Selasa, 22 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Masalah air pada tahap kritikal

Posted:

Masalah air pada tahap kritikal

Masalah air pada tahap kritikal


KESAN karat pada pinggan makan disebabkan penggunaan air tidak bersih di Rantau Panjang, Kelantan.



SIRI 1 dan 2 Laporan Khas Utusan Malaysia semalam dan kelmarin berkaitan kualiti air di Kelantan mendedahkan mengenai pencemaran bekalan air di negeri tersebut dengan logam-logam berat berbahaya.

Kandungan logam-logam seperti arsenik, besi dan mangan serta bakteria E.coli ditemui menerusi ujian makmal Kementerian Kesihatan dari tahun 2008 hingga 2010 dan juga uji kaji yang dijalankan sendiri pihak Utusan Malaysia di makmal bertauliah swasta baru-baru ini.

Hari ini, sambungan laporan khas memfokus kepada isu Kelantan negeri tercorot berbanding negeri lain dari segi bekalan air terawat, iaitu hanya 57 peratus daripada 1.54 juta penduduk menerima bekalan air dirawat atau dibekalkan melalui loji rawatan.

Wartawan MOHD. ASRON MUSTAPHA dan TERMIZI CHE ANUAR serta jurugambar MOHD. NAIM AZIZ kali ini tampil dengan interviu-interviu dengan para penduduk Kelantan yang memberi pelbagai reaksi, luahan dan keluhan berkaitan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih dan terawat di negeri tersebut.

Ikuti Siri 3 Laporan Khas Utusan Malaysia berkaitan isu kualiti air

di Kelantan yang berkongsi rasa kesengsaraan rakyat negeri itu.

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Kegagalan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) menyediakan liputan air terawat secara menyeluruh serta bekalan air yang sering terputus menyebabkan sebahagian besar penduduk negeri 'Cik Siti Wan Kembang' terpaksa menggunakan sumber air mentah.

Hasil siasatan selama dua bulan di Kelantan, Utusan Malaysia mendapati terdapat penduduk yang mengalami masalah itu, sanggup mengeluarkan wang poket sendiri semata-mata untuk membeli air bersih di kedai-kedai runcit bagi kegunaan harian.

Ketika berada di di Pusat Perniagaan Bebas Cukai Rantau Panjang, mereka menyaksikan sendiri bagaimana ada peniaga gerai makanan yang menggunakan air 'boring' (telaga tiub) yang warnanya kemerah-merahan untuk membasuh pinggan mangkuk.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Biomas Kebangsaan dilancar

Posted:

Biomas Kebangsaan dilancar

Biomas Kebangsaan dilancar

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com


Najib Tun Razak mendengar penerangan Prof. Dr. Chan Lai Keng (kanan) dari Universiti Sains Malaysia mengenai Equsains Airlift Culture Vessel selepas merasmikan BioMalaysia 2011 dan Sidang Kemuncak RIM Pasifik Mengenai Industri dan Biotenaga 2011 di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 21 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Strategi Biomas Kebangsaan iaitu dasar baru bagi meningkatkan kemampuan negara dalam bidang biomas ke arah menjadi hab dunia dalam bidang bioekonomi dan bioteknologi.

Perdana Menteri berkata, strategi bertemakan 'Biomas Ke Arah Kekayaan' itu akan dibangunkan oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dengan kerjasama Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MiGHT), agensi kerajaan berkaitan serta sektor korporat dan universiti.

"Strategi ini akan mendorong kepada perkembangan industri bernilai tinggi yang baru seperti biotenaga dan biokimia serta menjana 70,000 peluang pekerjaan dengan 40,000 daripadanya melibatkan bidang pekerjaan mahir," katanya ketika berucap merasmikan BioMalaysia 2011 dan Sidang Kemuncak RIM Pasifik Mengenai Industri dan Biotenaga 2011 di sini, hari ini.

Biomas adalah hasil pertanian dan organisma mikro yang boleh menghasilkan tenaga serta komoditi komersial melalui proses bioteknologi dan merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Menurut Najib, strategi baru itu akan mendorong pertumbuhan ekonomi tinggi di kawasan luar bandar di samping menggalakkan penghasilan teknologi tempatan yang baru.

Ia juga kata beliau, merupakan pendekatan bersifat mesra alam apabila dapat mengurangkan pelepasan gas metana sekali gus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

"Paling utama, biomas mempunyai potensi besar kepada ekonomi negara apabila dijangka menyumbang sehingga RM30 bilion dalam bentuk pendapatan menjelang 2020.

"Strategi baru itu sangat jelas dalam membawa kerajaan merebut peluang itu dan sudah semestinya kita sangat teruja dengan prospek tersebut dan begitu optimis mampu mencapai kejayaan dalam bidang itu," katanya.

Pada majlis sama, Najib turut mengumumkan satu pelan hala tuju bioekonomi yang akan dirangka awal tahun depan dalam memastikan negara tidak ketinggalan merebut peluang ekonomi yang ditawarkan sektor itu.

Kata beliau, pelan hala tuju itu akan dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) serta agensi berkaitan yang lain.

"Pelan hala tuju itu akan bergerak seiring dengan Polisi Bioteknologi Kebangsaan ke arah meningkatkan penglibatan negara dalam bioekonomi pada masa depan," katanya.

Tambah Najib, menerusi pelan hala tuju itu, beberapa bidang utama dalam bioekonomi akan diberi perhatian oleh kerajaan seperti bioekstrak, 'biomining' serta 'bioconversion' di bawah sektor kesihatan dan pertanian.

Turut diberi perhatian, kata beliau, sektor bioekonomi berasaskan pengetahuan teknologi seperti genomik, proteomik dan metabolomik.

Full content generated by Get Full RSS.

Peluang luah perasaan secara aman

Posted:

Peluang luah perasaan secara aman

Peluang luah perasaan secara aman


Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan kepada pemenang pertama, Kumpulan Bubu Bestari dari Kampung Lubok Temiang, Labuan pada Majlis Penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2011 dan Pelancaran Portal MyIdea@Rural di Kajang, semalam sambil disaksikan Mohd. Shafie Apdal (dua dari kiri) dan Ibrahim Muhamad (kiri).


KAJANG 21 Nov. - Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang akan dibentang minggu ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat mengadakan perhimpunan dan meluahkan perasaan secara aman.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembentangan rang undang-undang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu nanti merupakan manifestasi kesungguhan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk membawa transformasi politik secara holistik.

"Elok kita tunggu pembentangan itu di mana Perdana Menteri akan memberikan ucapan menjelaskan rasional rang undang-undang itu (digubal).

"Dalam rang undang-undang itu nanti, cara-cara dan peraturan akan dijelaskan, saya harap ini akan diterima baik oleh masyarakat," katanya pada majlis penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Ibrahim Muhamad.

Najib baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis untuk digantikan dengan satu akta baharu.

Sementara itu, Muhyiddin mengulangi arahan supaya pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar sekolah diagihkan sepenuhnya tanpa dipotong.

"Setiap pelajar yang ada dalam sistem pendidikan negara sama ada sekolah kerajaan atau swasta layak mendapatnya. Bagi RM100 kepada setiap pelajar atau ibu bapa, saya dah beritahu jangan ada potongan. Jangan buat pelbagai tafsiran, serah dulu RM100," katanya.

Beliau berkata, potongan seharusnya diputuskan selepas agihan dibuat atau selepas persetujuan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Kalau timbul masalah di sekolah, ibu bapa boleh beritahu guru besar atau Pejabat Pendidikan daerah. Bagi RM100, jangan ambil satu sen pun, jangan ada diskaun, jangan ada potongan. Bagi RM100, biar ibu bapa dan pelajar menikmati sumbangan kerajaan itu," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved