Rabu, 9 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Proses daftar cap jari 94,000 pelarian

Posted:

Proses daftar cap jari 94,000 pelarian

Proses daftar cap jari 94,000 pelarian

PUTRAJAYA 8 Nov. - Kerajaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) untuk mendaftarkan cap jari 94,000 pelarian dan pencari suaka politik menggunakan mesin biometrik bagi menyimpan data mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bertujuan mengenalpasti identiti dan mengesan kedudukan mereka semasa berada di negara ini.

"Kita tambah nilai penggunaan mesin biometrik itu kerana sebelum ini ia digunakan untuk mendaftarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui proses 6P yang kini sudah memasuki fasa kedua.

"Kini cap jari pelarian, pembantu rumah, pelajar asing serta penduduk Sabah dan Sarawak akan diambil menggunakan mesin biometrik dan inilah pendekatan kita hari ini berbanding dulu yang menggunakan sistem biasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan kenderaan untuk diuji pandu sebagai usaha pemodenan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam; Pengarah Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah dan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Pada majlis tersebut beliau menerima dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Chevrolet Captiva 2.0 liter dan sebuah kereta Cruze 1.8 liter secara percuma daripada Naza World Berhad sebagai memenuhi tanggungjawab sosial dan membantu kerajaan menambah baik keberkesanan penguatkuasaan serta menjamin keselamatan negara.

Menurut Hishammuddin, penyerahan tiga buah kenderaan itu selaras dengan usaha membawa pasukan polis ke era lebih moden dengan pendekatan dan pemikiran baru sejajar dengan usaha menyahut inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.

Antara ciri-ciri moden yang terdapat dalam kenderaan tersebut ialah peralatan kamera litar tertutup (CCTV), peralatan komunikasi yang lebih canggih, paparan maklumat LED, ves kalis peluru, gari dengan teknologi terkini, GPS dan komputer riba.

Katanya, ketiga-tiga kenderaan itu akan digunakan oleh PDRM untuk satu tempoh yang belum ditetapkan dan selepas tempoh tersebut KDN akan menimbang untuk pembelian kenderaan itu dalam bajet akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.

Perangi dadah perlu kerjasama antarabangsa

Posted:

Perangi dadah perlu kerjasama antarabangsa

Perangi dadah perlu kerjasama antarabangsa

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Kerjasama pertubuhan dan masyarakat antarabangsa perlu diperkukuhkan dalam memerangi masalah penyalahgunaan dadah yang semakin meruncing ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penglibatan organisasi dan komuniti di peringkat global penting khususnya dalam usaha mengenalpasti, mewujudkan mekanisme dan mencari inisiatif baru untuk menangani kemelut dan isu tersebut.

"Walaupun banyak usaha telah dilakukan, ia perlu digandakan lagi. Kita juga harus memperkukuhkan cara penyelesaian dan memperbaharui usaha membasmi penyalahgunaan dadah pada peringkat peribadi dan juga antarabangsa.

"Kalau kita lihat hari ini, semakin banyak dadah jenis baru dan mempunyai kesan yang lebih kuat diperkenalkan. Ini meletakkan generasi muda dan golongan yang terdedah, dalam keadaan cukup berisiko,'' katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Dunia Antarabangsa Persekutuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa (IFNGO) Ke-24 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang merupakan Presiden Charter pertama ketika IFNGO ditubuhkan 30 tahun lalu turut diberi pengiktirafan sebagai mengenang jasa beliau dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah.

Muhyiddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah berkata, selain ancaman dadah yang semakin berleluasa, usaha pembasmian pada masa kini menjadi lebih sukar tanpa kesedaran masyarakat.

Full content generated by Get Full RSS.

Ekonomi negara boleh terjejas

Posted:

Ekonomi negara boleh terjejas

Ekonomi negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Jumlah penjawat awam yang kini berkhidmat dengan kerajaan tidak harus dipertikaikan kerana ia bersesuaian bagi memastikan kecekapan tadbir urus sektor tersebut.

Pensyarah Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Hussin Baharuddin berkata, langkah meminimumkan jumlah sedia ada hanya akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Ia hanya akan menyebabkan urusan melibatkan orang awam dengan kerajaan tidak dapat dilaksanakan dengan cepat.

"Malah, kita akan berhadapan dengan ketidakcekapan mengurus sektor awam yang secara tidak langsung memberi kesan dan menjejaskan ekonomi negara," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Amir Hussin, jika langkah itu diambil ia akan menyebabkan kerajaan tidak menepati peranannya dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini.

"Salah satu peranan kerajaan adalah sebagai majikan dan dengan mengecilkan jumlah kakitangan awam yang hanya membabitkan 1.2 juta daripada 11.4 juta orang yang bekerja di negara ini, ia bukan langkah terbaik kerana akan meningkatkan kadar pengangguran," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizuddin Nooh berpendapat langkah mengurangkan bilangan penjawat awam bukanlah sesuatu yang bijak.

"Penjawat awam merupakan satu komponen terbesar dalam sektor ekonomi dan merupakan antara pengguna yang memiliki kuasa beli terbesar.

"Oleh itu, mengurangkan jumlah kakitangan awam secara tidak langsung akan menyebabkan kuasa membeli menurun dan memberi impak kepada ekonomi negara," katanya.

Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Fazil Abdullah berkata, pengurangan kakitangan akan menyebabkan kadar pengangguran meningkat dan tidak mustahil kes-kes jenayah juga bertambah.

"Sekiranya kadar jenayah meningkat, dibimbangi sektor pelancongan akan menerima kesan apabila pelancong bimbang datang ke Malaysia dan ini boleh menjejaskan ekonomi negara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved