Selasa, 15 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Selamatkan penduduk Kg. Permata

Posted:

Selamatkan penduduk Kg. Permata

Selamatkan penduduk Kg. Permata

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my


AHMAD Maslan (empat dari kiri ) melihat kertas cadangan benteng pemecah ombak bersama Zainol Abidin Che Lah ketika melawat Kampung Permata, Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 14 Nov. – Sebanyak 28 keluarga yang tinggal di pesisiran pantai Kampung Permata di sini, lega apabila benteng sepanjang 1.5 kilometer bernilai kira-kira RM7 juta akan dibina di kawasan itu.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah bagi membina benteng penahan hakisan di kampung tersebut.

"Kita sedar dengan kebimbangan penduduk yang terancam dengan ancaman hakisan pantai dan berusaha membantu menyelesaikan masalah.

"Namun ia bergantung kepada kertas cadangan yang akan dimajukan bagi membolehkan peruntukan yang dipohon diluluskan oleh Kerajaan Pusat," katanya ketika melakukan lawatan kerja di kampung berkenaan di sini, baru-baru ini.

Turut hadir jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah, Zainol Abidin Che Lah.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Permata, Abdul Aziz Sulaiman berkata, jika dahulu kedudukan rumah di persisiran pantai itu agak jauh dari laut, namun keadaannya kini sudah berubah.

"Kebanyakan rumah penduduk hanya tinggal beberapa meter dari laut dan masalah ini menyebabkan penduduk hidup dalam ketakutan.

"Jika masalah hakisan pantai ini tidak dibendung tidak mustahil perkampungan ini boleh lenyap dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Masalah sampah masih berterusan

Posted:

Masalah sampah masih berterusan

Masalah sampah masih berterusan

Saudara Pengarang,
AZAHAREEN AZMEEN

MASALAH sampah di negara ini semakin hari semakin teruk, seolah-olah tidak boleh dibendung lagi. Jumlah sampah yang dibuang oleh rakyat negara ini juga semakin hari semakin bertambah.

Malah hampir kesemua tempat yang dilalui, pasti akan terlihat longgokan sampah di sana sini.

Adakah rakyat Malaysia tidak terfikir longgokan sampah itu akan menyumbang kepada perkara yang negatif ataupun mereka tidak sukakan kebersihan dan sukakan kekotoran?

Tetapi apa yang pasti, objek yang diberi nama 'manusia' semestinya sukakan kebersihan. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu demi menjaga kebersihan setempat bersama.

Oleh itu, pelbagai langkah boleh diambil oleh semua pihak bagi menangani masalah ini. Agensi swasta yang mengutip sampah di kawasan perumahan perlu mengatur jadual pengutipan sampah yang lebih teratur seperti seminggu sekali atau sebagainya.

Ini bagi memastikan sampah tersebut tidak menjadi longgokan yang besar, seterusnya menyebabkan ia mengeluarkan bau yang busuk dan mengundang haiwan seperti anjing liar, tikus dan sebagainya.

Lori-lori sampah juga diharapkan tidak menekan sampah yang berada dalam lori mereka di hadapan rumah kerana air yang keluar dari lori itu mengeluarkan bau yang sangat busuk dan kurang menyenangkan.

Orang ramai juga perlulah memberikan kerjasama kepada pihak berwajib. Sebagai contoh, buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan daripada hanya meletakkan di bawah tong sampah yang disediakan.

Selain itu, sampah yang diletakkan dalam tong haruslah diikat agar sampah tidak bertaburan dan senang diangkat. Tidakkah mereka terfikir jika mereka sebagai pekerja yang mengutip sampah itu, adakah mereka ingin mengutip sampah yang bertaburan di samping bau busuk dan sebagainya?

Sebenarnya, perkara ini dapat dibendung dan boleh diatasi jika diberi perhatian serius oleh semua pihak dan sama-sama memberi kerjasama agar perkara ini tidak terus menular dan menjadi perkara yang lebih parah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved