Selasa, 22 November 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Dikir barat dalam bahasa Arab

Posted:

Dikir barat dalam bahasa Arab

Dikir barat dalam bahasa Arab

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan muncul juara kategori Pengucapan Berirama.


KOTA BHARU 21 Nov. - Sebaik melangkah masuk ke Dewan Utama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa di sini, gema suara yang dilontarkan oleh juara dan tukang karut dikir barat menggamatkan suasana dewan tersebut, apatah lagi setiap bait-bait lagu di lafazkan dalam Bahasa Arab.

Situasi tersebut bukan sahaja mengundang rasa kagum di kalangan pengadil yang mengadili pertandingan tersebut, tetapi hadirin turut terpegun dengan persembahan yang dianggap sungguh unik dan istimewa.

Mana tidaknya, ia dipersembahkan oleh murid sekolah rendah yang rata-rata berusia tujuh hingga 12 tahun yang begitu fasih berbahasa Arab.

Selain dikir barat, aktiviti lain yang turut menggunakan bahasa Arab seperti pengucapan berirama (Kalam Jamai'e) serta kuiz. Bukan itu sahaja, kanak-kanak berkenaan juga begitu fasih mengalunkan bacaan al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul pada sesi ujian tilawah al-Quran kategori lelaki dan perempuan biarpun masih berusia bawah 12 tahun.

Kesemua ini dapat disaksikan pada Mahrajan Program Pengajian Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) dan Majlis Khatam al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Kelantan 2011.

Program kali kelima yang dianjurkan itu telah menghimpunkan lebih 500 murid sekolah rendah dari seluruh negeri yang mewakili Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing dalam pelbagai kategori untuk menjayakan program tersebut.

Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, majlis itu diadakan bertujuan untuk menonjolkan kejayaan pelaksanaan program j-QAF yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk melihat generasi muda, khususnya murid sekolah rendah menguasai dan celik al-Quran, bahasa Arab serta asas fardu ain seperti yang terkandung dalam komponen pembelajaran Pendidikan Islam.

"Saya gembira melihat anak-anak mampu membaca al-Quran mengikut tajwid yang betul, mengikuti kuiz j-QAF, berdikir barat serta pengucapan berirama dalam bahasa Arab dengan begitu fasih," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2011 di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Unit Institusi Pendidikan Agama (PIPA) Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Amran Mamat.

Hussain memberitahu, sejak diperkenalkan enam tahun lalu, seramai 169,151 murid sekolah rendah di seluruh negeri ini telah mengikuti program j-QAF.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,691 kelas j-QAF telah diwujudkan melibatkan seramai 1,410 guru yang bertanggungjawab mengendalikannya," ujarnya.

Seorang peserta dari PPD Pasir Mas yang menyertai pengucapan berirama atau Kalam Jamai'e, Fatimah Azzahraa Hayu, 11, berkata, melalui program Mahrajan j-QAF ini, dia dapat mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa Arab.

"Program ini banyak membantu saya meningkatkan tahap penguasaan bahasa. Walaupun pada permulaannya susah, namun hasil sokongan rakan-rakan, guru-guru serta kedua ibu bapa akhirnya saya berjaya bertutur dalam bahasa Arab.

" Minat saya terhadap bahasa ini semakin menebal, harapan saya selepas ini agar dapat menguasainya dan menjadikannya sebagai bahasa ketiga selepas Inggeris dan Melayu," katanya.

Tambahnya, program ini turut membantunya meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan untuk bertutur dan berucap dalam bahasa Arab.

"Jika sebelum ini saya agak kekok, alhamdulillah saya semakin selesa bertutur menggunakan bahasa Arab," katanya.

Sementara itu, pelajar SK Tanah Merah 1, Ahmad Fareed Amri Rosdi, 12, berkata, program ini banyak membantunya meningkatkan tahap penguasaan bahasa Arab.

"Saya akui, pada permulaannya agak sukar untuk menguasai bahasa ini, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk mencuba dan akhirnya berjaya. Kejayaan ini melonjakkan lagi semangat saya untuk terus belajar secara lebih mendalam mengenai bahasa al-Quran ini.

Full content generated by Get Full RSS.

121,572 mendaftar tunai haji

Posted:

121,572 mendaftar tunai haji

121,572 mendaftar tunai haji

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

BACHOK 21 Nov. - Sejumlah 121,572 umat Islam di negeri ini yang berdaftar pada tahun ini dengan Lembaga Tabung Haji (TH) terpaksa menunggu giliran masing-masing antara 30 hingga 40 tahun akan datang untuk menunaikan ibadat haji.

Pengarah TH negeri, Mohd. Nasir Mohd. Yusoff berkata, bagaimanapun warga emas berumur 70 tahun ke atas akan diberi laluan khas dan keutamaan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

"Keutamaan juga akan diberikan kepada individu yang belum pernah menunaikan haji," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Setakat ini katanya, TH telah berjaya mencapai sasaran untuk mendaftarkan 50 peratus penduduk Kelantan menerusi pelan tindakan yang dilancarkan sejak 2008 termasuk tumpuan khas kepada warga emas.

Beliau berkata, jumlah itu merupakan angka tertinggi di antara negeri lain yang mendaftar untuk menunaikan haji manakala di seluruh negara melibatkan 700,000 orang.

Mohd. Nasir berkata, sambutan menggalakkan diterima apabila Kementerian Kewangan membenarkan rakyat terutama pegawai kerajaan mendaftar menerusi akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurutnya, TH juga turut bekerjasama dengan Puteri UMNO Kelantan dalam usaha memastikan lebih ramai penduduk di negeri ini khususnya petani dan nelayan membuat pendaftaran menerusi perkhidmatan yang lebih mesra dan mudah.

Beliau berkata, hampir 12,000 umat Islam di jajahan ini sudah mendaftar dan sebahagian besarnya adalah hasil kerjasama antara Puteri UMNO Bahagian Bachok dengan pejabat TH di jajahan berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Pinjaman Ar-Rahnu MAIDAM dijangka cecah RM70 juta

Posted:

Pinjaman Ar-Rahnu MAIDAM dijangka cecah RM70 juta

Pinjaman Ar-Rahnu MAIDAM dijangka cecah RM70 juta


MAZLAN Hashim (kiri) menerima sumbangan zakat daripada Zainal Abidin Mohamad di pejabat MAIDAM di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 21 Nov. - Skim Ar-Rahnu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengeluarkan pinjaman (bercagar) secara mudah kira-kira RM58 juta dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Mazlan Hashim berkata, pinjaman itu memberi manfaat kepada 32,463 orang yang menggunakannya untuk pelbagai keperluan termasuk perniagaan dan pendidikan.

Beliau menjangkakan sehingga akhir tahun ini nilai pinjaman akan mencecah RM70 juta bagi kemudahan kira-kira 50,000 orang berbanding RM62 juta sepanjang tahun lalu.

"Skim Ar-Rahnu MAIDAM yang ditubuhkan pada 1992 dan pertama di negara ini adalah untuk memberi pinjaman secara mudah berlandaskan syariat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan zakat perniagaan Am-Islamic Bank di sini hari ini.

Cek bernilai RM10,000 itu disampaikan oleh Pengurus Besar Produk, Perniagaan dan Jualan bank tersebut, Datuk Zainal Abidin Mohamad.

Kata Mazlan, pada awal penubuhan itu, MAIDAM menerima modal pusingan sebanyak RM51.3 juta termasuk daripada kerajaan negeri selain geran sebanyak RM2 juta setahun sehingga 1998 dan kini mempunyai sembilan cawangan di seluruh negeri.

Beliau berkata, Skim Ar-Rahnu MAIDAM menerima gadaian sehingga 80 peratus nilai emas dan pinjaman maksimum RM5,000 setiap gadaian dan tempoh 10 bulan untuk menebus semula sebelum lima kali notis dikeluarkan untuk dilelong dan lebihan wang akan dikembalikan kepada penggadai.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap pusat gadaian konvensional yang turut memperkenalkan konsep Ar-Rahnu atau berlandas syariat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved