Rabu, 9 November 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tradisional kontemporari Poya

Posted:

Tradisional kontemporari Poya

Tradisional kontemporari Poya

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar RASHID MAHFOF
Pakaian BUTIK POYA, TINGKAT 1, PUSAT MEMBELI-BELAH BANGSAR, KUALA LUMPUR (017-6029896)

FESYEN tradisional, namun kontemporari menjadi kegemaran remaja pada masa kini. Bagaimanapun, fesyen sedemikian tidak banyak diperoleh di butik-butik.

Minat remaja kini yang terarah pada fesyen jenis ini turut mendapat galakan dan sokongan daripada ibu bapa yang memang seronok melihat anak gadis remaja mereka menggayakan fesyen lama yang pernah dipakai oleh generasi lama dahulu.

Butik Poya yang popular dengan fesyen sedemikian sememangnya menjadi tumpuan remaja yang datang bersama ibu bapa untuk mencari fesyen seperti itu.

Menggunakan fabrik yang selesa seperti kapas China, India, Indonesia dan Thailand, baju kurung dan kebaya dibuat mengikut potongan lama namun terserlah keindahannya.

Contohnya kebaya panjang yang berpotongan kebaya Riau, panjang hingga ke buku lali atau kebaya pendek bersulam biku di tangan. Begitu juga dengan baju kurung pesak Johor yang mempunyai poket empat segi di depan baju.

Kebanyakan baju di sini dibuat daripada kain polos yang mudah disuai padankan dengan kain lain.

Dengan kata lain, satu baju boleh dipelbagaikan bagi mengelakkan kebosanan mengenakan baju yang sama.

Ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan bagi membeli pakaian. Lebih menguntungkan jika ibu dan anak gadis dapat berkongsi pakaian atau baju ibu dapat diperturunkan kepada anak.

Terdapat juga bermacam-macam koleksi aksesori rekaan tradisional untuk dipadankan dengan baju pilihan anda di butik ini.

Selain mendapatkan baju yang telah siap, anda juga boleh menempah baju kurung moden, kebaya atau baju Kedah di Butik Poya.

Full content generated by Get Full RSS.

Minggu fesyen BDA

Posted:

Minggu fesyen BDA

Minggu fesyen BDA

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar ZAKARIA IDRIS


Mahani Awang (tiga dari kanan) bersama sebahagian para pereka fesyen yang mengambil bahagian dalam BDA/MIFW 2011.


SERAMAI 50 pereka fesyen bumiputera daripada Persatuan Pereka Bumiputera (BDA) akan mempersembahkan fesyen rekaan mereka pada majlis Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFW) yang akan diadakan pada 22 November ini di Kuala Lumpur.

Setiap seorang pereka akan mempersembahkan koleksi antara enam hingga 10 pasang seorang bagi rekaan yang sedia untuk dipakai (ready to wear) atau haute couture.

Program sehari tersebut dibahagikan kepada empat segmen, iaitu Pertunjukan Pagi, Pertunjukan Tengah Hari, Hi-Tea dan Pertunjukan Gala. Pada setiap segmen turut diselitkan persembahan istimewa, Untuk Pertunjukan Gala, BDA turut menjemput Noni Rynders, pereka Malaysia yang kini menetap di United Kingdom.

Presiden BDA, Mahani Awang berkata, banyak nama besar dan dikenali dalam industri fesyen akan turut serta seperti Datuk Radzuan Radziwill, Salikin Sidek, Jovian Mandagie, Bon Zainal, Faizal Hamid dan Rahman Saif.

''Selain fesyen pakaian, pertunjukan BDA/MIFA tahun ini akan disertai oleh pereka beg tangan couture Sasha Rowena, Tengku Nadia dengan koleksi beg tangan eksklusif Saku dan Zetty yang dikenali dengan jenama kasut Sepatu London yang kini menempa nama di London dan Malaysia.

"Kemuncak program Gala Show ini ialah penyampaian Award BDA 2011 yang merupakan pengiktirafan BDA kepada individu, syarikat atau mereka yang telah memainkan peranan penting dalam mempromosi industri fesyen tanah air dan luar negara.

Award ini dibahagikan kepada lima kategori dan satu kategori eksklusif,'' ujar Mahani yang ditemui pada majlis sidang akhbar BDA mengumumkan penyertaan pereka fesyen, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, BDA turut menganjurkan peraduan rekaan fesyen sempena BDA/MIFW 2011 yang dinamakan Pencarian Pereka Muda BDA 2011.

Peraduan itu diadakan bagi mencari bakat baru dalam dunia rekaan fesyen dan kini telah memasuki tahun ketiga.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved