Selasa, 22 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Lega dapat bantuan persekolahan

Posted:

Lega dapat bantuan persekolahan

Lega dapat bantuan persekolahan

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada 315 pelajar sekolah rendah yang menerima pakaian, bag dan kasut sekolah bergambar bersama Mohd. Ali Rustam pada majlis perlancaran penyampaian sumbangan kerajaan negeri kepada sekolah rendah seluruh negeri di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam. – utusan/ GAIE UCHEL


MELAKA 21 Nov. – Musim cuti sekolah sudah bermula. Namun bagi kira-kira 4,000 orang murid sekolah rendah daripada keluarga berpendapatan kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini mampu mengukir senyum.

Ini kerana belum pun sesi persekolahan baru tahun 2012 bermula, kesemua murid yang terpilih di setiap DUN menerima bantuan beg, baju, kasut dan peralatan sekolah yang keseluruhan berjumlah RM150.

Sebelum ini kesemua pelajar telah menerima bantuan daripada kerajaan Pusat menerusi Bajet 2012 bagi bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang telah diagih-agihkan kepada setiap pelajar di negeri ini.

Boleh dikatakan sesi persekolahan baru 2012 pastinya cukup menceriakan bagi seluruh pelajar kerana mendapat pelbagai bantuan.

Kerajaan negeri juga turut mengambil langkah yang sama apabila turut menghulurkan bantuan menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) yang sudah tentunya melegakan ibu bapa daripada keluarga berpendapatan rendah termasuk ibu tunggal.

Usaha kerajaan negeri menerusi Tapem itu bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga miskin, khususnya bagi murid-murid sekolah rendah yang akan memulakan sesi persekolahan 2012 nanti.

Ia membuktikan bantuan tersebut merupakan manifestasi keprihatinan dan komitmen kerajaan negeri untuk membantu dan membela masyarakat yang memerlukan terutama mereka daripada keluarga miskin dan yang kurang berkemampuan.

Secara tidak langsung usaha tersebut menjamin kelangsungan pendidikan anak-anak supaya tidak terabai apabila memasuki alam persekolahan tahun depan.

Bantuan Tapem itu adalah kali ke-11 program tersebut dilaksanakan dan sehingga kini seramai 43,714 murid sekolah telah menerima bantuan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM5.3 juta.

Hari ini, seramai 315 murid-murid di beberapa sekolah terpilih di DUN Bukit Baru, Ayer Molek serta dua DUN milik pembangkang di Ayer Keroh dan Bachang menerima bantuan tersebut.

Cukup jelas, wajah gembira terpampang di setiap murid-murid terbabit apabila mendapat beg, baju, kasut dan peralatan sekolah yang telah disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Dewan Seri Negeri.

Mohd. Ali dalam ucapan berkata, kerajaan negeri menerusi Tapem memperuntukkan sebanyak RM600,000 bagi bantuan persekolahan kepada kira-kira 4,000 murid sekolah rendah untuk tahun 2012.

''Kerajaan negeri sentiasa komited memastikan kesejahteraan hidup masyarakat dan memastikan tiada rakyat yang hidup dalam keadaan daif," katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri akan sentiasa memastikan rakyat di negeri ini memiliki mutu pendidikan yang terbaik bermula daripada sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Sementara itu, ibu bapa kepada murid-murid sekolah rendah yang menerima bantuan persekolahan daripada kerajaan negeri itu melahirkan rasa lega dan gembira.

Mereka berpendapat bantuan persekolahan yang diberikan menerusi Tapem itu sedikit-sebanyak dapat meringankan beban yang mereka tanggung.

Seorang ibu tunggal, Zanariah Dagang, 40, berkata, bantuan berupa beg, baju, kasut dan peralatan sekolah itu banyak membantu meringankan beban dia yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah.

''Saya ucap terima kasih kepada kerajaan negeri atas bantuan yang disalurkan. Bantuan ini juga membolehkan saya menggunakan wang untuk kegunaan anak kedua saya yang akan berada di tingkatan lima," ujarnya.

Bagi M. Ganesan, 44, pula berkata, bantuan tersebut membantu meringankan bebannya kerana dia kini tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Menurutnya, dia terpaksa menanggung dua lagi anaknya yang masih bersekolah.

''Sebelum ini anak saya sudah mendapat bantuan RM100 dan hari ini dapat pula beg, baju, kasut dan peralatan sekolah, saya ucap terima kasih kepada Ali Rustam," katanya.

Bagi Poh Ah Seng, 60, pula berkata, dia lega menerima bantuan Tapem kerana sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kerana menjaga cucunya itu.

''Cucu saya bersekolah di Bukit Beruang dan saya yang menjaganya. Ketika ini saya tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi dengan adanya bantuan ini ia dapat meringankan beban saya," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sumbangan amat bermakna

Posted:

Sumbangan amat bermakna

Sumbangan amat bermakna

MELAKA 21 Nov. - Tiada perkataan yang mampu diluahkan melainkan mengukir senyuman tanda gembira sebaik murid-murid sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah menerima beg, pakaian, kasut dan peralatan sekolah untuk sesi persekolahan 2012.

Sebaliknya sumbangan tersebut daripada kerajaan negeri menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) menyuntik semangat mereka untuk mencapai keputusan lebih baik dalam peperiksaan.

Rata-rata murid-murid yang menerima bantuan menyatakan sumbangan tersebut amat bermakna buat mereka.

Murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Paya, Amirul Naim berkata, dia amat bersyukur mendapat beg, kasut, pakaian dan peralatan sekolah untuk sesi persekolahan baru tahun depan.

''Belum sesi persekolahan baru bermula saya sudah dapat bantuan persekolahan. Saya ucap terima kasih kepada kerajaan negeri yang membantu keluarga saya," katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan itu di Dewan Seri Negeri, hari ini.

Dia adalah antara 315 murid dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru, Ayer Molek, Ayer Keroh dan Bachang yang menerima bantuan tersebut daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini.

Bagi seorang lagi murid tahun dua dari SK Bukit Baru, S. Thareni berkata, bantuan itu telah meringankan beban keluarganya yang berpendapatan rendah.

''Sebelum ini saya telah menerima wang RM100 dan bantuan terbaru ini sedikit-sebanyak mendorong saya untuk belajar lebih rajin," ujarnya.

Bagi pelajar tahun empat, Nurul Asyikin Najwa Amiruddin berkata, bantuan yang diterima itu amat dihargai dan berazam untuk menjadi pelajar contoh.

Dia yang belajar di SK Jalan Dato' Palembang berkata, bantuan berupa beg, kasut, pakaian dan peralatan sekolah itu dapat meringankan bagi keluarganya yang kurang berkemampuan.

''Saya ucap terima kasih kepada kerajaan negeri yang membantu murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah," ujarnya.

Bagi murid tahun dua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Tiang Dua, Teh Chia Xian berkata, dia sedih memikirkan untuk membeli pakaian, kasut dan peralatan sekolah untuk sesi persekolahan tahun depan.

''Tetapi apabila saya dipilih untuk menerima bantuan ini, saya amat gembira dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Belanjawan berimbang NS 2012

Posted:

Belanjawan berimbang NS 2012

Belanjawan berimbang NS 2012

SEREMBAN 21 Nov. – Sebanyak RM11.22 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk sektor pertanian dalam Belanjawan 2012 sebagai usaha mengekang kenaikan harga barang makanan apabila berlaku bencana alam di negara pengeksport makanan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tumpuan utama akan diberikan kepada pembangunan industri buah-buahan, tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpotensi.

Beliau berkata, tindakan itu penting kerana sekiranya negara pengeluar produk pertanian dilanda banjir, Malaysia akan turut menerima kesan kekurangan bahan makanan.

"Akibatnya rakyat akan dihimpit dengan kenaikan harga produk pertanian," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Sembilan 2012 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Semua 35 Ahli Dewan Undangan Negeri hadir pada persidangan tersebut kecuali kerusi DUN Johol yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Roslan Md. Yusof pada 4 Oktober lalu.

Menurut Mohamad yang juga ADUN Rantau, cadangan Belanjawan 2012 yang dibentangkan hari ini adalah belanjawan berimbang yang berasaskan kepada semangat dan matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.

Katanya, hasil kerajaan negeri pada tahun depan dianggarkan sebanyak RM430 juta dan jumlah yang sama akan digunakan digunakan untuk belanjawan mengurus.

Beliau memberitahu, sebanyak RM8.9 juta akan diperuntukkan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala RM5.6 juta untuk pembangunan sukan, persatuan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Dalam Belanjawan Pembangunan 2012, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM92.3 juta untuk projek yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10)," ujarnya.

Tambahnya, sebanyak RM13.6 juta akan diperuntukkan kepada Jabatan Kerja Raya bagi melaksanakan projek yang menjadi keutamaan kepada rakyat dan RM11.2 juta untuk Jabatan Pengairan dan Saliran bagi projek tebatan banjir, pengurusan sungai, pantai dan saliran pertanian.

Jelasnya, peruntukan sebanyak RM19 juta disediakan untuk sektor pentadbiran bagi penyelenggaraan dan pembaikan bangunan dan kuarters kerajaan.

Mohamad berkata, Negeri Sembilan berjaya mencatat kadar pertumbuhan positif setiap tahun untuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu 1.1 peratus pada 2009, 2010 (5.3 peratus) dan diunjurkan meningkat kepada 5.9 peratus untuk tahun ini.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi negeri ini pada tahun depan dijangka berkembang dengan menggalakkan sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved