Ahad, 20 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Wanita paling ramai jadi mangsa seludup

Posted:

Wanita paling ramai jadi mangsa seludup

Wanita paling ramai jadi mangsa seludup

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 19 Nov. - Golongan wanita didapati paling ramai menjadi mangsa jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia sepanjang 2010 hingga tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dari Januari hingga bulan lalu, seramai 184 wanita asing yang menjadi mangsa jenayah itu berjaya diselamatkan manakala pada tahun lalu seramai 210 orang.

"Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), rakyat China mencatatkan jumlah tangkapan atau mereka yang paling ramai diselamatkan daripada sindiket itu iaitu 84 orang pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Kempen Anti-Pemerdagangan Orang peringkat negeri yang turut dihadiri Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO), Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin di sini hari ini.

Katanya, selain rakyat China, wanita Thailand mencatatkan jumlah 54 orang, Vietnam (20), Indonesia dan Filipina masing-masing 11 orang, Myanmar (tiga) manakala seorang dari Kemboja.

Kata Mohd. Ali, golongan lelaki mencatatkan bilangan yang sedikit iaitu 12 orang pada tahun ini.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat diseludup dan diperdagangkan akan terjebak dalam kegiatan pelacuran sama ada secara rela atau paksaan.

Kata beliau, melalui operasi penguatkuasaan yang dijalankan pihak polis, sebanyak tiga hingga empat kes pemerdagangan orang direkodkan dalam sebulan.

Full content generated by Get Full RSS.

Klinik 1Malaysia kedua di Putatan tahun depan

Posted:

Klinik 1Malaysia kedua di Putatan tahun depan

Klinik 1Malaysia kedua di Putatan tahun depan


Yahya Hussin memandikan kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di pekarangan Klinik Kesihatan Putatan, semalam.


PUTATAN 19 Nov. - Sebuah lagi Klinik 1Malaysia akan dibuka di Putatan pada awal tahun hadapan menjadikannya yang kedua diwujudkan di daerah itu.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, ia akan beroperasi di kawasan bangunan pangsapuri Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Putatan.

"Saya dimaklumkan oleh Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang dan Putatan, Dr. Saffree Jeffree mengenainya. Ia membuktikan komitmen dan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) meningkatkan tahap kesihatan masyarakat," katanya.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata demikian pada majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (Perkips) Cawangan Penampang dan Pejabat Pelajaran Daerah Penampang di pekarangan Klinik Kesihatan Putatan di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zulkifli Saleh; Dr. Saffree dan Pengerusi Perkips Penampang, Sarhan Abdullah. Majlis berkhatan beramai-ramai itu disertai kira-kira 70 kanak-kanak termasuk yang bukan beragama Islam.

Klinik 1Malaysia pertama di Putatan terletak di Taman Ketiau yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman pada awal tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Khidmat bas bermula semula selepas Isnin ini

Posted:

Khidmat bas bermula semula selepas Isnin ini

Khidmat bas bermula semula selepas Isnin ini

SEREMBAN 19 Nov. - Penumpang bas di negeri ini yang terjejas akibat tindakan syarikat bas henti-henti, Cityliner menamatkan semua operasinya secara serta-merta sejak Rabu lalu, boleh menarik nafas lega selepas Isnin ini.

Ini kerana kemelut itu dijangka selesai dengan campur tangan kerajaan negeri yang bertindak mengambil alih perkhidmatan bas itu daripada konsortium berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri tidak boleh menunggu lebih lama lagi kerana ia menjejaskan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

"Kerajaan negeri kini sudah menemui formula terbaik bagi menyelesaikan isu itu daripada terus menyusahkan pengguna yang bergantung kepada perkhidmatan bas sebagai sistem pengangkutan utama.

"Saya telah berunding dengan beberapa pihak dan kita dapat satu formula 'menang-menang' untuk kerajaan, industri perkhidmatan bas dan pengguna," katanya selepas merasmikan Ekspo Perumahan dan Hartanah Negeri Sembilan (Mapex 2011) anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini semalam.

Rabu lalu, Cityliner yang menjalankan perkhidmatan bas henti-henti di 10 laluan di negeri ini menamatkan perkhidmatan mereka dengan alasan tidak sanggup lagi menampung kerugian.

Antara perkhidmatan yang ditamatkan adalah Seremban ke Nilai-KLIA, Port Dickson-Telok Kemang, Tampin, Rantau, Senawang, Linggi, Sikamat, Rasah Jaya dan Kajang.

Katanya, satu memorandum persefahaman (MOU) akan ditandatangani dengan konsortium syarikat bas tersebut pada Isnin ini dan perkhidmatan bas dijangka dimulakan serta-merta selepas itu.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai formula itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil alih perniagaan bas tersebut dan kemudiannya menyerahkan kontrak untuk mengendalikan operasi harian bas kepada pengusaha.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved