Khamis, 10 November 2011

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Puteri raja yang aktif dan positif

Posted:

Puteri raja yang aktif dan positif

Puteri raja yang aktif dan positif

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SHEFRY MONIZ


Sukan paintball menjadi minat terbaru Tunku Puteri Intan Safinaz.


WALAUPUN memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Pro-Canselor kepada dua buah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Tengku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim tidak pernah mengabaikan minatnya dalam bersukan.

Malah menurut Puteri Intan Safinaz, minat bersukan sebenarnya telah dipupuk oleh kedua ayahanda dan bonda sejak beliau kecil lagi.

Pesan ayahandanya, sukan adalah elemen utama dalam pembentukan disiplin diri.

Puteri bongsu Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Almarhumah Tuanku Bahiyah Tuanku Abdul Rahman ini, sememangnya dididik sebagai puteri yang aktif dan bercita-cita tinggi.

Malah tidak keterlaluan mengatakan baginda seorang yang bersikap optimis terutama dalam hal yang berkaitan dengan kesukanan.

Mengimbas kenangan di zaman kanak-kanak, Puteri Intan Safinaz mengakui bonda dan ayahandanya memang menggalakkan mencuba apa juga jenis sukan.

"Bersukan sebenarnya membantu membina keyakinan diri. Dulu mungkin ada sesetengah ibu bapa yang tidak menggalakkan anak perempuan mereka bersukan dan sukan juga tidak diberi penekanan sepenuhnya.

"Namun keadaan tersebut telah berubah dan dengan kemudahan sukan yang ada sekarang ia telah memberi peluang kepada wanita untuk sertai sukan pada usia yang lebih muda," ujar beliau yang ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau hadir sempena majlis sidang akhbar kejohanan sukan paintball peringkat dunia, World Cup Asia Langkawi 2011 (WCA 2011) yang berlangsung dari 10 hingga 13 November.

Walau sesibuk manapun, puteri raja berhati waja ini pasti memperuntukkan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk bermain sukan kegemarannya iaitu golf dan yang terbaru paintball.

Mungkin agak janggal mendengar seorang anak raja menggemari sukan yang agak lasak, namun Puteri Intan Safinaz mempunyai alasan tersendiri.

"Adrenalin... kalau mahu sertai sukan ekstrem seperti BMX sudah terlambat, jadi paintball yang paling sesuai. Seperkara lagi yang menarik tentang sukan paintball ini ialah elemen kesamarataan.

"Dari segi kesaksamaan gender, dalam sukan ini lelaki dan wanita boleh berpasukan dalam satu kumpulan dan kumpulan wanita pula boleh melawan kumpulan lelaki. Inilah cabaran sukan paintball yang tersendiri," jelas beliau yang juga pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) di Kedah.

Ketika bercerita bagaimana boleh terpikat dengan sukan ini, jelas beliau ia bermula kira-kira empat tahun lalu.

"Pencetusnya ialah dari YSB juga, ketika itu kami menganjurkan karnival rakyat dan sukan paintball adalah baru bagi warga Kedah.

"Apabila saya mengenali sukan ini saya tertarik dengan kepantasan, kerjasama berkumpulan dan kecepatan membuat keputusan.

"Ia tidak memerlukan tahap kemahiran yang tinggi. Nampak saja tembak-menembak tapi sebenarnya sukan ini menggalakkan pemainnya agar menghormati satu sama lain," ujarnya yang baru-baru ini menerima anugerah Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para di Kem 8 Rejimen Renjer Diraja Para, Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Memang terpancar keterujaan pada wajah Puteri Intan Safinaz apabila memperkatakan tentang sukan kegemaran terbarunya ini.

Bagi beliau sukan paintball membentuk kerjasama berpasukan yang merupakan elemen penting dalam segala tindak tanduk kehidupan setiap insan.

Walaupun baru empat tahun berkecimpung dengan sukan ini, 'cinta' Puteri Intan Safinaz pada sukan yang boleh dikategori lasak ini makin menebal.

"Tak salah untuk mempromosikan sukan ini di kalangan selebriti dan sekali gus menjadikan mereka sebagai satu subjek tarikan komersial.

"Dalam sukan paintball ini aspek keselamatan memang penting dan sesiapa yang main mesti faham.

"Bagi saya ia satu sukan yang perlu dimulakan dari peringkat sekolah menengah," kata beliau sambil memberitahu YSB mempunyai program perintis paintball di lapan buah sekolah di sekitar Kedah.

Menurut Puteri Intan Safinaz , beliau masih baru dalam sukan itu.

"Saya tidaklah pandai sangat main paintball tapi ia memang menyeronokkan. Ia satu cara yang baik untuk berinteraksi dengan golongan remaja," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved