Ahad, 20 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Polis rampas 4,251 komputer judi

Posted:

Polis rampas 4,251 komputer judi

Polis rampas 4,251 komputer judi

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 19 Nov. - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara merampas sebanyak 4,251 unit komputer yang digunakan dalam kegiatan perjudian selain menahan 580 orang sepanjang tahun lepas sehingga Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Akhir Ishak berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 759 serbuan dijalankan oleh polis.

"Dalam tempoh tersebut, seramai 90 orang telah dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian berkomputer.

"Kita turut mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan untuk memotong bekalan elektrik ke atas 65 premis yang menjalankan aktiviti haram itu," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Menurut Mohd. Akhir, pihaknya akan terus menjalankan penguatkuasaan dan serbuan bagi memastikan aktiviti tersebut dibanteras sepenuhnya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dan merampas 66.7 gram dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM10,000 pada Selasa lalu.

Katanya, lelaki itu ditahan ketika menunggang motosikal di Jalan Ledang, Taman Johor dekat Tampoi di sini pukul 8 malam.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas sebuah beg yang dibawa lelaki berkenaan menemui 14 peket lutsinar mengandungi dadah jenis heroin seberat 63 gram dan enam peket lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 3.7 gram.

Full content generated by Get Full RSS.

Warga emas hidap kanser terima sumbangan kerusi roda

Posted:

Warga emas hidap kanser terima sumbangan kerusi roda

Warga emas hidap kanser terima sumbangan kerusi roda


Halimah Mohamed Sadique (duduk) melawat Salijah Salim yang terlantar sakit kanser usus di rumah anaknya di Tanam Sayong Pinang, Bandar Tenggara, baru-baru ini.


KULAIJAYA 19 Nov. - Seorang warga emas, Salijah Salim, 64, yang terlantar sakit kanser usus dan tidak mampu berjalan lebih dua bulan lalu terharu menerima kunjungan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Lebih menggembirakan Salijah, wakil rakyat berkenaan turut menghulurkan sumbangan kerusi roda semasa kunjungan di kediamannya di Taman Sayong Pinang, dekat sini baru-baru ini.

Halimah berkata, sumbangan kerusi roda itu bagi membantu pergerakan Salijah setelah beberapa bulan terlantar akibat penyakit berkenaan.

"Jika sebelum ini pergerakannya agak terhad, dengan adanya kerusi roda ini ia mampu memberi kemudahan kepada anak-anaknya untuk membawa ibu mereka bergerak," katanya.

Anak kedua Salijah, Salina Suri, 43, mengucapkan terima kasih kepada Halimah atas keprihatinan beliau membantu ibunya.

"Saya bersyukur dan gembira kerana kerusi roda ini membolehkan kami membawa ibu bergerak. Lebih menggembirakan, Datuk (Halimah) juga akan menghantar sebuah katil khas untuk ibu dalam masa terdekat," katanya.

Salina memberitahu, penyakit kanser usus yang dialami ibunya mula disedari pada hari ketiga sambutan Aidilfitri lalu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved