Selasa, 15 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Bandingan palsu pembangkang

Posted:

Bandingan palsu pembangkang

Bandingan palsu pembangkang

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my

PETALING JAYA 14 Nov. - Perbandingan harga yang dilakukan ahli-ahli Parlimen pembangkang terhadap produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah palsu dan bertujuan mengaburi mata rakyat semata-mata.

Sambil membidas tindakan tersebut, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, dari segi kualiti, sepatutnya mereka membandingkan produk KR1M dengan produk Carrefour Brand bukannya Carrefour Big Saver.

Katanya, harga produk Carrefour yang dibandingkan pembangkang dengan produk KR1M turut bercanggah dengan harga sebenar produk tersebut di pasaran.

"Produk kami menunjukkan penjimatan antara 30 hingga 50 peratus apabila dibandingkan dengan jenama popular serta antarabangsa misalnya Nestle, P&G, Unilever dan sebagainya. Pembangkang pula membandingkan jenama KR1M dengan jenama persendirian pasar raya lain seperti Carrefour Big Saver.

"23 barangan yang dibandingkan pembangkang adalah tidak berasas kerana terdapat perbezaan daripada segi kualiti seperti pencuci serbaguna, sardin dan teh Ceylon," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebelum ini yang menyatakan bahawa harga dan kualiti produk KR1M tidak seperti yang digambarkan.

Jelas Ameer Ali, kualiti pencuci serba guna adalah berlainan dan mempunyai komposisi berbeza manakala produk sardin yang dibandingkan berbeza daripada segi kualiti dan rupa berbanding produk KR1M.

Tambahnya, perbandingan terhadap teh Ceylon dengan teh hitam keluaran Carrefour turut tidak setara kerana teh Ceylon adalah dari Sri Lanka sepenuhnya dan lebih berkualiti manakala teh hitam adalah campuran sumber teh dari Indonesia dan Sri Lanka.

Berhubung perbandingan produk lain katanya, pembangkang seharusnya membandingkan produk KR1M dengan jenama seperti peluntur pakaian Clorox, pencuci pakaian Dynamo dan sabun buku Dobi.

Daripada segi berat dan isipadu, ujar beliau, Tony membandingkan pencuci pinggan mangkuk KR1M yang berisipadu 400 gram dengan pencuci pinggan mangkuk Carrefour Big Savers berisipadu 350 gram yang kualiti pembungkusannya berbeza.

Beliau menambah, begitu juga dengan produk koktail buah-buahan KR1M yang dibandingkan dengan produk sama jenama Edible Specialities yang isipadunya kurang daripada 150 gram.

Sementara itu, berhubung kandungan khasiat produk, susu pekat KR1M mempunyai khasiat 2 gram protein berbanding krimer manis Carrefour Brand sebanyak 1.6 gram protein.

"Terdapat juga produk yang berlainan jenis dibandingkan oleh Tony iaitu minuman bes blackcurrant KR1M yang dibandingkan dengan kordial anggur Carrefour Big Saver.

"Turut dikesan pada perbandingan pembangkang adalah enam produk yang harganya jauh lebih rendah daripada harga sebenar iaitu tisu tandas, krimer pekat manis, daging kisar jenama Ramly, kentang goreng jenama KK dan minuman berkarbonat," tambah beliau.

Dalam pada itu, pembekal susu segar menolak sama sekali dakwaan susu segar yang dijualnya di KR1M dicemari bakteria E.Coli.

Pengarah Corakmas Marketing Sdn. Bhd, Low Chee Keong berkata, setiap susu yang dibekalkan telah menjalani sebanyak dua pemeringkatan saringan sebelum dipasarkan KR1M.

"Kami menerima susu segar daripada penternak-penternak lembu seawal pagi yang akan diuji tahap bakteria terlebih dahulu sebelum dibeli daripada mereka.

"Malah dalam pemprosesan kilang, kita berjaya mengurangkan tahap kehadiran koloni bakteria sebanyak 1,000 dengan tahap suhu setinggi 85 darjah selsius," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tony Pua sengaja cari kelemahan

Posted:

Tony Pua sengaja cari kelemahan

Tony Pua sengaja cari kelemahan


Ismail Sabri Yaakob menunjukkan Direktori Koperasi dan Program Padan Niaga Felda Trading Sdn. Bhd. di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hairan dengan tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang sengaja mencari kelemahan Kedai Rakyat 1Malaysia (Kedai Rakyat).

Beliau berkata, tindakan Tony itu jelas menggambarkan pembangkang resah dan bimbang apabila rakyat kini mula menunjukkan sokongan kepada parti pemerintah.

"Mereka (pembangkang) sudah bimbang, sebab itu mereka asyik 'menyerang'," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Direktori Koperasi dan program pemadanan perniagaan antara Felda Trading Sdn Bhd. di sini, hari ini.

Direktori yang mengandungi lebih daripada 500 outlet produk berlabelkan COOP 1M adalah sebahagian daripada usaha Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mempromosikan usahawan tempatan sebagai pengeluar produk.

Produk COOP 1M yang berkonsepkan sama seperti kedai Rakyat itu menawarkan harga antara 30 dan 40 peratus lebih murah berbanding barangan berjenama terkenal.

Sehubungan itu, Ismail Sabri meminta pengusaha supaya terus mengekalkan kredibiliti kualiti supaya terus memberi keyakinan kepada rakyat.

Beliau juga menyeru pengusaha produk COOP 1M supaya memenuhi sijil dan piawaian badan berwajib yang ditetapkan serta terus mempertingkatkan mutu keluaran dengan menepati spesifikasi seperti sijil halal.

"Ini menunjukkan harga yang murah tidak semestinya menggambarkan produk tersebut tidak berkualiti," ujarnya.

Ismail Sabri berkata, koperasi yang mengeluarkan produk yang sama perlu berkerjasama dan bergabung bagi membolehkan pengeluaran dalam skala besar dan bukannya bersaing sesama sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.

APEC minat cara Malaysia

Posted:

APEC minat cara Malaysia

APEC minat cara Malaysia

Oleh Zulkefli Hamzah


NAJIB Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Bill English ketika menghadiri mesyuarat sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Honolulu, Hawaii, kelmarin. – BERNAMA


HONOLULU 14 Nov. – Pemimpin tertinggi negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan pemimpin perniagaan rantau ini menunjukkan minat dengan pendekatan berbeza Malaysia yang menjadikan pembaharuan sebagai satu gagasan besar untuk membangunkan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sedang negara lain membuat pembaharuan dalam birokrasi tetapi Malaysia menjadikan pembaharuan itu sebagai sebahagian daripada gagasan besar yang berdasarkan Model Baru Ekonomi (MBE).

"Dan kita mempunyai perancangan jangka panjang yang terperinci selama 10 tahun. Walaupun negara lain ada pembaharuan tetapi ia tidak dikaitkan dengan satu gagasan seperti dilakukan di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak APEC di sini Ahad.

Najib diminta mengulas reaksi terhadap celahan beliau semasa sesi dialog antara Pemimpin APEC dan ahli Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) Terdahulu para pemimpin 21 negara APEC bertemu pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM).

Semasa sesi dialog itu, Najib berkata, beliau telah menceritakan pengalaman Malaysia yang bermula dengan visi jangka panjang berdasarkan wawasan untuk menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi.

Katanya, beliau juga menjelaskan bagaimana kerajaan menggubal MBE yang boleh membawa negara mencapai visinya melalui transformasi ekonomi dan inisiatif pembaharuan strategik.

"Saya terangkan sektor swasta memberikan respons positif sekiranya kita memberi peluang dan tunjukkan bidang-bidang yang kita beri keutamaan," jelasnya.

Menurut Perdana Menteri, kesan daripada pembaharuan itu telah mendorong kepada peningkatan pelaburan iaitu sejak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Malaysia telah berjaya menarik pelaburan sebanyak AS$60 bilion dan mewujudkan hampir 400,000 peluang pekerjaan.

"Saya juga kata kita telah buat pembaharuan dalaman dengan menubuhkan Pemudah (Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan) dan Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) untuk menggabungkan pendapat sektor swasta dan kerajaan.

"Pembaharuan peraturan struktural ini serta mengurangkan kerenah birokrasi dan usaha-usaha lain telah meningkatkan rangking Malaysia daripada 21 kepada 18 sekarang mengikut kajian Bank Dunia," tambahnya.

Mengulas kenyataan bersama APEC yang dikeluarkan pada akhir mesyuarat, Najib berkata, pemimpin negara anggota melihat pentingnya Asia Pasifik sebagai satu wilayah berusaha dan mencari pendekatan untuk terus mengembangkan ekonomi melalui dasar liberalisasi dan penubuhan kawasan perdagangan bebas Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Negara anggota juga katanya, sepakat mengenai perlunya melakukan pembaharuan struktural dalaman yang selama ini menjadi penghalang atau menghambat sektor swasta untuk menjalankan perniagaan kerana kesannya boleh melambatkan perkembangan ekonomi negara masing-masing.

Hari ini, para pemimpin APEC turut mendengar taklimat daripada Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde dan Setiausaha Tenaga AS, Steven Chu.

Najib berkata, Chu telah menjelaskan mengenai amalan piawaian pengunaan peralatan elektrik yang telah dapat mengurangkan kos peralatan dan pada masa sama meningkatkan kecekapan pengurusan tenaga.

"Contohnya peti sejuk yang harganya telah menurun dari semasa ke semasa dan pada masa sama peningkatan kecekapan pengurusan tenaga juga begitu ketara. Jadi disarankan kita tidak perlu mencari formula baru tapi gunakan piawaian yang telah digunakan di negara lain," katanya.

Seorang pakar tenaga dunia yang turut memberi taklimat kata Najib, menyatakan bahawa berbanding minyak, gas asli mempunyai kelebihan dari segi kualiti dan kuantiti dengan beberapa negara masih mempunyai sumber yang mampu bertahan selama 250 tahun termasuk Australia, Kanada dan AS.

Dalam pada itu ditanya mengenai perbezaan Sidang Kemuncak APEC kali ini, beliau berkata, walaupun mesyuarat dibayangi dengan krisis ekonomi di Eropah tetapi ia tidak mematahkan semangat negara anggota untuk terus mengukuhkan kerjasama.

"Mereka mengingatkan supaya masalah yang kini melanda Eropah tidak dipinggirkan kerana akan beri kesan kepada seluruh dunia jika semakin buruk," katanya.

Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut meraikan rakyat Malaysia yang berada di Hawaii termasuk sekumpulan guru yang dulu pernah terlibat dalam program Peace Corps pada majlis makan malam BBQ 1Malaysia sebelum berlepas pulang ke tanah air. – UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved