Selasa, 15 November 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


LPK cuma upaya bayar 2 tahun

Posted:

LPK cuma upaya bayar 2 tahun

LPK cuma upaya bayar 2 tahun

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) hanya mampu membayar balik pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2007 sebanyak RM4.6 bilion selama dua tahun.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini turut diberitahu, pinjaman bagi tempoh 17 tahun itu hanya mampu dibayar oleh LPK untuk tahun 2011 dan 2012.

Bagaimanapun menurut, Pengurus Kewangan LPK, Adnan Abidin, 39, jumlah pembayaran balik pinjaman bagi tahun ini sebanyak RM82.4 juta masih belum dilunaskan.

Sehubungan itu, menurut Adnan, LPK telah merayu kepada Kementerian Kewangan berhubung terma dan syarat pembayaran balik dana itu namun ia masih belum diputuskan lagi.

Rayuan tersebut jelas beliau, berhubung terma-terma yang lebih berpihak kepada aliran tunai LPK agar dapat menampung pembayaran balik.

Adnan menyatakan demikian ketika disoal dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup dalam perbicaraan kes terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik yang didakwa menipu Kerajaan Malaysia.

Perbicaraan masuk hari ke-26 hari ini.

Saksi pendakwaan ke-22 itu mengesahkan bahawa LPK menerima pinjaman mudah itu daripada Kerajaan Persekutuan.

LPK menurut Adnan, perlu membayar sebanyak RM1.99 juta untuk tahun 2012 dan 2013.

''Tetapi berdasarkan aliran tunai yang ada di tangan, kami (LPK) hanya mampu membayar untuk dua tahun bagi tahun ini dan tahun depan,'' kata Adnan.

Turut memberikan keterangan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi hari ini ialah bekas Pengerusi LPK, Datuk Lee Hwa Beng, 57.

Saksi pendakwaan ke-23 itu memberitahu bahawa beliau telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hwa Beng bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah membuat laporan polis terhadap Liong Sik.

Bekas Presiden MCA itu dibicarakan atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion.

Menurut kertas pertuduhan, Liong Sik, 67, didakwa melakukan penipuan tersebut antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Liong Sik diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong.

Pada perbicaraan yang bersambung esok, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah akan memanggil saksi terakhir, pegawai penyiasat, Supritendan R. Rajagopal sebelum menutup kes pendakwaan.

Full content generated by Get Full RSS.

25 spesimen tulang manusia

Posted:

25 spesimen tulang manusia

25 spesimen tulang manusia


N. Pathmanabhan (depan) bersama tertuduh lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 15 Nov. - Seorang pakar radiologi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa 25 spesimen tulang berkaitan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi yang diperiksa secara fizikal serta melalui imej X-ray pada September tahun lalu mungkin tulang manusia.

Dr. Zaleha Abd. Manaf, 52, yang juga Ketua Jabatan Radiologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, spesimen itu dipilih dan diperiksa selepas pakar perubatan forensik dari hospital yang sama, Dr. Nurliza Abdullah merujuk filem-filem X-ray kepadanya untuk pemeriksaan radiologi.

Menurut beliau, imej X-ray serpihan tulang-tulang itu juga mempunyai tanda-tanda keretakan yang melintang dan melengkung menunjukkan ia terdedah kepada kesan haba atau kepanasan.

''Saya telah lihat pada fizikal spesimen secara kasar dan hubung kait dengan imej-imej X-ray untuk buat kesimpulan bahawa ada kemungkinan ia adalah tulang-tulang manusia.

''Saya tidak lihat kepada spesimen lain secara fizikal kerana berdasarkan pemeriksaan X-ray, tulang-tulang lain itu tidak mempunyai ciri-ciri atau bentuk yang mencukupi untuk membuat kesimpulan bahawa serpihan tulang itu adalah tulang manusia,'' jelas beliau.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati Lawiya , 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,

Semasa disoal balas oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan, saksi mengakui bahawa kesimpulan beliau tidak 100 peratus tepat berbanding kesimpulan yang dibuat oleh Nurliza.

Katanya, beliau hanya membuat interpretasi imej-imej berdasarkan pemeriksaan X-ray berbanding Nurliza yang merupakan pakar forensik antropologi atau pakar tulang.

Terdahulu, saksi itu memberitahu, beliau diserahkan dengan empat sampul yang mengandungi 31 filem X-ray tulang-tulang yang dijumpai di Sungai Panchau dan Ladang Gadong pada 22 September 2010.

Selepas memeriksa kesemua filem tersebut, beliau meminta untuk memeriksa 25 spesimen tulang secara fizikal sebelum memutuskan ia mungkin tulang manusia.

Pada prosiding hari ini, tiga juru X-ray yang mengambil gambar dengan menggunakan X-ray ke atas kesemua spesimen tersebut, Azahari Zaini, Mohd. Faris Kamaruzaman dan Zubir Ahmad Shazli turut memberi keterangan serta mengesahkan filem-filem X-ray.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-50 bersambung esok.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved