Rabu, 2 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kuliyyah Al-Azhar di As-Sofa

Posted:

Kuliyyah Al-Azhar di As-Sofa

Kuliyyah Al-Azhar di As-Sofa

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my


Usamah Mohamed Hassan Elabed (kiri) bertukar-tukar dokumen dengan Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin sambil perhatikan oleh Mohamad Hasan (tengah) pada majlis menandatangani kerjasama penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia di Istana Besar Seri Menanti, kelmarin.


KUALA PILAH 1 Nov. – Perjanjian kerjasama bagi penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia di Universiti As-Sofa di sini bakal memacu bidang pendidikan di negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.

Ini kerana Universiti Al-Azhar, Mesir adalah antara institusi pengajian tinggi yang ternama dan dihormati di dunia kerana tradisi ilmunya yang telah mencapai usia ratusan tahun.

Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan (Yayasan Sofa), Dr. Yusri Mohamad berkata, penubuhan Kuliyyah Al-Azhar di negara ini bakal melonjakkan bidang pendidikan tinggi bukan sahaja di sini malah di rantau ini.

"Ia akan membuka peluang yang lebih besar kepada bakal pelajar di Malaysia dan rantau ini memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang daripada universiti yang tersohor itu tanpa melibatkan kos yang tinggi," katanya.

Semalam, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berangkat menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia di Istana Besar Seri Menanti di sini.

Kerjasama itu adalah antara Yayasan Sofa yang dinaungi oleh baginda dengan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Universiti Al-Azhar diwakili oleh Presidennya, Prof. Dr. Usamah Mohamed Hassan Elabed manakala Yayasan Sofa oleh Pengasas/Penasihatnya, Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Kerjasama itu menyaksikan penubuhan secara bersama sebuah fakulti khas untuk pengajian Islam menurut acuan Universiti Al-Azhar di negara ini.

Ia bermakna kuliyyah tersebut adalah sebahagian daripada Universiti As-Sofa yang ditubuhkan oleh Yayasan Sofa.

Pengajian di bawah Kuliyyah Al-Azhar Malaysia akan dimulakan dengan kursus dalam bidang Usuluddin dan Syariah, sebelum disusuli dengan Pengajian al-Quran dan Bahasa Arab.

Full content generated by Get Full RSS.

UTeM raih tiga pingat emas pertandingan inovasi

Posted:

UTeM raih tiga pingat emas pertandingan inovasi

UTeM raih tiga pingat emas pertandingan inovasi


LIMA penyelidik UTeM yang berjaya meraih tiga pingat emas, dua perak serta dua Anugerah Khas Platinum dalam pertandingan mereka cipta produk inovasi daripada barangan terbuang sempena Pameran Teknologi dan Inovasi British di London, baru-baru ini.


MELAKA 1 Nov. – Inovasi dan kreativiti yang dihasilkan oleh penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam mereka cipta produk daripada barangan terbuang membuahkan hasil apabila mereka berjaya meraih tiga pingat emas, dua perak serta dua Anugerah Khas Platinum di London baru-baru ini.

Kesemua kemenangan itu diperoleh menerusi penyertaan penyelidik UTeM dalam pertandingan reka cipta terbesar iaitu Pameran Teknologi dan Inovasi British.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UTeM, Dr. Azizah Shaaban yang mengetuai pasukan penyelidik UTeM berkata, kejayaan itu membuktikan hasil inovasi negara ini juga mampu setanding dengan ciptaan negara maju.

''Kita harap kejayaan ini akan mampu menarik tumpuan pelbagai pihak untuk mengiktiraf kemampuan penyelidik UTeM," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Azizah berkata, hasil inovasi UTeM yang dipertandingkan itu berjaya menarik perhatian juri yang terdiri daripada pakar industri Eropah dan tokoh akademik universiti ternama di UK.

''Antara yang menarik perhatian juri serta wakil industri antarabangsa ialah 'Kaca Seramik Inovatif Hijau' yang dihasilkan oleh Dr. Jariah Mohamad Juoi dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan yang meraih Pingat Emas serta Anugerah Khas Platinum.

''Produk inovasi berkenaan adalah jubin yang dihasilkan melalui kitaran semula bahan buangan kaca yang dileburkan dan kemudiannya diadun dengan komposisi tertentu untuk dijadikan bahan binaan atau kemasan lantai yang lebih ekonomi dan tidak mencemarkan alam sekitar," katanya.

Sementara itu, Jariah berkata, beliau yakin dengan kemampuan produk yang dihasilkan itu memandangkan ia mempunyai daya ketahanan yang kuat dan amat sesuai untuk digunakan sebagai jubin.

''Bahan buangan kaca sememangnya boleh dikitar semula untuk dijadikan jubin yang mempunyai sifat dan ketahanan sama seperti penghasilan melalui sumber mineral semulajadi seperti tanah liat,'' ujarnya.

Selain jubin kaca, antara produk inovasi lain yang turut mendapat pengiktirafan juri dan menerima pingat emas adalah "Pelindung Gelombang Agro" yang dipercayai mampu memberi perlindungan daripada gelombang mikro berbahaya kepada kesihatan manusia.

Selain penyertaan Malaysia, pertandingan itu juga disertai oleh Amerika Syarikat (AS), Sepanyol, Rusia, Australia, Ireland, Taiwan serta Arab Saudi yang menampilkan kepelbagaian hasil inovasi merangkumi produk industri dan kepenggunaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Warga UiTM bangga miliki Dewan Taming Sari

Posted:

Warga UiTM bangga miliki Dewan Taming Sari

Warga UiTM bangga miliki Dewan Taming Sari


Sahol Hamid Abu Bakar (lapan dari kanan) dan Mizan Hitam bergambar bersama sebahagian pelajar di hadapan Dewan Taming Sari, UiTM Lendu Alor Gajah yang baru dirasmikan, baru-baru ini.


ALOR GAJAH 1 Nov. – Selepas menanti hampir 27 tahun, warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka di Lendu kini mampu tersenyum puas apabila impian untuk memiliki sebuah dewan baru menjadi realiti.

Dewan yang diberi nama Dewan Taming Sari untuk kegunaan sebarang acara besar itu dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Sahol Hamid Abu Bakar, baru-baru ini.

Rektor UiTM Cawangan Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, dewan baru itu yang mampu memuatkan 4,000 orang akan digunakan untuk penganjuran majlis besar fakulti dan konvokesyen.

Menurutnya, sebelum ini sebarang penganjuran besar dibuat di beberapa dewan kecil dan sering kali ia diadakan di luar kampus.

''Hampir 27 tahun sejak penubuhan universiti ini pada 1984, warga UiTM menanti universiti itu dan kini segala usaha dan penantian sudah berakhir.

''Penantian, usaha dan komitmen untuk memastikan pembinaan Dewan Taming Sari ini bukanlah perkara yang mudah, tetapi atas sokongan kuat Naib Canselor, maka Dewan Taming Sari berdiri dengan megah bagi manfaat bersama.

''Dengan adanya dewan baru ini yang boleh mengisi 4,000 orang itu, setiap fakulti sudah boleh menganjurkan sebarang acara besar di dewan ini. Kita tidak perlu lagi menyewa di luar selepas ini," katanya pada majlis perasmian yang dihadiri oleh kira-kira 6,000 pelajar termasuk pensyarah dan kakitangan UiTM cawangan Melaka.

Dewan tersebut dilengkapi pendingin hawa, gelanggang badminton, pentas, alat audio visual, lampu limpah untuk persembahan pentas dan beberapa kemudahan asas yang lain.

Mizan menegaskan, Dewan Taming Sari dibina khusus untuk kegunaan dalaman warga kampus dan tidak dibuka kepada orang awam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved