Rabu, 9 November 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


ADUN BN diarah keluar Dewan

Posted:

ADUN BN diarah keluar Dewan

ADUN BN diarah keluar Dewan

SHAH ALAM 9 Nov. – Hanya setengah jam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berlangsung, Mohd. Isa Abu Kassim (BN-Batang Kali) dikenakan tindakan keluar dewan dan digantung daripada persidangan hari ini.

Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim memutuskan tindakan itu di bawah Peraturan 44 (2) Peraturan Tetap Dewan apabila Mohd. Isa tidak berpuas hati dengan jawapan yang dikemukakan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok) mengenai program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khusus kepada para penjawat awam negeri.

Dalam sesi soalan lisan, Mohd. Isa mengemukakan soalan tambahan kepada Abdul Khalid yang juga Menteri Besar mengenai perkara itu, namun beliau dikatakan tidak menjawab soalan tersebut dan hanya menyatakan program MES membabitkan semua rakyat termasuk penjawat awam negeri.

Bagaimanapun, Mohd. Isa kemudiannya bangkit dan menyatakan Abdul Khalid tidak menjawab soalan tersebut tetapi Chang Khim sejurus selepas itu menyatakan kepada Mohd. Isa bahawa soalan tersebut telah dijawab oleh Abdul Khalid.

Namun, Mohd. Isa tetap dengan pendiriannya bahawa soalan tersebut tidak dijawab selain terus menuntut jawapan daripada Abdul Khalid sehingga menyebabkan Chang Khim pada pukul 10.30 pagi ini mengarahkankannya keluar dewan dan digantung sehari daripada menghadiri sidang DUN pada hari ini.

Mohd. Isa ketika ditemui di luar dewan berkata, beliau kesal dengan tindakan yang dikenakan ke atasnya kerana beliau hanya menuntut Abdul Khalid menjawab soalan tersebut.

Bagaimanapun katanya, Abdul Khalid tidak menjawab soalan berkenaan dan ia menimbulkan pelbagai persoalan terhadap keberkesanan program MES dan kesungguhan kerajaan negeri dalam membantu meningkatkan taraf para penjawat di negeri ini.

"Saya hanya tanya kepada Ijok (Abdul Khalid) mengenai program MES kepada penjawat awam, dia tak jawab. Saya dianiaya dan dikatakan tidak menghormati beliau (Speaker).

"Ijok tidak menyatakan apakah programnya untuk penjawat awam, adakah beliau sama dengan DAP untuk buang kakitangan awam," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Selangor bentang bajet berimbang RM1.6 bilion

Posted:

Selangor bentang bajet berimbang RM1.6 bilion

Selangor bentang bajet berimbang RM1.6 bilion

SHAH ALAM 9 Nov. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membentangkan Bajet 2012 bagi negeri ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion dengan bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.

Beliau berkata, bajet berimbang itu mengandungi empat strategi iaitu meningkatkan kecekapan pentadbiran dan meningkatkan kualiti asas kehidupan keluarga dan masyarakat selain melestarikan pembangunan serta mendorong masyarakat berilmu, berakhlak mulia dan hidup sihat.

Antara intipati bajet ialah program elaun anak ke nurseri membabitkan peruntukan RM3 juta dan penerusan program pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat negeri ini.

Beliau juga mengumumkan 'Geran Selangorku' melibatkan peruntukan RM300 juta untuk memantapkan program Merakyat Ekonomi Selangor (MES) menerusi 17 program tambahan antaranya pengenalan gaji minimum pada tahun depan oleh anak syarikat milik penuh kerajaan negeri dengan dana RM10 juta disediakan untuk anak-anak syarikat kerajaan negeri yang prestasi kewangan belum stabil bagi melaksanakannya.

Katanya, menerusi program tambahan itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi infrastruktur manakala RM30 juta untuk pembinaan infrastruktur sukan selain masing-masing RM30 juta bagi program pemerkasaan wanita bagi membasmi kemiskinan, keusahawanan sosial dan program keusahawanan muda serta belia menambah nilai perniagaan.

"Bagi sekolah yang memerlukan bantuan khususnya kemudahan asas, sebanyak RM30 juta diperuntukkan menerusi pengenalan Program Sokongan Pendidikan," katanya ketika membentang bajet tersebut pada sidang DUN di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM20 juta bagi pengenalan program kebajikan untuk bekerja dan program pembasmian rasuah dan penyelewengan dengan peruntukan RM15 juta.

Selain itu, beliau juga mengumumkan program pengukuhan demokrasi dengan peruntukan RM5 juta, pengukuhan budaya (RM3 juta), program pemeliharaan alam sekitar (RM5 juta), jangkaan hidupan bandar (RM10 juta) dan program pejabat ke rakyat (RM20 juta) manakala program penerangan maklumat negeri (RM10 juta).

Beliau juga mengumumkan program peningkatan kualiti hidup rakyat dengan peruntukan RM5 juta dan program peningkatan kemahiran kakitangan awam sebanyak RM5 juta manakala program penggerak pembangunan luar bandar, RM22 juta.

Antara butiran lain bajet yang dibentangkan oleh Abdul Khalid ialah;

l RM8.5 juta untuk pemuliharaan tapak pelupusan sampah Kubang Badak, Air Hitam, Sungai Kembong, Pulau Ketam, Sungai Kertas selain kerja pemulihan Sungai Kembong.

l RM3 juta untuk Program Zon Bersih.

l RM4 juta untuk program kerajaan prihatin melibatkan kos tambahan bina baru dan baik pulih rumah keluarga miskin, bantuan bencana alam, bekalan makanan asasi, penyelengaraan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), baik pulih lif rumah kos rendah selain tambahan RM500,000 untuk membaiki dewan orang ramai dan RM4 juta bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

l RM3.2 juta untuk tambah baik kawasan bersejarah di Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor selain tambahan RM500,000 bagi pembangunan muzium di Istana Bandar, Jugra dan RM2.8 juta menaik taraf Muzium Sultan Alam Shah.

l RM14.5 juta untuk pembangunan desa dan luar bandar termasuk kampung baru, kampung bagan dan kampung tersusun manakala tambahan RM500,000 bagi pembangunan pinggir bandar.

- RM2 juta untuk membasmi kemiskinan dan RM2.2 juta bagi program pembangunan ekonomi petani, nelayan dan penternak selain RM500,000 bagi kebajikan golongan itu serta RM300,000 untuk program pembangunan pekerja ladang.

- RM4.7 juta untuk pembangunan produk pelancongan seperti kraf tangan dan RM2 juta bagi industri kampung.

Bagi tujuan pendidikan pula, RM2 juta diberikan masing-masing kepada program pusat tuisyen rakyat dan program pendidikan tinggi, Program Spiritual, Fizikal, Emosi dan Sosial (Spies) (RM3 juta), Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) sebanyak RM1 juta, tabung anak pekerja ladang (RM1 Juta), pembangunan Orang Asli (RM100,000) dan program Orang Kelainan Upaya (OKU), anak yatim dan kanak-kanak sebanyak RM1 juta.

- Bagi sekolah agama, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, masing-masing diperuntukkan sebanyak RM16 juta manakala rumah ibadat bukan Islam diperuntukkan RM3 juta.

- Sebanyak RM3.5 juta pula diperuntukkan untuk program pembangunan belia, RM4 juta untuk pembangunan sukan, RM500,000 untuk latihan kemajuan wanita dan keluarga, latihan dan pembangunan usahawan serta latihan teknikal sebanyak RM2.25 juta manakala latihan kemahiran kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM500,000.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved