Ahad, 20 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Masalah bil tertunggak selesai

Posted:

Masalah bil tertunggak selesai

Masalah bil tertunggak selesai

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Penduduk menyaksikan kakitangan Syabas memasang meter individu pada program migrasi di Pangsapuri Sri Baiduri, Taman Ukay Perdana di Ampang kelmarin. - UTUSAN/ZAKARIA IDRIS


AMPANG 20 Nov. - Penghuni Pangsapuri Sri Baiduri, Taman Ukay Perdana di sini melahirkan rasa gembira kerana hasrat menukar meter pukal kepada meter individu akhirnya terlaksana apabila Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menunaikan janji mereka semalam.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Sri Baiduri, Anuar Abdul Rahman, 53, berkata, selepas proses migrasi ini penduduk di situ bukan sahaja bakal menikmati bekalan air dengan kadar lebih rendah tetapi dapat menggelakkan masalah pembayaran dan pemotongan oleh pihak Syabas.

Katanya, sikap dan mentaliti penghuni yang menganggap proses migrasi ini tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka antara cabaran utama yang dihadapi pihak JMB di situ sepanjang tempoh mendapatkan sokongan kepada usaha itu.

"Kami berharap langkah migrasi ini dapat diikuti dan menjadi contoh kepada pangsapuri-pangsapuri lain yang ada di sini," katanya ketika ditemui pada program migrasi yang dihadiri Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred.

Turut hadir Pengurus Seksyen Program Migrasi, R. Krishamoorthi dan Ketua Pejabat Wilayah Syabas, Wilayah Gombak, Mat Saman Mat Som.

Sementara itu, Krishamoorthi berkata, Syabas telah memberi kelulusan khas bagi permohonan ini kerana 620 daripada 800 unit di pangsapuri ini telah memenuhi syarat-syarat permohonan.

Katanya, mengikut rekod sehingga 30 Oktober lalu, Syabas telah menerima sebanyak 1,211 permohonan migrasi meter yang melibatkan 243,429 akaun individu.

"Daripada jumlah tersebut sebanyak 494 permohonan telah diluluskan, sementara 227 lagi telah pun dilaksanakan proses migrasi," katanya.

Beliau menjelaskan, dengan menggunakan meter individu pelanggan dapat mengelak daripada berdepan dengan pelbagai masalah seperti bil tertunggak akibat pemaju yang tidak menjelaskan bil air.

Selain itu, katanya, pengguna juga dapat berjimat kerana hanya perlu membayar sebanyak 57 sen bagi setiap meter padu air berbanding 80 sen jika menggunakan meter pukal.

Full content generated by Get Full RSS.

SMK Taman Desa terima insentif langganan tahunan tertinggi

Posted:

SMK Taman Desa terima insentif langganan tahunan tertinggi

SMK Taman Desa terima insentif langganan tahunan tertinggi

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa menerima Insentif Langganan Tahunan (ILT) berjumlah RM1,000 selepas menjadi pelanggan tertinggi akhbar Utusan Malaysia dengan langganan sebanyak 10,882 naskhah tahun ini.

Eksekutif Jualan Jabatan Pemasaran, Utusan Melayu (M) Berhad, Samsol Kamal Mohd. Saad berkata, insentif itu sebahagian usaha Utusan Malaysia menghargai pelanggan setia akhbar berkenaan.

"Jumlah langganan akhbar Utusan Malaysia juga semakin meningkat dan sudah melebihi sejuta naskhah setiap tahun," katanya selepas menyampaikan insentif tersebut di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Tambah Samsol, ILT dilancarkan pada Januari lalu di bawah skim Insentif Langganan Tertinggi Sekolah 2011 bertujuan menggalakkan sekolah memanfaatkan sisipan pendidikan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dalam Utusan Malaysia.

"Kami turut mengadakan bengkel ADaP di sekolah yang membuat langganan di mana kami menjemput cikgu-cikgu pakar memberi ceramah serta tip-tip menjawab soalan peperiksaan," ujarnya.

Dalam pada itu, Penolong Kanan Tadbir Kurikulum sekolah berkenaan, Nur Elisa Tee Lee Hwa berkata, sekolahnya sudah melanggan Utusan Malaysia selama lima tahun.

"Kami menggunakan Utusan Malaysia sebagai alat bantuan mengajar kerana merasakan laras bahasa serta isu di akhbar tersebut mampu menjana fikiran pelajar, berfikiran kritis dan menguasai bahasa Melayu.

"Sejak melanggan Utusan Malaysia, kami menyaksikan peningkatan daripada segi penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar yang majoritinya berbangsa Cina," jelasnya.

Tambahnya, wang yang diterima akan digunakan sebaik mungkin untuk mempelbagaikan aktiviti khususnya m eningkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar.

Full content generated by Get Full RSS.

MB akan jumpa pembeli RKR Peter Brickworks

Posted:

MB akan jumpa pembeli RKR Peter Brickworks

MB akan jumpa pembeli RKR Peter Brickworks

SHAH ALAM 20 Nov. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan akan mengadakan pertemuan pada minggu ini dengan kira-kira 50 pembeli Rumah Kos Rendah (RKR) Peter Brickworks E PJS 1, Petaling Jaya dekat sini berhubung masalah pembinaan rumah mereka yang terbengkalai.

Beliau berkata, lokasi pertemuan bersama para penduduk berkenaan dijangka diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya dekat sini selepas beliau pulang daripada lawatan kerja di Jepun.

"Pertemuan itu adalah susulan desakan daripada para pembeli RKR Peter Brickworks E PJS 1 yang mengadakan demonstrasi secara aman di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini Rabu lalu.

"Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Roslan Sakiman akan memanggil ketiga-tiga pihak terlibat iaitu pembeli, pihak berkuasa tempatan (PBT) Petaling Jaya dan pemaju projek tersebut.

"Kami telah membuat beberapa keputusan hasil mesyuarat (Khamis lalu) untuk diterangkan kepada penduduk," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Renang Antara Kelab-kelab Kebangsaan ke-30 Piala Presiden di Pusat Akuatik Darul Ehsan di sini semalam.

Kejohanan disertai lebih 1,400 perenang amatur dari 44 kelab sukan seluruh negeri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved