan menaik taraf kolam takungan itu dan akan dibentang ke Kabinet sebelum tender dibuka.

Full content generated by Get Full RSS.

Projek kabel voltan tinggi, PMU terus dibantah

Posted:

Projek kabel voltan tinggi, PMU terus dibantah

Projek kabel voltan tinggi, PMU terus dibantah


Penduduk Taman Cheras Hartamas dan Taman Bukit Segar Jaya berkumpul di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menyuarakan bantahan pencawang masuk utama di kawasan perumahan mereka kepada Menteri Besar Selangor di Shah Alam, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Dis. - Penduduk Taman Connought di sini mahu Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi penjelasan tentang keputusan untuk menyambung semula projek menara kabel elektrik voltan tinggi yang dibina terlalu hampir dengan kawasan kediaman dan komersial di situ.

Setiausaha MCA Bandar Tun Razak, Neil Foo berkata, penjelasan menyeluruh itu penting bagi mengelakkan penduduk terus dihantui kebimbangan terhadap ancaman kesihatan dan keselamatan mereka.

Menurutnya, ini kerana terdapat banyak dakwaan yang menyatakan bahawa frekuensi elektromagnetik (EMF) dari kabel voltan tinggi boleh meningkatkan risiko kesihatan manusia dalam jangka panjang.

"MCA Bandar Tun Razak bersama-sama penduduk akan mengadakan kempen menolak projek itu dengan mengumpulkan tandatangan penduduk, pekedai serta pengunjung pasar malam di situ," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, di Shah Alam, kira-kira 100 penduduk Taman Cheras Hartamas dan Taman Bukit Segar Jaya 2 dan 3, Cheras berhimpun di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini bagi membantah pembinaan menara pencawang masuk utama (PMU) di kawasan mereka.

Mereka turut menyerahkan surat undangan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menghadiri pertemuan antara penduduk dengan TNB dan Ikram Sdn. Bhd. pada 26 Disember ini bagi membincangkan mengenai projek tersebut.

Penduduk turut mengutuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Janice Lee daripada DAP kerana gagal menyelesaikan masalah itu walaupun masalah itu sudah diadukan kepadanya sejak 2008.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Segar Jaya 2 & 3, Datuk Dr. Eadon Ching berkata, penduduk kesal kerana wakil rakyat itu tidak menunaikan janji untuk membawa masalah itu ke pengetahuan Abdul Khalid.

"Akibatnya, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) telah memberi kebenaran kepada TNB untuk menyambung semula projek tersebut mulai Januari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengugut akan membawa 10,000 penduduk mengadakan demontrasi sekiranya Abdul Khalid atau wakilnya tidak hadir pada pertemuan 26 Disember itu.

PMU itu adalah sebahagian daripada projek menara kabel voltan tinggi yang mendapat bantahan daripada penduduk dan peniaga Taman Connought.

Projek yang bernilai RM91 juta itu bertujuan mengukuhkan sistem bekalan elektrik di sekitar kawasan Cheras dan Balakong yang telah mencapai tahap kritikal untuk menampung keperluan 400,000 pengguna.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved