Ahad, 20 November 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Ibu cemas anak hilang

Posted:

Ibu cemas anak hilang

Ibu cemas anak hilang

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

MARANG 19 Nov. - Seorang ibu meminta bantuan orang ramai untuk mencari anaknya, Adi Saiful Che Kor, 27, yang tidak dapat dikesan selepas menonton perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil Jun lalu.

Azizah Khalid, 48, berkata, dia begitu bimbang dengan keselamatan anaknya itu kerana Adi Saiful tidak pernah menghilangkan diri sebegitu lama dan akan pulang ke kampung dua kali sebulan dan menghubungi keluarga sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Katanya, anaknya itu bekerja di Kuantan gagal dihubungi setelah dia tidak pulang untuk menyambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama keluarganya.

Tambahnya, kali terakhir anak kedua daripada empat beradik itu pulang ke rumah mereka di Batu 11 1/2, Kampung Bukit Sawa dekat sini awal Jun lalu selama seminggu.

"Kali terakhir dia menghubungi saya yang memaklumkan dia sedang menonton perlawanan bola sepak di antara Terengganu dan Kelantan di Stadium Bukit Jalil," katanya di sini kelmarin.

Sejak itu, katanya, dia gagal menghubungi anaknya itu sehingga menyebabkannya bertindak mencari Adi Saiful di Kuantan baru-baru ini.

"Adi Saiful memberitahu yang dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kuantan tetapi tiada siapa mengenalinya," katanya.

Azizah berkata, dia bimbang dengan keselamatan Adi Saiful kerana dia seorang yang bersikap lurus bendul dan tidak tahu membaca.

Justeru, dia berharap mereka yang mempunyai maklumat mengenai anaknya itu dapat menghubunginya di talian 014-8469703.

Full content generated by Get Full RSS.

500 penduduk, pelatih PLKN jayakan K1MB

Posted:

500 penduduk, pelatih PLKN jayakan K1MB

500 penduduk, pelatih PLKN jayakan K1MB

PASIR MAS 19 Nov. - Lebih 500 penduduk serta pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Cancun Park Pasir Mas 'bermandi peluh' menjayakan Program Khidmat Masyarakat Komuniti 1Malaysia Belukar (K1MB) di Kampung Belukar dekat sini semalam.

Pengerusinya, Azahari Ismail berkata, program tersebut melibatkan aktiviti gotong-royong, lawatan ke rumah warga emas dan orang kurang upaya (OKU), lawatan ke wad Hospital Pasir Mas serta pesta sukan rakyat.

Menurutnya, walaupun ini kali pertama program itu diadakan di kampung tersebut, namun sambutan dan sokongan yang diberikan oleh penduduk cukup menggalakkan.

"Saya mewakili penduduk kampung bangga kerana pihak kem sudi memilih kawasan ini untuk mengadakan program kemasyarakatan.

"Melalui program sebegini diharapkan kerjasama antara penduduk dengan pihak Kem Cancun Park bertambah erat selepas ini," katanya pada majlis itu.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, Abdul Aziz Muhammad.

Turut hadir, Komandan Kem PLKN Cancun Park, Kolonel Zahari Harun.

Sementara itu, seorang penduduk, Ishak Muhammad, 42, menyambut baik penganjuran program tersebut kerana ia mampu mengeratkan hubungan masyarakat setempat dengan pelatih PLKN di kem berkenaan.

"Saya harap program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

'Safari Afrika' di Zoo Kemaman

Posted:

'Safari Afrika' di Zoo Kemaman

'Safari Afrika' di Zoo Kemaman


Ahmad Said mendukung seekor anak singa yang diberi nama Yippa di Zoo Kemaman, Terengganu, semalam.


KEMAMAN 19 Nov. - Kerajaan negeri akan menaik taraf Zoo Kemaman di sini supaya menjadi antara zoo terbesar di negara ini termasuk mewujudkan 'Safari Afrika' sebagai tarikan terbaru kepada pengunjung.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, zoo berkenaan menerima 13 singa daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi membolehkan zoo itu dilengkapi 'Safari Afrika'.

Beliau memberitahu, haiwan berusia antara dua bulan hingga tujuh tahun dan terdiri daripada tujuh jantan dan enam betina.

Selain itu, jelas Ahmad, Jabatan Perhilitan turut menyerahkan dua ekor tapir dan empat ungka yang dibawa khas dari pusat pemeliharaan di Zoo Melaka.

"Kesemua 13 singa itu merupakan haiwan yang dirampas oleh Jabatan Perhilitan di beberapa zoo di negara ini setelah didapati tidak menepati spesifikasi ditetapkan.

"Sasaran Zoo Kemaman adalah untuk mencapai standard antarabangsa selain menjadi antara zoo terbesar di negara ini," katanya pada majlis penyerahan haiwan itu di sini, hari ini.

Ahmad seterusnya menjelaskan, selain 'Safari Arfika', Zoo Kemaman yang berkeluasan 120 hektar juga merancang mewujudkan sebuah 'Safari Malam'.

Justeru, jelasnya, beberapa ekor haiwan seperti zirafah dan antelop akan dibawa masuk ke zoo itu selewat-lewatnya tahun depan.

"Buat masa ini kita bawa masuk haiwan lain secara berperingkat bagi membolehkan kita menyediakan kawasan dan sangkar yang sesuai," katanya.

Katanya, Zoo Kemaman yang mula dibuka pada 2009 sehingga kini mempunyai 36 jenis mamalia termasuk harimau dan gajah, enam ekor beruang dan lebih 100 spesies burung.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Rasid Samsudin berkata, Zoo Kemaman merupakan zoo keempat di Malaysia yang menerima singa daripada jabatan itu selepas Zoo Negara, Zoo Melaka dan Zoo Taiping di Perak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved