Rabu, 2 November 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


RM2.71j bekalan elektrik 24 jam

Posted:

RM2.71j bekalan elektrik 24 jam

RM2.71j bekalan elektrik 24 jam

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

RAUB 2 Nov. - Lebih 500 penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Ara dan Balongan akan menikmati bekalan elektrik 24 jam mulai pertengahan tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahirudin Moin berkata, kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan RM2.71 juta bagi membina prasarana untuk membolehkan bekalan elektrik 24 jam dinikmati penduduk di kedua-dua buah kampung tersebut.

Katanya, projek tersebut akan dimulakan tidak lama lagi dan dilaksanakan di bawah program bekalan elektrik Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

''Kerajaan berharap bekalan elektrik 24 jam itu membolehkan penduduk Orang Asli di kedua-dua kampung tersebut menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan mereka," katanya pada majlis ramah mesra dengan penduduk perkampungan Orang Asli Balongan dekat sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Shahiruddin memberitahu, 200 penduduk kampung Orang Asli di Sungai Chandan sudah mendapat bekalan elektrik 24 jam baru-baru ini melalui melalui peruntukan kementerian berjumlah RM117,000.

Katanya, dengan adanya bekalan elektrik itu maka berakhir penantian 50 tahun penduduk Orang Asli di kampung berkenaan untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Shahiruddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Raub berkata, 78 peratus perkampungan Orang Asli di daerah Raub sudah mempunyai prasarana asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan raya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada masyarakat Orang Asli supaya jangan lagi tinggal bertaburan dalam kumpulan atau perkampungan yang kecil bagi memudahkan kerajaan menyalurkan kemudahan asas.

''Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sedang membuat perancangan rapi untuk membangunkan perkampungan Orang Asli di sini supaya kediaman mereka setaraf dengan kampung baru atau kampung tradisional Melayu," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Hasilkan produk tembusi Asia Barat

Posted:

Hasilkan produk tembusi Asia Barat

Hasilkan produk tembusi Asia Barat

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Ishak Muhamad dua dari kiri) melihat produk yang dijual oleh usahawan dari Bentong selepas membuat lawatan ke premis usahawan TEKUN di Bentong, baru-baru ini.


BENTONG 2 Nov. - Usahawan di negeri ini disaran menghasilkan produk yang mampu menembusi pasaran sehingga ke luar negara terutamanya produk halal berasaskan kecantikan dan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi dan Usahawan, Datuk Ishak Muhamad berkata, produk tersebut mempunyai permintaan yang tinggi di negara Asia Barat dan dunia Islam yang lain.

Katanya, usahawan tempatan perlu bijak merebut peluang tersebut kerana permintaan terhadap produk halal di negara-negara Islam sangat besar sehingga mencecah nilai berbilion ringgit.

''Bagi mencapai hasrat tersebut usahawan negeri ini perlu mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenuhi piawaian dunia.

''Kita perlu mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) agar produk yang dihasilkan itu dapat diterima oleh penduduk yang mengimport produk kita," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke premis usahawan TEKUN di sini kelmarin.

Menurut beliau, usahawan negeri ini tidak lagi boleh mengharapkan pasaran dalam negara semata-mata kerana persaingan yang sengit dan permintaan adalah kecil.

Tambah beliau, para usahawan TEKUN perlu berani meneroka pasaran luar negara dan kerajaan negeri sedia membantu mereka mendapatkan pinjaman modal yang lebih besar daripada agensi dan institusi kewangan lain.

''Usahawan TEKUN jangan harap bantuan daripada agensi ini semata-mata kerana ia hanya memberikan pinjaman maksimum RM50,000 dan sudah tentu tidak cukup menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak dan untuk melakukan R&D," kata beliau.

Katanya, sejak ditubuhkan pada 1999, TEKUN di negeri itu telah memberikan pinjaman bernilai RM183 juta kepada 18,600 peminjam dan pada tahun ini sahaja agensi itu mengeluarkan pinjaman RM16 juta kepada 1,600 usahawan kecil.

Full content generated by Get Full RSS.

Laluan pejalan kaki Teluk Chempedak siap 95 peratus

Posted:

Laluan pejalan kaki Teluk Chempedak siap 95 peratus

Laluan pejalan kaki Teluk Chempedak siap 95 peratus


Chang Hong Seong (dua kanan) melawat tapak pejalan kaki boardwalk di Teluk Chempedak, Kuantan. baru-baru ini.


KUANTAN 2 Nov. - Projek laluan pejalan kaki atau boardwalk di Pantai Teluk Chempedak yang bermula sejak Ogos lalu sudah siap 95 peratus dan bakal diuji tahap keselamatannya sebelum boleh digunakan oleh pengunjung.

Laluan sepanjang 250 meter yang menggunakan bahan gentian itu antara sebahagian daripada projek Kementerian Pelancongan dalam usaha menaik taraf lokasi pelancongan itu.

Sebelum ini, laluan terbabit berlantaikan kayu dan semakin usang sekali gus mengundang bahaya kepada pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, beliau berpuas hati dengan laluan baru itu yang dibina membabitkan kos RM500,000 namun dalam masa sama merayu supaya pengunjung bersama-sama menjaga kemudahan tersebut.

"Projek ini adalah usaha kerajaan memberikan kemudahan terhadap pengunjung dan jika tidak digunakan sebaik mungkin, orang ramai juga yang mendapat susah.

''Kita jalan sahaja lah di laluan ini, tak perlulah kita nak bersandar dan memijak palang pemegang laluan itu pula," katanya.

Beliau mengulas perkara itu selepas mengadakan tinjauan di tapak projek itu yang turut disertai Ketua Bahagian Projek Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Khairul Suhaidi di sini baru-baru ini.

Menurutnya, laluan itu mendapat jaminan 10 tahun daripada kontraktor yang terbabit mengendalikan projek itu.

"Selepas fasa pertama ini siap sepenuhnya, ia bakal disambung untuk fasa kedua membabitkan laluan sepanjang lebih 180 meter dengan nilai kos yang sama," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved