Rabu, 9 November 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Gobalakrishnan diberi amaran

Posted:

Gobalakrishnan diberi amaran

Gobalakrishnan diberi amaran

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my


N. Pathmanabhan (kanan) bersama dua tertuduh lain keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam selepas perbicaraan kes pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.


SHAH ALAM 9 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi amaran kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berhubung kenyataan beliau yang dikatakan mengkritik peribadi seorang peguam bela dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya pada pada Ogos lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berbuat demikian atas alasan kenyataan yang dikeluarkan terhadap Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan boleh menimbulkan subjudis (kacau ganggu kes-kes yang belum selesai) selain ia tidak tepat.

''Saya tidak panggil awak bagi pihak Manjeet. Apa yang saya prihatin ialah tindakan awak melibatkan mahkamah dan memanipulasikannya untuk kepentingan politik.

''Hakim-hakim di Malaysia lebih bebas daripada yang awak sangka. Kami bukan bodoh dengan hanya duduk dan membiarkan pihak pendakwaan dan pembelaan berbuat sesuka hati. Kami bertindak mengikut undang-undang.

''Saya tidak berniat untuk mengambil tindakan hari ini kerana saya lebih suka memberi peluang kedua. Saya cuma ingin memberi amaran dan ia adalah amaran terakhir,'' katanya.

Ketika ditanya sama ada Gobalakrishnan ingin mengatakan sesuatu, Ahli Parlimen itu memberitahu, beliau tidak ingat apa yang dikatakan kepada wartawan.

Sebelum sempat beliau menghabiskan ayatnya, Hakim Akhtar menghalang ahli politik itu daripada memberi penjelasan lanjut memandangkan wartawan yang dipanggil oleh mahkamah sebelum ini memaklumkan artikel itu ditulis berdasarkan kenyataan olehnya.

Sebelum membenarkan Gobalakrishnan meninggalkan bilik bicara, Hakim Akhtar sempat menempelak dengan berkata: ''Kalau awak benar-benar seorang lelaki, awak akan minta maaf. Jangan ulangi perbuatan ini. Saya tidak mahu membuang masa, awak boleh beredar sekarang jika mahu.''

Gobalakrishnan hanya didengari berkata 'Ok' dan terus bertindak meninggalkan mahkamah.

Utusan Malaysia pada 17 Ogos lalu menyiarkan artikel bertajuk Manjeet selalu burukkan kerajaan dengan memetik kritikan Gobalakrishnan terhadap Manjeet, manakala TV3 turut menyiarkan komen yang sama pada malam 16 Ogos lepas.

Berikutan itu, Manjeet pada 26 September lalu telah memfailkan saman terhadap Gobalakrishnan bagi menuntut ganti rugi RM2.5 juta berikutan penyiaran artikel dan berita yang didakwa memfitnahnya itu.

Selain Gobalakrishnan, beliau turut menamakan wartawan Utusan, Raja Syahrir Abu Bakar, Utusan Melayu (M) Bhd. dan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. sebagai defendan-defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Manjeet mendakwa berita yang disiarkan itu telah merosakkan reputasi dan kredibiliti beliau sebagai seorang peguam mahupun sebagai seorang individu.

Manjeet semasa ditemui di luar mahkamah pula memaklumkan beliau telah menyerahkan salinan saman tersebut kepada Gobalakrishnan walaupun Ahli Parlimen Bebas itu enggan menerima dan bertindak mencampakkan dokumen berkenaan.

Sementara pada prosiding hari ini, Dr. Amir Saad Abdul Rahim, 40, memberitahu, sampel darah isteri Noorhisham Mohamad, Suzana Radin Pangat dan tiga anak mereka, Muhammad Faiz Ridzmi, Muhammad Azri Shahzan dan Nor Neesa Salbiah diambil pada 19 September 2010 bagi membolehkan ujian perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Dalam kes ini, bekas peguam, Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Turut memberi keterangan hari ini ialah jurutera utama dari DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi), Chong Chee Wah serta penolong pegawai penyiasat, Sarjan Syed Mohd. Nazri Syed Darus.

Perbicaraan yang masuk hari ke-47 bersambung esok.

Full content generated by Get Full RSS.

Ahmad Said fail saman 2 pemilik blog

Posted:

Ahmad Said fail saman 2 pemilik blog

Ahmad Said fail saman 2 pemilik blog


PENGARAH Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Korporat SME Bank, Asbullah Adnan (kanan) bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Azmi Razik sambil diperhatikan Ahmad Said (dua dari kanan) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 9 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan memfailkan saman ke atas dua pemilik laman blog yang menyebar fitnah kononnya dia ditangkap basah sebelum ini.

Ahmad berkata, dua pemilik blog yang mengendalikan blog http://msomelayu.blogspot.com dan guanopulok.blogspot.com telah memfitnah beliau sejak tiga bulan lalu.

"Kita kenal pasti pemilik blog msomelayu dan pemilik blog guanopulok masih disiasat kerana blog tersebut dipercayai didaftar di California," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Keluarga dan SME Bank di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Dalam laporan 4 Oktober lalu, pemilik blog guanopulok.blogspot.com mendakwa Menteri Besar itu telah 'ditangkap' oleh seseorang di Hilton Sentral.

Ahmad menyifatkan penulis blog tersebut seperti manusia bertopengkan khinzir kerana sanggup mengaibkan orang lain demi kepuasan diri sendiri.

Jelasnya, sebelum ini beliau hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memperbesarkan isu tersebut yang nyata tidak menjejaskan kepimpinannya.

Bagaimanapun, ujarnya, beliau kesal apabila isu tersebut memberi kesan mendalam kepada ahli keluarga.

"Apa yang menyedihkan, ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini, anak saya menangis ekoran fitnah itu kerana tidak tahan dengan kata-kata orang.

''Itu membuatkan saya tampil membuat laporan polis dan menyaman individu berkaitan,'' katanya.

Beliau menambah, sebagai ahli politik, dia mampu bertahan dengan apa jua tuduhan tetapi tidak bagi ahli keluarganya yang terlalu kecewa dan sedih.

Ahmad berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan berharap undang-undang sedia ada dipinda bagi memberikan hukuman lebih berat kepada mereka yang menyalahgunakan media baru.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved