Rabu, 9 November 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Mahasiswa didedah jadi usahawan

Posted:

Mahasiswa didedah jadi usahawan

Mahasiswa didedah jadi usahawan

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 8 Nov. - Sebanyak 106 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat manfaat daripada program penempatan mahasiswa anjuran SME Corp Malaysia (SME Corp) sejak diperkenalkan pada 2007.

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan SME Corp SME, Fadzilah Ahmad Din berkata, program latihan yang menempatkan mahasiswa di syarikat PKS terpilih telah berjaya meningkatkan keuntungan sesetengah syarikat sehingga 75 peratus, hasil daripada cadangan pembangunan yang diberikan pelajar berkenaan.

Beliau berkata, sehingga hujung tahun ini, seramai 536 pelajar dari 14 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah dan sedang mengikuti program yang dianjurkan Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) melalui SME Corp serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

"Matlamat utama program untuk meningkatkan hubungan sinergi antara golongan akademik di universiti dengan mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan agar satu kerjasama yang sistematik dapat dijalinkan.

"Secara dasarnya syarikat PKS terlibat mendapat nasihat perniagaan percuma yang inputnya bukan sahaja datang daripada pelajar tetapi juga pensyarah dan kaunselor perniagaan dari SME Corp.

"Lebih 90 peratus syarikat yang mengguna pakai nasihat yang diutarakan menunjukkan hasil yang positif antaranya peningkatan hasil jualan berikutan aktiviti promosi yang lebih berkesan; susun atur premis yang lebih menarik serta pengurusan syarikat dan akaun yang lebih bersistematik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pembentangan akhir program berkenaan peringkat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini baru-baru ini.

Seramai 20 pelajar tahun akhir UMK daripada pelbagai fakulti terlibat dengan program itu bermula Jun lalu. Para pelajar yang dibahagikan kepada empat kumpulan itu memantau perjalanan syarikat Vista Biotech; HFI Maju Enterprise; Double Z Solutions dan Zairah Industries Sdn Bhd.

Pada pembentangan tersebut, kumpulan pelajar Hikmah Junior Consultant yang terdiri daripada Muhammad Zulfahmi Omar, Nur Hakimah Mohd Suhaimi, Nurul Afifah Mohd Radzir, Farah Hafizah Zulkifli dan Asraf Fizree Mohamad @ Abdullah telah diumumkan sebagai juara.

Mereka memantau syarikat HFI Maju Enterprise; iaitu sebuah syarikat pengilang bumiputra yang menghasilkan sos pencicah, kicap, tomato dan rempah sup.

Fadzilah menjelaskan, selain khidmat nasihat, SME Corp memberikan elaun sebanyak RM500 sebulan dan elaun pengangkutan kepada setiap pelajar.

Beliau percaya inisiatif MITI dan KPT itu bukan sahaja membantu syarikat PKS meningkatkan prestasi perniagaan bahkan memupuk nilai dan budaya keusahawanan kalangan pelajar.

"Program ini akan terus menjadi agenda tahunan SME Corp dan pihaknya mengalu-alukan permohonan daripada syarikat PKS untuk mengambil bahagian terutama syarikat yang masih bertatih dan juga yang mahukan idea pembaharuan dalam perjalanan perniagaan mereka," katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) UMK, Prof. Madya Ab. Aziz Ab. Latif pula berkata, pihaknya amat menghargai peluang yang diberikan SME Corp yang sudah memasuki tahun kedua pelaksanaan di universiti itu.

"Program ini amat sesuai selaras dengan penubuhan UMK sebagai universiti yang bertunjangkan keusahawanan dan juga visi universiti melahirkan graduan 'pencipta kerja'," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ahli KMPKB sertai kursus memanah

Posted:

Ahli KMPKB sertai kursus memanah

Ahli KMPKB sertai kursus memanah


SEBAHAGIAN ahli Kelab Memanah Politeknik Kota Bharu (KMPKB) yang menyertai Kursus dan Klinik Memanah di Politeknik Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 8 Nov. - Seramai 15 ahli Kelab Memanah Politeknik Kota Bharu (KMPKB) menyertai Kursus dan Klinik Memanah yang berlangsung selama dua hari bermula 4 November lalu.

Penasihat Kelab Mohd. Azri Abdul Ghani berkata, kursus dan klinik di lapang sasar Politeknik Kota Bharu itu dikendalikan oleh Pegawai Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan Ariffin Mohamad dan jurulatih memanah dari Perak iaitu Ibrahim Wahab.

Kursus dan klinik tersebut dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pengenalan asas, teknik dan cara-cara untuk memanah serta ujian untuk menguji kemampuan peserta yang mengikuti sesi berkenaan.

"Untuk peringkat pertama iaitu pengenalan asas kita dedahkan peserta kepada bahagian yang terdapat pada alat memanah. Peringkat kedua lebih kepada teknik dan cara-cara untuk memanah termasuk latihan fizikal.

"Manakala peringkat ketiga kita menjalankan ujian memanah kepada para peserta untuk melihat kemampuan mereka. Selain peserta turut diajar cara-cara menggunakan 'basic bow', 'recurve bow' dan 'compound bow' yang terdapat dalam sukan ini," katanya.

Tambahnya, kursus ini juga mampu melatih emosi dan fizikal setiap peserta untuk bertenang dan tidak mudah gopoh semasa menarik busur panah tersebut.

"Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

"Perbuatan melenturkan anak panah kemudian melepaskan busar perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang daripada segi fizikal dan mental," ujarnya.

Sementara itu, seorang peserta Azlan Mohd. Saleh berkata, program tersebut mampu meningkatkatkan keyakinan diri pemanah.

"Setiap kali anak panah yang dilepaskan mengenai sasaran, saya berasa lebih yakin dengan kemampuan diri. Ini secara tidak langsung akan melonjakkan lagi semangat saya untuk berusaha mencapai apa yang dimahukan," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah

Posted:

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah


SEBAHAGIAN peserta di Konvensyen Kebangsaan Hospital Mesra Ibadah Kali ke-3 anjuran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 8 Nov. - Lebih 250 peserta dari 10 negara menghadiri Konvensyen Kebangsaan Hospital Mesra Ibadah Kali ke-3 anjuran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selama dua hari pada 16 dan 17 Oktober lalu.

Konvensyen bertemakan 'Amalan Perubatan Semasa - Satu Muhasabah' yang bertujuan mengupas isu-isu relevan berkaitan perubatan berlandaskan prinsip Islam itu menyaksikan pembentangan daripada pelbagai pakar rujuk agama dan perubatan.

Pengarah HUSM, Datuk Dr Zaidun Kamari berkata, pelaksanaan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) yang dipelopori unit Hal Ehwal Islam hospital tersebut sejak 2001 bukanlah sesuatu yang boleh direalisasikan dengan mudah sekiranya tiada iltizam tinggi daripada semua pihak.

Katanya, konsep HMI tidak memfokus kepada kemudahan melaksanakan ibadah solat semata-mata tetapi merangkumi kesemua aspek termasuk rawatan, ubat-ubatan dan juga penerapan nilai murni serta paparan akhlak baik di kalangan kakitangan.

"Setelah sekian lama ia dilaksanakan dan menjadi contoh kepada hospital kerajaan serta hospital swasta lain, kita perlu melihat kepada usaha penambahbaikan agar konsep ini terus berkembang.

"HUSM merancang mendokumentasikan kejayaan yang dicapai menerusi konsep HMI setakat ini supaya ia dapat menjadi prosedur operasi standard (SOP) yang boleh diikuti semua pihak," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, konvensyen yang sama akan dianjurkan lagi tahun hadapan bagi memberi peluang kepada lebih ramai peserta dan pembentangan kertas kerja.

Antara penceramah yang hadir adalah Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya; pengamal perubatan terkemuka, Dr. Danial Zainal Abidin; pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Dr. Abdul Basit Abdul Rahman dan pensyarah Universiti Malaya (UM) yang membuat kajian mengenai solat iaitu Prof Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Sementara itu, bekas Pengarah HUSM, Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Wan Su berkata, pengurusan hospital yang berazam untuk menerapkan nilai Islam dalam perjalanan hospital mereka tidak harus takut dengan persepsi negatif orang lain.

Dr. Kamaruzaman yang merupakan antara penggerak utama amalan pemakaian menutup aurat jururawat HUSM pada peringkat awal penubuhannya dahulu berkata, persepsi negatif biasanya datang daripada orang Islam sendiri yang tidak yakin dengan peraturan ditetapkan agama.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved