Ahad, 20 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Karnival meriah

Posted:

Karnival meriah

Karnival meriah


ATAS: sebahagian pengunjung Karnival Pantai Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia di Teluk Batik, Lumut, Perak, semalam.


LUMUT 19 Nov. - Karnival Pantai Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang bermula hari ini berlangsung penuh meriah dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung.

Cuaca baik membolehkan pengunjung datang seawal pukul 9 pagi ke Dataran Hadhari, Teluk Batik di sini yang dipenuhi pelbagai gerai dan aktiviti keluarga.

Kemeriahan semakin dirasai sebaik bermula acara perasmian yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Turut memeriahkan majlis perasmian karnival selama dua hari itu, Pegawai Kewangan Negeri, Ghazali Jalal serta para pemimpin setempat.

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor dalam ucapannya menyatakan rasa terharu ekoran pemilihan kawasan tersebut sebagai lokasi penganjuran karnival.

Beliau berharap lebih banyak program berorientasikan rakyat seperti itu diadakan pada masa hadapan.

Karnival itu yang dianjurkan buat kali kedua selepas pelancaran wajah baru Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia di Johor Bahru Mac lalu, turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Selain pameran dan jualan produk tempatan, karnival berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000.

Antaranya, pertandingan mewarna, hula hoop, timbang bulu ayam, gubahan tuala dan reka bentuk layang-layang.

Full content generated by Get Full RSS.

Tujuh lelaki dicari bantu kes bunuh

Posted:

Tujuh lelaki dicari bantu kes bunuh

Tujuh lelaki dicari bantu kes bunuh

KAMPAR 19 Nov. - Polis sedang mengesan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki yang ditemui dengan kesan kecederaan di kepala dan badan di hadapan Restoran Lucky San, Jalan Tasek, Pekan Gopeng di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, mereka yang dikehendaki polis ialah G. Sarawanan, 31, beralamat di No 1 Jalan Merdeka, Desa Lawan Kuda, 31600 Gopeng,; P. Alaigeswearan, 26, beralamat di L-78 Jalan Kinta 8, Taman Kinta, 31600, Gopeng; V. Raguwaran, 22, beralamat di No 31, Lawan Kuda Baru, 31600 Gopeng.

Selain itu, polis turut mencari A. Raymond George, 31, beralamat di No B276, Lorong Kolam Kopisan Baru, 31600 Gopeng; S. Visvanathan, 28, beralamat di No 28, Jalan 4, Taman Kinta Baru, 31600 Gopeng; G. Nanthakumaran, 33, beralamat di No. 1 Jalan Merdeka, Desa Lawan Kuda, 31600, Gopeng dan A. Shaivalingam, 22, beralamat di No 8 Jalan Dobi, Changkat, Batu Gajah.

Polis meminta mereka tampil ke balai-balai polis berhampiran atau sesiapa yang mengenali mereka menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar di nombor telefon 05-4652222 atau 05-4650020 talian hotline untuk membantu siasatan, katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Aziz berkata, sebelum ini polis menahan 10 lelaki berusia 18 hingga 40 tahun di sekitar Gopeng dan di sini untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian Sabtu lepas, seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan di badan dan kepala, dipercayai dibunuh, di hadapan Restoran Lucky San Jalan Tasek, Pekan Gopeng.

Mayat K. Manimaran, 26, ditemui pada pukul 11.20 malam oleh polis selepas menerima laporan daripada orang awam.

Hasil siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih sekumpulan lelaki dengan bersenjatakan parang dan batang besi yang dikatakan berpunca daripada balas dendam. Polis bagaimanapun masih menyiasat motif sebenar kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved