Rabu, 9 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kolej INTI anjur ISAC 2011

Posted:

Kolej INTI anjur ISAC 2011

Kolej INTI anjur ISAC 2011

Oleh ZABRY MOHAMAD
utusanpenang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pelajar Kolej INTI yang menyertai ISAC 2011, di Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 8 Nov. - Para pelajar Kolej Antarabangsa INTI Pulau Pinang (IICP) berjaya menganjurkan Persidangan Akademik Pelajar INTI (ISAC) 2011, di sini baru-baru ini.

Ia disertai oleh para pelajar kolej rangkaian INTI dari seluruh negara termasuk kampus di Putra Nilai, Subang Jaya, Kota Kinabalu dan Kuching.

Persidangan selama dua hari itu membentangkan hasil penyelidikan para peserta mengenai peranan dan impak pendidikan terhadap perkembangan negara.

Para peserta dikehendaki membentangkan hasil penyelidikan dengan perubahan serta penambahbaikan yang boleh dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

Pengetua IICP, Dr. Michael Yap berkata, penganjuran persidangan itu bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar bahawa pembangunan negara bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan.

"Ia turut menjadi tanggungjawab golongan belia hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran persidangan itu di sini baru-baru ini.

Di akhir persidangan, dua pelajar IICP, Mak Xin Fang dan Yap Min Yan dipilih sebagai penyampai topik terbaik dengan hasil kajian bertajuk 'Tenaga Nuklear di Malaysia: Menuju Kejayaan atau Kemusnahan?'.

Kajian mereka membincangkan tentang kesan positif dan negatif tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif.

Idea paling inovatif pula diberikan kepada pelajar Kolej INTI Sarawak, Stivalen Anak Lepon menerusi kertas kerja bertajuk Pembentukan Hala Tuju Berasaskan E-Dagang Bagi Meningkatkan Ekonomi Luar Bandar: Menggunakan Ulu Padawan Sebagai Kes Pilot.

Idea Stivalen melibatkan penggunaan teknologi untuk meningkatkan ekonomi luar bandar tanpa menjejaskan hubungan perniagaan dan konteks sosial sedia ada.

Full content generated by Get Full RSS.

Hubungan erat UUM-BSRU bantu penubuhan Institut Pengajian Thailand

Posted:

Hubungan erat UUM-BSRU bantu penubuhan Institut Pengajian Thailand

Hubungan erat UUM-BSRU bantu penubuhan Institut Pengajian Thailand


Sebahagian warga UUM dan delegasi BSRU, Thailand bergambar pada majlis jamuan makan malam penghargaan di Sintok, Kubang Pasu, baru-baru ini.


KUBANG PASU 8 Nov. - Universiti Utara Malaysia (UUM) yakin kerjasama dengan Bansomdejchaopraya Rajabath University (BSRU), Thailand sejak tahun lalu dapat membantu universiti itu menubuhkan Institut Pengajian Thailand.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Thailand adalah negara yang tidak asing lagi kepada UUM dalam konteks rangka kerja IMT-GT.

Oleh itu katanya, UUM akan meneruskan hubungan baik yang sedia terjalin dengan meningkatkan lagi persahabatan dengan ahli akademik negara tersebut.

"Saya percaya bahawa BSRU boleh membantu UUM menubuhkan Institut Pengajian Thailand, iaitu sebuah pusat kecemerlangan yang akan menjadi pusat rujukan di rantau ini untuk semua perkara berkaitan dengan kajian mengenai Kerajaan Thailand," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada jamuan makan malam penghargaan kepada gelegasi BSRU di EDC-UUM di sini, baru-baru ini.

Delegasi itu diketuai oleh Presiden BSRU, Prof. Dr. Supol Wuthisen.

Dr. Mohamed Mustafa berkata, lawatan BSRU ke UUM adalah tepat sebagai permulaan perjalanan persahabatan antara kedua-dua institusi untuk menyumbang sesuatu kepada semangat merealisasikan Komuniti ASEAN menjelang 2015.

Justeru, beliau turut mengucapkan tahniah kepada BSRU dan i-COMTOUR Training and Consultancy UUM serta Research and Innovation Management Centre (RIMC) UUM di atas kejayaan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Bahasa Malaysia Fun Camp Programme.

Dr. Mohamed Mustafa turut mengalu-alukan aktiviti BSRU sepanjang lawatan dua hari ke UUM seperti melawat Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Pusat KoKurikulum, Pusat Sukan, Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Rakyat dan Taklimat Akademik dan Hala Tuju UUM.

Sementara itu, beliau berkata, warga UUM khususnya dan rakyat negara ini turut bersedih dengan kesusahan yang dihadapi rakyat Thailand akibat banjir.

"Sebagai negara jiran yang rapat, kami bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Thailand dan kita berharap agar keadaan akan bertambah baik tidak lama lagi," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

QUIP sasar jadi universiti penyelidikan

Posted:

QUIP sasar jadi universiti penyelidikan

QUIP sasar jadi universiti penyelidikan


Muhyiddin Yassin melawat kemudahan pendidikan yang disediakan oleh Quest International University pada majlis perasmian universiti tersebut di Ipoh, Perak, baru-baru ini.


IPOH 8 Nov. - Quest International University Perak (QUIP) yang baru melancarkan Fakulti Perubatannya baru-baru ini berhasrat menjadi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berteraskan penyelidikan.

Pengasasnya, Dr. R. Subramaniam berkata, selain memperluaskan penawaran program berkembar di peringkat ijazah sarjana muda, pihaknya juga akan mengutamakan penyelidikan dalam perubatan terutamanya dalam bidang neurosains.

Menurutnya, buat permulaan, seramai 150 kemasukan pelajar perubatan akan diambil pada setiap tahun bagi mengembangkan lagi fakulti perubatan di sini kerana institusi ini baru berusia enam bulan.

"Setiap penuntut jurusan perubatan pula akan ditempatkan untuk menjalani latihan klinikal di empat hospital kerajaan di seluruh negeri Perak iaitu di Teluk Intan, Seri Manjung, Slim River dan Ipoh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sarapan Pagi 1Malaysia di kampus interim QUIP yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini baru-baru ini.

Hadir sama isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta beberapa exco kerajaan negeri.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis tersebut, Muhyiddin berkata, QUIP yang dibangunkan dengan sokongan kerajaan negeri bakal menjadi satu lagi penanda aras baru dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Beliau berkata, penawaran program berkualiti oleh IPTS berkenaan adalah bertepatan dengan usaha transformasi negara yang digerakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengutamakan pendidikan.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pengasas universiti termasuk kerajaan negeri dalam menyokong usaha perkembangan bidang pendidikan di Malaysia bukan sahaja di peringkat rendah dan menengah, tetapi juga pengajian tinggi.

"Oleh sebab itu, saya rasa bangga, Perak mendahului banyak negeri dalam mengambil inisiatif untuk bidang pendidikan," katanya.

QUIP yang menerima kumpulan pertama penuntut jurusan perubatan mulai bulan ini bakal membuka kampus kekal bercirikan mesra alam berhampiran Gua Tempurung, Gopeng tidak lama lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved