Rabu, 2 November 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Terima panggilan lelaki tidak dikenali

Posted:

Terima panggilan lelaki tidak dikenali

Terima panggilan lelaki tidak dikenali

SHAH ALAM 2 Nov. - Seorang pengurus projek sebuah syarikat swasta memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia menerima panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali menggunakan nombor telefon bimbit milik pegawai CIMB Bank, Noorhisham Mohamad pada pukul 9.50 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Lyly Zanariyah Manaf, 32, rakan sekerja Noorhisham di Jabatan Kredit CIMB ketika itu berkata, pemanggil tersebut mengajaknya berjumpa di pejabat pada keesokan hari walaupun ia cuti umum sempena Hari Kemerdekaan.

Saksi pendakwaan ke-62 itu memberitahu dia kemudian bertanya di mana Noorhisham kerana pemanggil yang tidak dikenali itu membuat panggilan daripada telefon bimbit rakannya itu.

''Sewaktu menyambut panggilan, pemanggil menyapa saya dengan nama Lyly. Dia tanya boleh jumpa saya esok. Saya tanya hendak jumpa di mana. Dia kata di pejabat. Saya kata esok cuti. Dia terkejut. Dia beritahu, kita jumpa hari berikutnya.

''Sebelum itu pemanggil ada menyebut namanya tetapi saya tidak dapat dengar. Bukan nama Noorhisham. Saya tanya di mana Noorhisyam, pemanggil seakan-akan terkejut. Dia kata aahh. Selepas itu dia matikan talian,'' jelasnya.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam hingga 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Menurut Lyly Zanariyah, nada suara pemanggil tersebut rendah, dalam dan intonasinya perlahan selain suasana latar panggilan tersebut sunyi.

Selepas dua atau tiga minit talian dimatikan, dia cuba menghubungi Noorhisham sebanyak dua kali dan tidak pernah mengulanginya selepas tarikh tersebut apabila dua panggilan terakhir itu masuk ke dalam peti simpanan suara.

Terdahulu, Lyly Zanariyah yang kini bekerja di Mywish List Sdn. Bhd. berkata, pada hari kejadian, semasa di pejabat, Noorhisham ada mengajaknya ke Banting untuk berbuka puasa dengan seorang peguam tetapi beliau menolak kerana telah merancang untuk berbuka puasa dengan kawan-kawannya.

Pakar Perunding Perubatan Forensik dari Hospital Kuala Lumpur, Dr. Nurliza Abdullah pula memberitahu menerima arahan untuk menganalisis bahan-bahan bukti pada pukul 3.30 petang, 13 September 2010 daripada pegawai penyiasat kes itu, Asisten Supritendan (ASP) Ishak Yaakob.

Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang forensik antropologi turut menjelaskan secara terperinci tentang sains forensik berkaitan pemeriksaan ke atas tulang dan rangka manusia termasuk kepingan tulang yang telah berkecai.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-43 bersambung esok.

Full content generated by Get Full RSS.

Didenda RM4,000 edar, tampal iklan pinjaman tidak berlesen

Posted:

Didenda RM4,000 edar, tampal iklan pinjaman tidak berlesen

Didenda RM4,000 edar, tampal iklan pinjaman tidak berlesen

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Gara-gara mengedar dan menampal 680 keping risalah serta iklan yang menawarkan pelbagai pinjaman tidak berlesen bulan lalu, seorang penganggur didenda RM4,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Lam Seng Win, 21, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azmil Muntapha Abas.

Tertuduh didakwa mengedar dan menampal risalah serta iklan pinjaman tersebut di sekitar peti pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Jalan Hujan Rahmat, OUG, Brickfields di sini pada pukul 3.30 petang, 27 Oktober lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 11(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1954 (Akta 400) yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam bela Martin Tay yang mewakili Seng Win merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan memandangkan tertuduh pesalah muda, malah ini kesalahannya kali yang pertama.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut pada masa depan.

Tertuduh dibebaskan selepas membayar denda.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved