Rabu, 9 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


JPA persoal motif DAP

Posted:

JPA persoal motif DAP

JPA persoal motif DAP

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 8 Nov. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempersoalkan tujuan sebenar DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam tanpa memikirkan implikasi besar yang akan berlaku kepada negara pada masa hadapan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, jumlah penjawat awam yang sedang berkhidmat sekarang adalah ideal dengan nisbah penduduk negara ini.

Katanya, jika cadangan tersebut dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dalam proses penyampaian perkhidmatan terutamanya dalam bidang kritikal.

"Bila bilangan penduduk negara makin bertambah maka perkhidmatan awam juga seharusnya wajib ada dan mencukupi. Sebagai contoh doktor, tidak mungkin kita hendak kurangkan bilangan mereka.

"Jadi bila mereka kata nak kurangkan penjawat awam yang mana satu hendak dikurangkan? Tentera? Polis? Guru? Doktor atau yang mana satu?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua baru-baru ini untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara.

Kenyataan tersebut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak yang menyifatkan ia mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Menurut Abu Bakar, DAP juga tidak perlu risau mengenai pertindihan bidang tugas sesebuah jabatan atau pun agensi kerajaan kerana pihaknya sentiasa memantau dan membaiki keadaan tersebut.

"Sekarang kita sedang lakukan kajian di mana terdapat pertindihan tugas dan fungsi tugas akan diselaraskan namun, ia tetap mengambil masa untuk dilaksanakan sepenuhnya.

"Misalnya kita tidak tambah bilangan polis untuk kerja-kerja pengurusan sebaliknya pelantikan diambil daripada penjawat awam," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Adakah DAP mahu biar rakyat menganggur?

Posted:

Adakah DAP mahu biar rakyat menganggur?

Adakah DAP mahu biar rakyat menganggur?

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, hasrat DAP yang mahu mengurangkan penjawat awam sebagai langkah mahu 'menjimatkan' wang kerajaan bukanlah satu tindakan bijak, malah ia tidak realistik.

Menurut Omar, apa yang mereka mahu lakukan itu membuktikan pemikiran barisan pemimpin DAP bersifat jumud dan jauh ke belakang.

"Saya tidak faham mengapa DAP cenderung mempolitikkan semua perkara termasuklah isu tersebut walaupun hakikatnya, sektor awam adalah nadi penggerak negara," katanya pada sidang akhbar di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dalam sebuah akhbar berbahasa Cina tentang cadangan kerajaan DAP mahu mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan kakitangan yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Menurut Omar, jika DAP benar-benar parti yang jitu untuk membangunkan dan mentadbir negara, mereka perlu mengutamakan hal ehwal kebajikan penjawat awam, bukannya membuat rakyat derita dengan 'menghadiahkan' status penganggur kepada mereka.

"Ini membuktikan DAP sebuah parti yang cakap tak serupa bikin. Bersifat menakutkan rakyat, bukannya mahu mendekati mereka.

"Bagaimana parti itu mahu mentadbir kerajaan kelak, sedangkan rakyat takut dengan tindak-tanduk mereka yang tidak masuk akal," tambah beliau.

Dalam pada itu, Omar turut menuntut agar DAP menjelaskan apa pula tindakan mereka bagi membantu penjawat awam yang ditamatkan perkidmatan.

"Adakah mereka dibiarkan menganggur begitu sahaja tanpa dibimbing untuk mencari kerja lain sedangkan pada masa yang sama, mahukan Malaysia menjadi salah sebuah negara yang berpendapatan tinggi?" soalnya.

Sementara itu, Omar memberitahu, CUEPACS akan menjelajah ke seluruh negara untuk menerangkan mengenai skim baru perkhidmatan awam yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Bajet 2012 baru-baru ini.

Omar berharap, langkah CUEPACS itu mampu meningkatkan kesedaran sekali gus meningkatkan produktiviti penjawat awam dari semasa ke semasa.

"Sektor awam di negara ini diakui berada di tahap terbaik antara negara-negara Asia serta dunia dan ranking itu tidak wajar dimusnahkan angkara ideologi politik DAP yang mundur," tegas beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

RM500 juta baiki 600 sekolah

Posted:

RM500 juta baiki 600 sekolah

RM500 juta baiki 600 sekolah

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan sebahagian daripada graduan cemerlang yang menyertai program Teach For Malaysia selepas sesi dialog di Mercu UEM, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Kementerian Pelajaran akan membelanjakan sebahagian daripada peruntukan RM500 juta bagi membaiki segera 600 sekolah kebangsaan yang berada dalam keadaan usang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses baik pulih semua sekolah terbabit akan dilaksanakan mulai tahun hadapan bagi memastikan ia selamat diduduki dan mengelak mutu pembelajaran merosot akibat keadaan bangunan yang uzur.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menambah, struktur fizikal setiap sekolah tersebut dikenal pasti selepas kementerian melakukan audit fizikal secara komprehensif buat pertama kali, ke atas semua sekolah di negara ini yang berjumlah 10,000 buah.

"Saya telah putuskan bahawa daripada RM500 juta yang diumumkan Perdana Menteri untuk penambahbaikan sekolah kebangsaan dalam Bajet 2012, sebahagian besar akan digunakan untuk membaiki sekolah yang begitu daif ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri mengadakan sesi dialog terbuka bersama 50 graduan universiti yang terpilih untuk menyertai Kohort Pertama Yayasan 'Teach For Malaysia' (Teach), di Mercu UEM, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Muhyiddin memberitahu, penjelasan berterusan mengenai keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dibuat tanpa henti bagi memastikan semua pihak tidak keliru.

Mengenai kekeliruan orang ramai terhadap kelonggaran yang diberi kepada kohort PPSMI untuk menggunakan bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, beliau berkata, ia bertujuan untuk memastikan proses pembelajaran tidak terganggu.

"Ibu bapa mempunyai pilihan sama ada untuk memilih sekolah lain atau kekal di sekolah sama. Kalau sekolah tersebut menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, kita akan menyediakan bilik darjah khas untuk sesi pembelajaran dalam bahasa Melayu," katanya.

Sementara itu, ketika sesi dialog tersebut Muhyiddin berkata, tanggungjawab seorang guru bukan sekadar mengajar mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan, sebaliknya perlu membentuk keperibadian dan pemikiran pelajarnya menjadi modal insan yang unggul.

Jelasnya, bagi mencapai matlamat tersebut, seseorang guru mesti sanggup bekerja melangkaui jadual dan berusaha mengilhamkan pendekatan inovatif dan fleksibel semasa mendampingi dan mendidik pelajar mereka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved