Khamis, 10 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Polis sudah ambil 50 keterangan

Posted:

Polis sudah ambil 50 keterangan

Polis sudah ambil 50 keterangan

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Polis telah mengambil keterangan 50 individu termasuk penganjur, penyokong dan peserta program Seksualiti Merdeka 2011 sejak kelmarin.

Bagaimanapun, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar), ramai lagi individu akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan antaranya, aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir.

Beliau berkata, pihaknya dijangka mengambil keterangan anak bekas Perdana Menteri itu dalam tempoh terdekat ini.

"Kita juga akan rakam keterangan mana-mana pihak yang membuat laporan membantah penganjuran program seks bebas itu bagi membantu siasatan mengikut dua akta yang diperuntukkan.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini tetapi kita masih mengikuti perkembangan kes ini mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Deepavali anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebelum ini, polis telah mengambil keterangan penganjur program Seksualiti Merdeka 2011, Pang Khee Teik kira-kira pukul 4 petang kelmarin.

Turut diambil keterangan ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, polis setakat ini menerima sejumlah 154 laporan di seluruh negara yang membantah penganjuran program tersebut.

"Keputusan pihak penganjur membatalkan semua aktiviti program Seksualiti Merdeka 2011 adalah tepat selepas majoriti masyarakat negara ini menyatakan bantahan mereka," katanya.

Beliau turut menegaskan, semua pihak perlu mengambil kira sensiviti budaya, agama dan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Jangan kira ikut sedap hati kita sahaja, kita ingat nak mengambil hati golongan minoriti tetapi kita tidak sedar secara tidak langsung golongan majoriti pula marah. Kita kena ambil kira semua itu," katanya lagi.

Sementara itu, Khalid berkata, dakwaan Ambiga berhubung pengharaman penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 berbaur politik, sebagai tidak berasas.

"Tiada kaitan antara pengharaman Seksualiti Merdeka 2011 dengan pihak polis dan politik. Pengharaman adalah semata-mata atas alasan keselamatan dan keharmonian agama," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Hasrat DAP satu penghinaan

Posted:

Hasrat DAP satu penghinaan

Hasrat DAP satu penghinaan

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

PULAU PINANG 9 Nov. – Hasrat DAP untuk mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 disifatkan sebagai satu penghinaan kepada kakitangan kerajaan yang merupakan penyumbang terbesar terhadap kemajuan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, tindakan DAP itu juga dianggap sebagai tidak mengenang jasa kakitangan awam yang telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju serta moden berbanding sebelum ini.

''Macam tidak kena apabila orang yang banyak berjasa kepada negara dalam mentransformasikan wajah Malaysia daripada negara miskin kepada moden diperlakukan seumpama itu.

''Justeru, saya merasakan cadangan DAP untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam adalah satu penghinaan kepada kakitangan awam yang sudah bertungkus lumus dalam proses pembangunan negara. Mereka sepatutnya diiktiraf dan bukannya diperlakukan seperti itu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kepada sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini mengenai cadangan untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya pembangkang dipilih sebagai pemerintah negara.

Kenyataan tersebut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak yang menyifatkan ia mengukuhkan lagi dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Menurut Nor Mohamed, penjawat awam telah banyak berkorban untuk memajukan negara ini dan seharusnya pengorbanan itu diiktiraf dan dihargai oleh semua pihak.

Full content generated by Get Full RSS.

Hasrat DAP tidak wajar – Tun M

Posted:

Hasrat DAP tidak wajar – Tun M

Hasrat DAP tidak wajar – Tun M

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my


Pelajar Jurusan Sains Komputer, Shahizul Muhamad mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mahathir Mohamad selepas menerima tandatangan di Dewan Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat DAP untuk mengecilkan jumlah penjawat awam dengan memecat mereka merupakan satu langkah yang tidak wajar.

Namun katanya, DAP perlu menjelaskan terlebih dahulu kaedah yang akan digunakan mereka bagi memastikan kakitangan awam itu mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya, beliau juga pernah mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan semasa pentadbirannya, namun penjawat awam itu diserapkan ke dalam syarikat berkaitan kerajaan.

''Bila mereka bekerja dengan syarikat, syarikat itu yang membayar gaji mereka, sekali gus kuranglah perbelanjaan kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program dari kaca mata Tun Dr. Mahathir Dilema Ekonomi Bangsa Malaysia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Dr. Mahathir dalam pada itu menyifatkan jumlah kakitangan awam kira-kira 1.3 juta ketika ini adalah wajar dan seimbang dengan jumlah penduduk Malaysia yang kini berjumlah 28 juta.

Beliau berkata, untuk mentadbir urus negara yang mempunyai penduduk sebanyak itu memerlukan kerajaan untuk meningkatkan jumlah kakitangannya.

Katanya, memberi contoh, kegiatan mencuri hasil kayu di Pulau Langkawi berlaku oleh kerana kurangnya penguatkuasaan berikutan jumlah kakitangan pegawai perhutanan kurang.

''Dahulu masa saya jadi Perdana Menteri, rakyat Malaysia hanya sebanyak 13 juta namun semasa saya berhenti, jumlah itu meningkat sehingga 26 juta. Jadi, takkan kita mahu mentadbir 26 juta rakyat tanpa memerlukan banyak kakitangan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved