Rabu, 2 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Lubang lif jadi perangkap

Posted:

Lubang lif jadi perangkap

Lubang lif jadi perangkap

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


KAWASAN tapak pembinaan lif mudah dimasuki sekali gus mengundang bahaya terutama kepada kanak-kanak selain menjadi tempat pembiakan nyamuk.


RAWANG 2 Nov. – Setahun lalu, penghuni Pangsapuri Rosewood Court di Bandar Tasik Puteri mula terbayang mereka akan mendapat kemudahan lif.

Namun, sehingga kini hanya tapak lubang lif yang kelihatan setelah kerja-kerja pemasangan kemudahan itu terbengkalai dan membahayakan keselamatan mereka, terutamanya bagi anak-anak kecil.

Penduduk mendakwa, lebih mengecewakan mereka ialah sikap pemaju yang terus mengambil sikap berdiam diri walaupun pelbagai usaha diambil untuk berunding dan bertemu dengan pihak terlibat.

Tinjauan Utusan Malaysia ke pangsapuri yang terdiri daripada lima blok itu mendapati dakwaan penghuni kediaman lima tingkat berkenaan ada benarnya.

Tapak pembinaan lif yang terletak kurang satu meter dari beranda penghuni itu dipenuhi semak samun. Malah, lebih menakutkan cerucuk besi yang berceranggah jelas mengundang bahaya kepada penghuni terutama kanak-kanak.

Air bertakung dalam lubang tapak lif juga didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Utusan Malaysia difahamkan, pembinaan lif tersebut dibuat selepas pemaju berjanji akan membina lif di situ berdasarkan kepada apa yang termaktub dalam surat perjanjian jual beli yang ditandatangani sebelum ini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Rosewood Court, Mohamed Hanafiah Ismail, 40, berkata, pembinaan lif dihentikan oleh pemaju sejak Oktober tahun lalu setelah penduduk bertindak menghalang kerja-kerja daripada diteruskan kerana mereka merasakan terdapat beberapa keraguan.

Katanya, selain tidak berbincang dengan penghuni, pemaju juga seolah-olah menyembunyikan pelan pembinaan lif.

Apa yang penghuni inginkan ialah pemaju mempertimbangkan cadangan mereka yang merasakan lokasi lif dibina di kawasan yang tidak sesuai.

"Lokasi lif yang dibina bukan sahaja telah mengambil sebahagian beranda penghuni, tetapi juga menghalang pandangan dan aliran udara," ujarnya.

Beliau menambah, sehingga kini pelbagai persoalan timbul di kalangan penghuni kerana kebiasaannya tidak ada lif bagi bangunan lima tingkat namun pemaju menawarkan kemudahan itu dalam surat perjanjian jual beli yang telah ditandatangani.

Lebih menghairankan katanya, bagaimana pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meluluskan pelan pembinaan lif itu sedangkan dari segi pembinaannya ia didapati tidak sesuai termasuk dari segi keselesaan serta keselamatan.

"Jawatankuasa bertindak tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Malah kami akan cuba menuntut pampasan atas kegagalan pemaju menyiapkan kemudahan yang dijanjikan seperti yang terkandung dalam perjanjian jual beli," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemaju digesa selesai segera isu berkaitan

Posted:

Pemaju digesa selesai segera isu berkaitan

Pemaju digesa selesai segera isu berkaitan


Maria Ismail dan anaknya, Mohd. Aiman Jumli menunjukkan bekas stor kontraktor pemasang lif yang menghadang pandangan sehingga memudahkan penjenayah memecah masuk rumah penduduk di tingkat bawah pangsapuri.


RAWANG 2 Nov. - Penghuni Pangsapuri Rosewood Court di Bandar Tasik Puteri di sini meminta agar pihak pemaju segera menyelesaikan isu yang menjadi punca pembinaan lif di kediaman mereka tertangguh.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB), Pangsapuri Rosewood Court, Abdul Yadi Said, 34, berkata, apa yang berlaku sekarang jelas menunjukkan pemaju mahu lepas tangan dan mengenepikan soal keselamatan dan keselesaan penghuni.

Katanya, apa yang diinginkan penghuni ialah penjelasan jujur sama ada pembinaan lif tersebut mahu diteruskan atau sebaliknya.

"Jika pemaju mengambil keputusan mahu meneruskan kami minta agar cadangan yang dikemukakan sebelum ini dipertimbangkan," ujarnya.

Bagi Siti Aminah Wahyuddin, 33, tindakan pihak pemaju enggan berbincang dan menunjukkan pelan asal pembinaan lif di situ seolah-olah satu cubaan menyembunyikan sesuatu.

"Kami akan terus berjuang bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera," ujarnya.

Jirannya, Maria Ismail 31, pula mendakwa stor tempat penyimpanan peralatan yang ditinggalkan kontraktor terlibat telah menyebabkan kediamannya diceroboh baru-baru ini.

Katanya, kedudukan stor berkenaan telah menghalang pandxangan ke unit kediaman yang terletak di tingkat bawah, menjadikannya sasaran penjenayah untuk memecah masuk.

Full content generated by Get Full RSS.

Peniaga dipindah dekat Pasar Seni

Posted:

Peniaga dipindah dekat Pasar Seni

Peniaga dipindah dekat Pasar Seni

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


Kawasan pejalan kaki berhampiran Stesen LRT Pasar Seni yang bakal dijadikan tapak niaga untuk peniaga yang dipindahkan dari Pasarama Kota.


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Kebimbangan 13 peniaga di terminal bas Pasarama Kota (Hentian Bas Klang) berakhir apabila mereka akan dipindahkan ke kawasan lapang berdekatan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni.

Pemindahan itu dibuat kerana Pasarama Kota ditutup sementara untuk memberi ruang kepada projek pembangunan jajaran My Rapid Transit (MRT) dijalankan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, kesemua peniaga terlibat akan berpindah dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan daripada SPAD dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

"Mereka akan dipindahkan secepat mungkin selepas lot niaga disiapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di kawasan lapang tersebut.

"Tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada mereka kerana kawasan niaga itu sudah memadai. Peniaga perlu memastikan kawasan tersebut bersih," katanya selepas mengadakan lawatan ke Pasarama Kota hari ini.

Saravanan berkata, beliau akan berbincang dengan Prasarana supaya tiada sebarang sewa dikenakan kepada peniaga dalam tempoh perpindahan sementara itu.

"Banyak kos yang akan digunakan oleh peniaga untuk membuka perniagaan mereka sementara menunggu gerai baru yang akan siap dibina pada 2016 nanti," katanya.

Tambah beliau, kesemua gerai di kawasan baru itu akan dipantau tahap kebersihannya kerana ia merupakan kawasan tumpuan pelancong dan orang ramai.

Peniaga, Puspa Krishnan, 35, berkata, beliau gembira kerana mendapat gerai untuk meneruskan perniagaannya.

"Saya sudah 12 tahun berniaga di kawasan ini dan merasa gembira kerana ada pihak yang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh kami," katanya.

Penutupan operasi terminal bas Pasarama Kota adalah untuk memberi laluan kepada projek Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang melibatkan pembinaan terowong bawah tanah sepanjang 10 kilometer di pusat bandar raya termasuk melalui bawah 20 lot bangunan di sepanjang Jalan Sultan di situ.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved