Rabu, 2 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pelepasan karbon dioksida

Posted:

Pelepasan karbon dioksida

Pelepasan karbon dioksida

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 1 Nov. - Penyelidikan berkaitan Masyarakat Rendah Karbon (LCS) di kawasan Iskandar Malaysia mampu mengurangkan jumlah pelepasan karbon dioksida dan mengenal pasti langkah dan dasar dalam bidang pembinaan, pengangkutan dan pengurangan sisa pepejal.

Ketua Penyelidik UTM, Prof. Dr. Ho Chin Seong berkata, selain penyelidikan dan membangunkan model senario masyarakat yang rendah karbon di Iskandar Malaysia, ia juga berfungsi sebagai hab kajian rendah karbon bagi rantau Asia.

"Malaysia perlu mencipta pelan ke arah rendah karbon, sama ada peringkat wilayah atau bandar raya dan pemilihan Iskandar Malaysia sebagai tapak kajian menjadikannya sebagai contoh yang akan mempamerkan amalan terbaik rendah karbon bagi rantau ini," katanya selepas pelancaran Simposium dan Bengkel Projek Penyelidikan Rendah Karbon Asia Kedua di Universiti Teknologi Malaysia, (UTM) Skudai di sini semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Marzuki Khalid; Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim dan wakil ketua Agensi Kerjasama Jepun di Malaysia, Tsutomu Nagae.

Kerjasama antara tenaga penyelidik UTM dan beberapa pegawai IRDA serta kerajaan negeri dalam melaksanakan penyelidikan di kawasan terbabit bukan sahaja memberi manfaatnya di Iskandar Malaysia, malah seluruh negara serta Asia yang akan berkongsi dan mempelajari teknologi Malaysia-Jepun.

Simposium dan bengkel dua hari yang bermula semalam itu anjuran bersama UTM, IRDA serta beberapa agensi dari Jepun seperti NIES, Universiti Kyoto, Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST).

Program yang ditaja LCS-R net di bawah Projek Penyelidikan Sains dan Teknologi mengenai Alam Sekitar (Satreps) itu bertujuan menggalakkan dialog antara penggubal dasar dan penyelidik serta mewujudkan rangkaian bagi membantu peningkatan kapasiti untuk menggalakkan dasar rendah karbon Asia secara saintifik.

Full content generated by Get Full RSS.

UTHM giat tambah baik kemudahan kampus

Posted:

UTHM giat tambah baik kemudahan kampus

UTHM giat tambah baik kemudahan kampus


MASJID baru Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, di Batu Pahat telah dibuka kepada warga kampus dan orang ramai.


BATU PAHAT 1 Nov. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memberi penekanan serius terhadap aspek pembinaan dan penambahbaikan infrastruktur bagi memastikan kemudahan pembelajaran dan pengajaran berada pada tahap yang terbaik.

Menurut laman web universiti itu, antara infrastruktur terkini yang dimiliki dan bakal dinikmati UTHM adalah bangunan perpustakaan, masjid, empat bangunan baru fakulti, kompleks sukan dan Dewan Canselor.

Kampus UTHM di Tanjung Laboh di sini dan di Pagoh, Muar juga masih dalam pembinaan untuk kemudahan penuntut universiti itu.

Perpustakaan UTHM adalah yang terbesar di negara ini dan dilengkapi kemudahan terkini seiring peranannya sebagai gerbang ilmu pengetahuan.

UTHM juga menyediakan bangunan baru untuk empat fakulti iaitu Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan serta Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar yang akan memulakan sesi pengajian pada 2011/12.

UTHM turut menyiapkan bangunan baru masjid universiti yang boleh memuatkan kira-kira 3,000 jemaah bersesuaian dengan pertambahan warga kampus.

Kemudahan lain seperti stadium untuk aktiviti kesukanan turut dilengkapi dengan kemudahan gimnastik, padang dan kolam renang yang masih dalam pembinaan.

UTHM juga sedang membina Dewan Canselor baru yang dapat memuatkan seramai 3,000 orang dan dilengkapi bilik-bilik khas seperti Bilik Santapan Diraja, Bilik Persalinan Diraja, Bilik Canselor dan Pro-Canselor, tempat letak kereta yang luas dan ruang menunggu untuk ibu bapa serta tetamu.

Laman web itu menyatakan, pertambahan infrastruktur itu diharapkan dapat membantu proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di universiti itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved