Selasa, 15 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Haramkan sedut lemak di salun

Posted:

Haramkan sedut lemak di salun

Haramkan sedut lemak di salun

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup. com.my

PULAU PINANG 14 Nov. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan rawatan menyedut lemak, mengempiskan perut, pembedahan sekitar mata dan suntikan botox di pusat-pusat kecantikan bagi mengelak kemudaratan kepada pelanggan termasuk kehilangan nyawa.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, penggunaan anestetik dalam rawatan di pusat kecantikan boleh diragui kerana premis berkenaan tidak dilesenkan sebagai klinik atau hospital perubatan.

"CAP juga menggesa Kementerian Kesihatan supaya meneliti segala prosedur yang dijalankan oleh salun kecantikan yang kelihatan lari daripada skop kepakaran sebenar.

"Salun ini tidak dilesenkan sebagai klinik atau hospital perubatan dan seharusnya terdapat had terhadap apa yang dibenarkan untuk diteruskan di pusat-pusat seperti ini.

"Prosedur seperti menyedut lemak, mengempiskan perut, pembedahan sekitar mata, suntikan botox dan lain-lain pembedahan atau yang melibatkan bahan kimia bahaya atau anestetik di salun kecantikan perlu diharamkan oleh Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai cadangan Kementerian Kesihatan untuk memperkenalkan garis panduan bagi industri kecantikan, beliau memberitahu, ia tidak memadai.

Ini kerana, jelas beliau, garis panduan sering tidak dapat mengawal dengan berkesan.

Sebagai ganti, tambahnya, kementerian perlu menggubal undang-undang yang boleh memberi kuasa kepada mereka untuk mendakwa pengusaha salun yang cuai sehingga mendatangkan kemudaratan terhadap pelanggan.

"Jika terdapat hanya garis panduan, pengguna perlu mengambil tindakan undang-undang atau membawa kes mereka kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan hanya mendapat ganti rugi kewangan sahaja.

"Tambahan pula, TTPM tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa salun yang melakukan kesalahan. Adalah tidak munasabah untuk membebankan pengguna bagi masalah yang disebabkan oleh salun kecantikan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bina pintasan air sungai elak banjir - Mukhriz

Posted:

Bina pintasan air sungai elak banjir - Mukhriz

Bina pintasan air sungai elak banjir - Mukhriz

JERLUN 14 Nov. - Kerajaan negeri digesa melakukan projek tebatan banjir dengan melakukan kerja-kerja pintasan air sungai bagi mengurangkan risiko berlaku banjir di negeri ini.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, pintasan air sungai itu membabitkan Sungai Padang Terap dan Sungai Pendang bagi mengelak banjir khususnya di Alor Setar.

"Jika hujan berterusan dalam tempoh lama maka aliran air yang bertembung antara Sungai Padang Terap dan Pendang akan melimpah ke sekitar Alor Setar dan mengakibatkan banjir.

"Jika satu pintasan sungai dapat dilakukan, maka air yang bertembung tadi boleh dibawa terus ke laut dan mengelak terjadi banjir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Kedah di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Muda, Alor Biak di sini, baru-baru ini.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, selain itu, kerajaan negeri juga boleh melakukan kerja-kerja mendalamkan sungai yang dikenal pasti boleh mengelakkan banjir.

Beliau berkata, ia penting kerana taburan hujan yang dijangka meningkat pada November dan Disember ini menyebabkan Kedah berada dalam keadaan berisiko untuk berlaku banjir.

Katanya, di sesetengah tempat seperti Alor Setar boleh dikurangkan risiko berlaku banjir jika langkah-langkah sewajarnya diambil.

"Walaupun pelbagai pihak sudah mengambil langkah menghadapi banjir termasuk UMNO dan kerajaan negeri, masih ada cara yang boleh dilakukan untuk mengelak berlaku banjir," jelasnya.

Sebagai contoh, tambahnya, agensi kerajaan negeri dan masyarakat setempat boleh menganjurkan gotong royong membersihkan parit, longkang dan saliran tersumbat sebagai usaha mengelak berlaku banjir.

Mukhriz berkata, aktiviti itu boleh dilakukan dengan lebih kerap bagi memastikan aliran air di sekitar tempat tinggal boleh mengalir terus ke sungai dengan berkesan.

"Perkara ini tidak susah sangat hendak dilakukan dan tidak memerlukan belanja besar kerana setiap orang boleh memastikan saliran di kawasan mereka dalam keadaan baik," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

'Tembok Besar Gopeng' ikon pelancongan baru

Posted:

'Tembok Besar Gopeng' ikon pelancongan baru

'Tembok Besar Gopeng' ikon pelancongan baru

GOPENG 14 Nov. - Kawasan penanaman gaharu seluas 120 hektar di sini yang dikelilingi kubu besar mirip Tembok Besar China, bakal menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.

Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, kawasan yang dimajukan syarikat Gaharu Technologies Sdn. Bhd. itu juga antara lain dibangunkan bagi melindungi hasil serta produk pokok gaharu.

"Kita sedang berbincang dengan syarikat pengurusan itu untuk membuka kawasan tersebut kepada orang ramai terutamanya pelancong supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman unik seolah-olah berada di negara China.

"Saya yakin, produk baru pelancongan ini dapat menarik lebih banyak kunjungan orang ramai ke daerah Gopeng yang sememangnya mempunyai tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti Gua Tempurung dan My Gopeng Resort," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Gua Tempurung baru-baru ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Perak Tourism, Ahmad Fathil Abdul Ghani.

Lembah penanaman tersebut yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Gopeng, turut dijadikan syarikat berkenaan untuk menghasilkan teh gaharu berkualiti tinggi yang dipercayai mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.

Selain teh, pelbagai produk lain diusahakan syarikat tersebut termasuklah anak pokok, sup, minyak dan biskut gaharu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved