Rabu, 2 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Peningkatan penduduk beri cabaran kepada dunia

Posted:

Peningkatan penduduk beri cabaran kepada dunia

Peningkatan penduduk beri cabaran kepada dunia

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggariskan empat cabaran utama bakal dihadapi dunia ekoran pertambahan penduduk yang dijangka mencecah 10 bilion menjelang 2100.

Wakil Tabung Aktiviti Kependudukan Bangsa Bersatu (UNFPA), Kamal Malhotra berkata, cabaran tersebut ialah kehidupan golongan belia, alam sekitar, keseimbangan antara penduduk bandar dan luar bandar serta soal perancangan keluarga.

"Rakyat Malaysia tidak terkecuali kerana kita perlu berusaha untuk memperoleh kualiti hidup yang baik," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Laporan Populasi Penduduk Dunia 2011: Rakyat dan kemungkinan di dalam dunia berpenduduk 7 bilion, di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga, Tan Sri Napsiah Omar.

Baru-baru ini, UNFPA menyatakan kebimbangan pertambahan penduduk akan memberikan cabaran dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan dan pemuliharaan alam sekitar.

Kamal berkata, berdasarkan laporan tersebut Tokyo mencatatkan bilangan penduduk paling tinggi dengan 36.7 juta orang diikuti New Delhi (22 juta orang) dan Sao Paulo serta Mumbai, masing-masing mencatatkan jumlah 20 juta penduduk.

Sehubungan itu, katanya, UNFPA mencadangkan supaya pelan pembangunan seimbang diwujudkan termasuk pembinaan perumahan yang mencukupi, sistem sanitasi yang baik serta kawasan hijau yang mencukupi.

Full content generated by Get Full RSS.

5 aspek ancaman bukan konvensional dibincangkan FDPA

Posted:

5 aspek ancaman bukan konvensional dibincangkan FDPA

5 aspek ancaman bukan konvensional dibincangkan FDPA


DR. AHMAD Zahid Hamidi (dua, kiri) ketika sesi bergambar bersama (dari kiri), Stephen Francis Smith, Dr. Ng Eng Hen, Dr. Wayne Daniel Mapp dan Philip Hammond ketika mengadakan lawatan ke Pangkalan Tentera Laut Changi (Changi Naval Base) di Singapura, semalam.


SINGAPURA 1 Nov. - Lima aspek ancaman bukan konvensional turut dibincangkan oleh negara anggota dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FDPA) yang bermesyuarat di sini dan Malaysia menyatakan komitmennya bagi mencari kaedah baru untuk menangani perkara itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ancaman tersebut adalah serangan siber, pelanunan dan rompakan laut, keselamatan maritim, perubatan ketenteraan serta bantuan kemanusiaan dan bencana alam.

Jelasnya, negara anggota FDPA iaitu Singapura, Australia, United Kingdom dan New Zealand juga bersetuju meningkatkan kerjasama dalam kelima-lima aspek tersebut.

"Ini merupakan lima aspek baru yang tidak pernah terbayang 40 tahun lalu tetapi realitinya ia harus diberi perhatian kerana ancaman bukan konvensional ini akan benar-benar menjadi satu ancaman besar jika tidak diatasi segera terutamanya dari segi perang biokimia.

"Ia melampaui batas waktu dan kita sudah mula memikirkan kerjasama antara negara-negara umpamanya Malaysia dan Australia yang diberi tanggungjawab menyediakan kertas cadangan bagi keselamatan maritim," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatan dari Singapura, Dr. Ng Eng Hen; New Zealand, Dr. Wayne Mapp; Australia, Stephen Smith dan Setiausaha Pertahanan United Kingdom, Philip Hammond, di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, FDPA masih relevan dalam menjamin keamanan dan keselamatan rantau ini tetapi pendekatan baru harus diambil sejajar perkembangan dan kewujudan ancaman bentuk baru kerana senario pertahanan sudah bertukar corak.

Katanya, antara kaedah yang dibincangkan termasuk meningkatkan kerjasama dengan mengadakan lebih banyak latihan bersama, pertukaran maklumat perisikan mengenai keganasan dan isu keselamatan lain di rantau ini.

"Pada hemat saya, walaupun bukan pakatan ketenteraan, ini adalah sesuatu yang agak unik dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana negara," katanya.

Latihan dalam FDPA kali ini melibatkan 4,000 peserta, 68 pesawat, 18 buah kapal, 2 kapal selama dan pelbagai elemen

Full content generated by Get Full RSS.

Najib tiba di Tanah Suci

Posted:

Najib tiba di Tanah Suci

Najib tiba di Tanah Suci

MADINAH 1 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini untuk menunaikan ibadah haji hujung minggu ini.

Pesawat yang membawa beliau serta rombongannya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad di sini kira-kira pukul 9 malam, Isnin (2 pagi hari Selasa waktu Malaysia).

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Gabenor kota Madinah, Sulaiman Mohammad Al-Jeraisy dan Duta Besar Malaysia di Arab Saudi, Prof. Datuk Syed Omar Al-Saggaf.

Turut berada di lapangan terbang menyambut ketibaan beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa'ari dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Paduka Ismee Ismail.

Perdana Menteri turut diiringi bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah dan adiknya, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Najib dijadual menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebelum berlepas ke Jeddah untuk memasuki kota Mekah bagi menunaikan umrah hari ini.

Pada hari Rabu pula beliau akan mengunjungi ibu pejabat Tabung Haji di hotel Abraj Al-Janadiriah di Mekah dan meluangkan masa untuk bertemu dengan jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel itu.

Najib dan isteri akan berwukuf di Arafah pada hari Sabtu ini bersama lebih tiga juta umat Islam yang lain dari seluruh dunia, yang menunaikan haji tahun ini. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved