Selasa, 15 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Selangor ‘tikam dari belakang’

Posted:

Selangor 'tikam dari belakang'

Selangor 'tikam dari belakang'

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


SAMPAH tidak pernah dikutip oleh PKNS sejak tahun lalu menyebabkan pemilik rumah yang masih tinggal di kawasan itu berdepan dengan suasana tidak selesa, selain terdedah kepada ancaman penyakit.


KUALA LUMPUR 15 Nov. - Pemilik rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Pusat Bandar Taman Keramat di Jalan Jelatek di sini kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk 'merampas' hak mereka.

Mengibaratkan tindakan itu seperti menikam dari belakang, mereka mendakwa tindakan itu diambil bagi menidakkan hak pemilik untuk mendapat pampasan yang sudah dipersetujui.

Wakil penduduk, Fadhilah Saharin, 38, berkata, 14 pemilik unit rumah dan kedai yang enggan menerima pampasan yang ditawarkan dahulu diarahkan keluar dari premis mereka pada Oktober lalu.

Katanya, apa yang mengecewakan adalah kerajaan Selangor memberikan pampasan yang tidak setimpal iaitu RM130,000 kepada rumah dua bilik dan RM155,000 bagi kedai satu bilik.

Pampasan yang ditawarkan oleh PKNS sebelum ini adalah antara RM250,000 dan RM500,000.

"Kita sifatkan ini menikam dari belakang kerana enam bulan sebelum itu, perbincangan telah dibuat dan PKNS telah bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak RM350,000 bagi rumah dan sedang berbincang mengenai jumlah pampasan untuk kedai.

"Tetapi pihak terbabit kemudiannya menggunakan kerajaan negeri dan kuasa di bawah Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil premis kami secara paksa," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Fadhilah berkata, penduduk terpaksa akur dengan tindakan itu dan menerima pampasan tersebut tetapi dalam masa yang sama akan terus menuntut pampasan yang setimpal.

Ini kerana, katanya, sejak 2010, penyenggaraan flat itu tidak dijaga sehingga pemilik terpaksa hidup dalam keadaan rumah yang bocor serta sampah yang tidak dikutip walaupun membayar yuran penyenggaraan RM15 sebulan.

Kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar itu akan dibangunkan dengan projek Datum Jelatek yang bertujuan menukar kawasan hartanah itu menjadi lebih moden.

Projek bernilai RM1.2 bilion itu akan mengandungi kawasan kediaman mewah, bangunan pejabat, pusat beli-belah dan hotel.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemilik akan terus buat tuntutan pampasan

Posted:

Pemilik akan terus buat tuntutan pampasan

Pemilik akan terus buat tuntutan pampasan

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Pemilik flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Pusat Bandar Taman Keramat di sini akan terus membuat tuntutan bagi mendapatkan jumlah pampasan yang lebih wajar terhadap premis mereka yang diambil alih oleh kerajaan negeri Selangor sejak Oktober lalu.

Kesemua lapan pemilik rumah dan enam pemilik kedai juga akan menuntut ganti rugi ke atas kesengsaraan yang dilalui oleh mereka kerana ketiadaan kerja-kerja penyenggaraan sejak lebih satu setengah tahun lalu.

Seorang penduduk, Abdul Karim Jaafar, 49, berkata, dia akan terus menuntut pampasan yang setimpal kerana kawasan perumahan mereka itu sememangnya bernilai tinggi.

Katanya, tindakan PKNS yang menggunakan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil tanah itu secara paksa melalui Akta Pengambilan Tanah adalah tidak wajar.

"Saya berharap sangat kami mendapat pampasan yang setimpal supaya saya dapat membeli rumah yang baru kerana pampasan RM130,000 adalah terlalu rendah.

"Sejak diarahkan keluar, saya terpaksa menyewa rumah RM1,000 sebulan dan dengan keadaan saya yang tidak bekerja ketika ini, ia sememangnya amat membebankan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambahnya, dia yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu dan mempunyai lima orang anak berharap dapat menggunakan wang pampasan untuk membeli rumah yang lebih selesa untuk keluarganya.

Sementara itu, Maziah Muhammad, 68, berkata, semenjak penduduk lain yang telah menerima tawaran PKNS keluar dari flat itu, penyenggaraan telah diabaikan dan mereka hidup dalam suasana yang tidak selesa.

Dia yang sudah di tinggal di flat tersebut sejak 1978 berkata, PKNS menghentikan kerja penyenggaraan sejak 2010 termasuk tidak mengangkat sampah, bekalan elektrik dan air sering terputus, bumbung bocor dan sebagainya.

"Rumah-rumah yang penduduk yang sudah kosong pula dipecah-pecahkan atas alasan untuk mengelakkan daripada menjadi tempat penagih dadah.

"Keadaan ini telah mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada penduduk yang masih tinggal di situ," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Skim SPV mula tahun depan

Posted:

Skim SPV mula tahun depan

Skim SPV mula tahun depan

Oleh NUR NAZLINA NADZAR
pengarang@utusan.com.my


RAJA Nong Chik menyatakan sesuatu kepada Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Polis Wilayah Persekutuan, Raja Shah Aminuddin (dua dari kanan) pada majlis penyerahan empat buah kerusi roda di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 15 Nov. - Skim Syarikat Perantara Kegunaan Khas (SPV) yang membolehkan pemohon yang menghadapi masalah untuk membuat pinjaman bank bagi membeli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, skim di bawah naungan Yayasan Wilayah Persekutuan (WP) itu telah dipersetujui oleh jemaah menteri.

Katanya, Yayasan WP kini sedang dalam proses perbincangan dengan Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memperhalusi perkara berkaitan faedah dan syarat-syarat.

"Pihak kementerian akan mengadakan 'lab' pada minggu depan bagi memperhalusi perjanjian dan tatacara pelaksanaan. Ini kerana pihak yayasan akan mendapatkan modal daripada KWSP bagi membeli rumah PPR dan kemudian menjualnya kepada pembeli melalui skim tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai, Bangsar di sini hari ini.

Raja Nong Chik berkata, skim itu tidak akan meletakkan apa-apa syarat untuk pembeli asalkan mereka sanggup untuk membeli rumah tersebut serta mendapat tawaran daripada DBKL.

"Pinjaman yang diberi adalah 100 peratus dan jumlah bayaran balik setiap bulan tidak melebihi RM300 tetapi pemilik tidak dibenarkan untuk menyewakannya kepada warga asing," ujarnya.

Terdahulu, beliau menyampaikan empat kerusi roda kepada ahli Persatuan Bekas Polis WP yang memerlukan dan juga sumbangan wang tunai kepada dua waris melalui Skim Prihatin 1 Wilayah Persekutuan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved