Khamis, 10 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Minta Exco siasat, lihat sendiri

Posted:

Minta Exco siasat, lihat sendiri

Minta Exco siasat, lihat sendiri

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
kota@utusan.com.my

SHAH ALAM 10 Nov. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (gambar) mencabar Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu menyiasat sendiri lambakan pusat snuker dan hiburan di kawasan tersebut.

Beliau berkata, kewujudan pusat berkenaan seperti cendawan tumbuh selepas hujan seolah-olah tiada pemantauan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk setempat.

"Sebagai contoh, di Kampung Melayu Sentosa ada sebuah pusat karaoke dibuka di gerai yang dikawal selia oleh MPKj.

"Saya sendiri telah membuat laporan kepada MPKj tetapi tiada sebarang tindakan diambil," katanya pada sesi pertanyaan lisan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Sementara itu, Ronnie ketika menjawab soalan tersebut menafikan wujudnya lambakan pusat snuker dan hiburan di Semenyih.

Sebaliknya, beliau berkata hanya empat buah pusat hiburan, masing-masing satu pusat hiburan keluarga, pusat karaoke dan dua pub di kawasan tersebut.

"Untuk rekod dari Januari hingga Oktober 2011, sebanyak lima pusat snuker telah dibanci dan tiga daripadanya tiada lesen," katanya.

Bagaimanapun, Johan ketika ditemui di luar dewan menyangkal penjelasan Ronnie dan mendakwa terdapat 18 pusat hiburan yang tidak diketahui statusnya beroperasi di kawasan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Suri rumah selamatkan tiga kanak-kanak daripada rumah terbakar

Posted:

Suri rumah selamatkan tiga kanak-kanak daripada rumah terbakar

Suri rumah selamatkan tiga kanak-kanak daripada rumah terbakar


Pili bomba (dalam bulatan) yang terletak di dalam kawasan sebuah rumah telah menyulitkan anggota bomba yang mencari sumber air untuk memadamkan kebakaran. - UTUSAN/hafiz johari


KUALA LUMPUR 10 Nov. - Seorang suri rumah bertindak nekad menyerbu ke dalam rumah jirannya untuk menyelamatkan tiga kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun daripada rentung dalam kebakaran di Kampung Chubadak, Sentul, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, Zurita Abdullah, 39, bertindak pantas mengeluarkan kesemua mangsa sejurus menyedari rumah jirannya itu terbakar.

Katanya, semasa kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak berdekatan apabila terkejut terdengar bunyi letupan.

"Saya bergegas melihatnya dan ternampak seorang lelaki warga emas membaca surat khabar di hadapan rumah yang terbakar.

"Saya jerit beritahu tentang kejadian kebakaran dan lelaki itu segera menyelamatkan diri.

"Saya pula terus bawa keluar tiga kanak-kanak yang menangis di dalam rumah yang terbakar itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Tambahnya, semasa kejadian, ibu kanak-kanak tersebut ke kedai berhampiran sementara bapanya pula keluar bekerja.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur, Haikal Jammy Abdullah berkata, kebakaran itu memusnahkan empat buah rumah, dua buah kereta dan sebuah motosikal.

"Sebanyak 30 anggota dan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat pusat, Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Sentul bergegas ke tempat kejadian, pukul 12.05 tengah hari.

"Selepas 15 minit barulah api dapat dikawal daripada merebak ke dua buah rumah berhampiran rumah yang terbakar," katanya yang memberitahu masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian.

Katanya, ketika usaha memadamkan api dijalankan, pihaknya terkejut apabila mendapati sebuah pili bomba dikesan berada di dalam kawasan sebuah rumah teres kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan Selangor tidak terlibat

Posted:

Kerajaan Selangor tidak terlibat

Kerajaan Selangor tidak terlibat

SHAH ALAM 10 Nov. - Kerajaan negeri menafikan terbabit dalam penipuan urusan jual beli melibatkan kira-kira 650 pembeli rumah kos rendah yang didakwa didalangi oleh individu berjawatan penting dalam parti pakatan pembangkang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menerima laporan mengenai aktiviti penipuan tersebut.

Beliau menjelaskan, berikutan kes tersebut, LPHS telah membuat empat laporan polis kerana individu terbabit didapati menggunakan kepala surat rasmi yang palsu.

"Selama ini, kami tidak pernah melantik ejen atau orang tengah untuk menguruskan penjualan mana-mana rumah kos rendah dan semua urusan dilakukan secara terus melalui LPHS.

"Penjualan rumah kos rendah juga tidak memerlukan bayaran deposit RM2,500 seperti yang telah dibayar oleh pembeli kepada ejen itu," katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Laporan akhbar semalam menyebut, kira-kira 650 pembeli rumah kos rendah didakwa ditipu oleh seorang individu berjawatan penting dalam sebuah parti pakatan pembangkang.

Mereka ditawarkan rumah bernilai RM42,000 yang siap dibina di empat lokasi di Taman Harmoni, Balakong; Taman Cheras Intan, Cheras; Taman Selayang Mulia, Selayang dan Taman Botanik, Klang.

Bagaimanapun, kunci rumah tersebut masih gagal diserahkan kepada pembeli sehingga kini biarpun wang pendahuluan RM2,500 sudah diberikan oleh setiap pembeli kepada individu terbabit.

Iskandar berkata, pihaknya juga menolak dakwaan bahawa ejen terbabit merupakan ahli politik dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau menyatakan pihaknya telah menyerahkan kes tersebut kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya.

"Siasatan kita juga mendapati rumah-rumah murah yang ditawarkan oleh pihak terbabit sebenarnya sudah ada pembeli," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved