Selasa, 22 November 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Perbetulkan semula persepsi – TPM

Posted:

Perbetulkan semula persepsi – TPM

Perbetulkan semula persepsi – TPM

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Tanggungjawab memperbetulkan semula persepsi masyarakat terhadap parti merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh setiap ahli UMNO dan para pemimpin Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cabaran itu bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani kerana perubahan pemikiran masyarakat sekarang memerlukan pendekatan berbeza dilakukan.

"Ini perubahan pemikiran yang saya tahu sudah berlaku dalam masyarakat kita, jadi cara nak urus perubahan tidak lagi seperti dahulu. Hari ini dengan ilmu, teknologi dan informasi, kita kena bijak menguruskan keadaan.

"Sekarang kita perlu beritahu perkara yang mempunyai asas pertimbangan, ketelusan dan hak asasi. Hal ini sudah jadi lumrah di dalam pemikiran sekarang, yang mana dahulu tidak begitu menyerlah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra, Kajang hari ini.

Muhyiddin mengulas teguran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung masalah dalaman yang dihadapi UMNO dan BN melalui wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia.

Muhyiddin berkata, selain keterbukaan pemikiran yang dipengaruhi perkembangan semasa, cabaran mendapatkan sokongan rakyat juga semakin sukar disebabkan penghayatan sejarah dan semangat perjuangan yang semakin berkurangan.

"Berbanding zaman Tun (Dr. Mahathir) dan zaman sebelum itu, situasi sudah berubah sekarang.

"Masyarakat dahulu mengingati sejarah perjuangan, terlibat dengan perjuangan kemerdekaan dan tahu tentang itu. Generasi baharu tidak terikat dengan beban masa lampau, dia lihat situasi baru dan lihat masa depan," katanya.

Muhyiddin menyifatkan kritikan bekas Presiden UMNO itu sebagai satu penilaian yang ikhlas kerana beliau sayangkan parti dan mahu melihat kerajaan terus dipertahankan.

"Teguran yang beliau buat itu membina, saya tidak fikir Tun (Dr. Mahathir) berniat sesuatu yang tidak baik kerana beliau cintakan UMNO dan kita harus mengambil berat tentang pandangan itu.

"Saya juga setuju dengan beliau usaha kita tak cukup lagi, belum cukup mantap sebab itu cabaran bagi kita dalam parti memang besar sekali," tambah beliau.

Mengulas andaian kononnya UMNO dan BN tidak mengambil langkah mengukuhkan parti dan kerajaan, beliau menjelaskan, pentadbiran kerajaan tidak begitu lancar ketika proses peralihan jawatan tertinggi negara.

Full content generated by Get Full RSS.

191 setiausaha bahagian automatik jadi perwakilan

Posted:

191 setiausaha bahagian automatik jadi perwakilan

191 setiausaha bahagian automatik jadi perwakilan


TENGKU Adnan Tengku Mansor (tiga, kanan) bersama Ahmad Maslan menunjukkan beg dan baju bip untuk kegunaan media selepas sidang media dan sesi taklimat Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 21 Nov. - Buat pertama kali dalam sejarah Perhimpunan Agung UMNO, seramai 191 setiausaha bahagian dipilih secara automatik menjadi perwakilan pada persidangan yang bermula 29 November hingga 3 Disember ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembaharuan tersebut dilaksanakan berdasarkan keputusan pindaan perlembagaan parti yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO 2009.

"Semasa pindaan perlembagaan dibuat, pertimbangan khas telah diberi kepada setiausaha bahagian yang terlibat sepenuh masa dalam mesyuarat dan pentadbiran bahagian untuk menjadi perwakilan secara automatik.

"Ini kerana kehadiran mereka adalah baik bagi membantu perwakilan bahagian. Ia juga merupakan pengiktirafan kepada mereka," katanya ketika sesi taklimat mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2011 kepada wakil media di sini hari ini.

Menurutnya, perhimpunan kali ini akan disertai oleh 5,447 perwakilan termasuk yang mewakili sayap parti serta 74 perwakilan Kelab UMNO luar negara.

"Selain itu, seramai 58 delegasi yang mewakili 23 parti dari 20 negara telah mengesahkan kehadiran mereka. Sebanyak 83 agensi media yang meliputi 74 media tempatan dan sembilan agensi antarabangsa dengan 1,525 wartawan telah berdaftar untuk membuat liputan perhimpunan kali ini," ujarnya.

"Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia akan diadakan pada 26 November. Forum antarabangsa bertajuk 'The Politic of Economic and Social Transformation in The Era Global Crisis' akan diadakan selama dua hari bermula 28 November," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved