Ahad, 20 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


ASEAN zon bebas nuklear

Posted:

ASEAN zon bebas nuklear

ASEAN zon bebas nuklear

Hassan Mohd. Noor


Najib Tun Razak, Susilo Bambang Yudhoyono dan Setiausaha Agong PBB, Ban Kin Mun bersama pemimpin ASEAN lain pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Nusa Dua, Bali, semalam. – BERNAMA


NUSA DUA, BALI 19 Nov. - Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) Ke-6 hari ini membuat perakuan supaya menjadikan Asia Tenggara sebagai zon bebas nuklear, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata, negara-negara Asia Tenggara tidak boleh dijadikan laluan untuk membawa masuk bahan-bahan yang akan digunakan bagi membuat senjata nuklear.

Menurut beliau, perakuan itu adalah antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat EAS di samping kerjasama menangani bencana alam/malapetaka dan perubahan iklim.

Mesyuarat EAS melibatkan 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialognya terdiri daripada Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Rusia dan Amerika Syarikat.

Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini petang ini, Perdana Menteri berkata, dalam isu maritim, mesyuarat mengambil ketetapan supaya menjadikan lautan di Asia Tenggara ini selamat dan bebas.

Dalam soal tuntutan bertindih, semuanya hendaklah diselesaikan secara rundingan dan pengakuan yang telah dibuat dari segi pelaksanaan Deklarasi Tatalaku yang diterima oleh semua negara termasuk China.

''Kebanyakan negara juga menyatakan pentingnya kita berpegang kepada undang-undang antarabangsa terutama UNCLOS (Konvensyen PBB Mengenai Undang-Undang Laut) dalam menyelesaikan tuntutan bertindih di kawasan ini,'' katanya.

Penyelesaian pertikaian juga hendaklah melalui proses pelbagai hala yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan sahaja.

Perdana Menteri juga menyifatkan penyertaan AS dan Rusia sebagai rakan dialog ASEAN merupakan satu pengiktirafan betapa pentingnya ASEAN sebagai satu bentuk badan kerjasama serantau.

Ditanya mengenai dua rakan dialog AS dan China, Perdana Menteri tidak menolak akan wujud sedikit sebanyak perbezaan pendapat antara AS sebagai kuasa militari dan China sebagai kuasa ekonomi di Asia.

''Tetapi secara prinsipnya masing-masing (AS dan China) mahukan peningkatan kerjasama di kawasan yang aman dan damai ini dan mahukan kemajuan ekonomi,'' katanya.

Ditanya mengenai hasil Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang-Sidang Berkaitan yang berakhir hari ini, Perdana Menteri berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang bermula Khamis lalu.

Katanya, dengan berbaki tiga tahun lagi, ASEAN harus terus berusaha untuk merealisasikan Komuniti ASEAN menjelang 2015.

''Ini selari dengan Deklarasi Bali Concord III mengenai Komuniti ASEAN Dalam Komuniti Global,'' katanya sebelum berlepas pulang ke Malaysia malam ini.

Selain menghadiri mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19, Perdana Menteri menyertai Sidang Kemuncak ASEAN-PBB Ke-4; Sidang Kemuncak ASEAN-India Ke-9; Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-6 (sesi pleno) dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-6 (sesi pemukiman).

Mengenai Sidang Kemuncak ASEAN-PBB, beliau berkata, sekretariat ASEAN disarankan supaya kerap menghubungi sekretariat di PBB bagi meningkatkan kerjasama bagi kepentingan negara-negara ASEAN.

''Malaysia juga memberi beberapa pandangan termasuk pentingnya menerima Pergerakan Kesederhanaan Global sebagai satu sistem nilai yang boleh didokong dan dihayati negara-negara ASEAN dan di peringkat global,'' katanya.

Mengenai Palestin, Malaysia sekali lagi menyatakan sokongan kuat terhadap rakyat negara itu untuk mendapatkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Berhubung Sidang Kemuncak ASEAN-India, Perdana Menteri berkata, terdapat potensi untuk memperkembangkan lagi kerjasama negara-negara anggota ASEAN dalam bidang perdagangan dengan India.

Justeru beberapa tindakan perlu diambil supaya Perjanjian Perkhidmatan dan Pelaburan di bawah kerangka Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dapat dimuktamadkan awal tahun depan.

''India juga menjemput ASEAN menghadiri sambutan 20 tahun sebagai rakan dialog ASEAN yang akan diadakan pada Disember tahun depan,'' katanya. – mingguan

Full content generated by Get Full RSS.

Pelan rancakkan ekonomi Asia Tenggara

Posted:

Pelan rancakkan ekonomi Asia Tenggara

Pelan rancakkan ekonomi Asia Tenggara

NUSA DUA, BALI 19 Nov. - Semua negara anggota ASEAN bersetuju bekerjasama dengan rakan-rakan dialog bagi melaksanakan Pelan Induk Perhubungan ASEAN dalam usaha merancakkan lagi aktiviti ekonomi di rantau ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, pelan induk itu termasuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan pengangkutan udara dan maritim.

''Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan keraguan terhadap pemulihan segera ekonomi Eropah, pemimpin-pemimpin ASEAN dan rakan-rakan dialog bersetuju supaya kedua-dua pihak bekerjasama dan mempercepatkan integrasi ekonomi,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini hari ini sebelum menyambung mesyuarat berkaitan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 di sini.

Rakan dialog ASEAN terdiri daripada Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea, Amerika Syarikat dan Rusia.

Menurut Mustapa, ASEAN perlu menggandakan usaha bagi melaksanakan langkah-langkah integrasi ekonomi yang telah dipersetujui bagi merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN pada tahun 2015.

Justeru ASEAN perlu memberi keutamaan kepada aspek-aspek fasilitasi perdagangan untuk mempermudahkan lagi pergerakan barang-barang dari satu negara ke negara lain.

''Fasilitasi pengangkutan dan kesalinghubungan juga perlu diberi perhatian kerana kedudukan ASEAN yang luas dan dalam hubungan ini, kita bangga AirAsia berjaya merapatkan hubungan antara negara ASEAN.

''ASEAN juga perlu memberi keutamaan kepada standard dan conformance (pematuhan), fasilitasi pelaburan, memperkukuhkan bidang hak harta intelek dan dasar persaingan dan menghapuskan halangan bukan tarif,'' katanya.

Di samping itu, syarikat-syarikat swasta dan persatuan-persatuan usahawan juga perlu digerakkan bagi meningkatkan usahasama mempergiatkan program memperkukuhkan ekonomi serantau.

Peranan yang sama juga perlu dilakukan oleh Majlis Penasihat ASEAN dan Kelab Perniagaan ASEAN.

Menurut Mustapa, di peringkat Malaysia, beliau telah berbincang dengan rakan sejawatannya dari Thailand dan Indonesia dan mereka bersetuju mengadakan lawatan serta pertemuan berkala bagi memahami persekitaran perniagaan masing-masing.

''Dengan penglibatan semua pihak di kalangan negara anggota, ASEAN mampu menjadi kawasan tumpuan lebih-lebih lagi wujudnya peluang pasaran yang baik berdasarkan jumlah penduduk termasuk peningkatan golongan menengah di rantau ini,'' katanya.

Beliau juga memberitahu, menteri-menteri ekonomi ASEAN akan ke Jepun pada April tahun depan bagi mempromosi peluang pelaburan di negara anggota ASEAN. - MINGGUAN

Full content generated by Get Full RSS.

Projek MRT siap Julai 2017

Posted:

Projek MRT siap Julai 2017

Projek MRT siap Julai 2017

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Projek My Rapid Transit (MRT) dari Sungai Buloh ke Kajang yang bertujuan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya mesra alam dan bebas kesesakan lalu lintas bakal dinikmati sepenuhnya pengguna pada Julai 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Azhar Abdul Hamid (gambar) berkata, fasa pertama membabitkan laluan Sungai Buloh ke Seremban dijangka siap Disember 2016.

"Fasa kedua dari Semantan ke Kajang akan siap sepenuhnya pada Julai 2017 melibatkan pembinaan terowong, satu depot dan 19 stesen.

"Justeru, tidak timbul isu pelaksanaan projek ditangguhkan kerana operasi sebenar MRT adalah pada 2017," katanya pada sidang akhbar selepas mengunjungi kios maklumat projek MRT di Plaza Metro Kajang di sini hari ini.

Azhar berkata, projek tersebut kini berhadapan isu pengambilan tanah di Jalan Sultan, Bukit Bintang dan Jalan Inai.

"Perbincangan masih berterusan bagi mencapai persetujuan bersama. Mudah-mudahan perkara ini dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini atau Januari," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kios maklumat yang dilancarkan Plaza Metro Kajang dan Tesco Mutiara Damansara pada 1 November lalu menerima lebih 12,000 pengunjung.

"Kios yang beroperasi sehingga 30 November ini diwujudkan untuk memastikan orang ramai mendapatkan maklumat berterusan mengenai projek yang bakal dilaksanakan itu.

"Jumlah pengunjung kios ini sangat positif dan ia seiring dengan hasrat kerajaan memastikan orang ramai mendapatkan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti di masa depan," katanya.

Kios maklumat tersebut akan dibuka di Jusco Maluri, Stesen LRT Pasar Seni, Cheras Leisure Mall, The Store Sungai Buloh dan Stesen LRT Bangsar.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved