Selasa, 11 Oktober 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Nurulhuda reka aksesori kepala

Posted:

Nurulhuda reka aksesori kepala

Nurulhuda reka aksesori kepala

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar WAN NAQIDDIN WAN YAACOB


Nurulhuda Khairuddin


AKSESORI kepala hari ini sama pentingnya dengan beg tangan mahupun kasut dalam menyerlahkan lagi penampilan diri wanita.

Hari ini ia bukan saja popular dan diminati di kalangan golongan muda malah turut menjadi pilihan utama kumpulan pereka fesyen pada acara fesyen yang mereka sertai.

Penggunaan aksesori kepala merupakan trend yang membantu membuatkan penampilan barisan model tampak seragam sekali gus menyuntik elemen anggun dan menawan.

Bagi pereka muda aksesori kepala, Nurulhuda Khairuddin, 31, penglibatannya dalam bidang fesyen disebabkan minat yang begitu mendalam selain dibesar dan didedahkan dalam persekitaran tersebut sejak kecil lagi.

Katanya, dia banyak mempelajari mengenai fabrik, jahitan dan selok belok fesyen daripada ibu dan ibu saudaranya.

"Ibu saya merupakan seorang tukang jahit manakala ibu saudara saya mempunyai sebuah butik di ibu negara.

"Sebelum saya terlibat dalam bidang ini dengan lebih serius, saya terlebih dahulu menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka," ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut anak kelahiran Kuala Lumpur itu lagi, apa yang dipelajarinya secara tidak langsung menjadikannya seorang yang begitu cerewet.

Ini kerana dia perlu memberikan yang terbaik buat para pelanggan yang menjadi penyokong setianya selama ini.

Pereka aksesori kepala bukan sahaja jarang diketengahkan malah kehadiran mereka juga boleh dikira.

Senario ini mungkin disebabkan sebelum ini aksesori kepala jarang dipromosikan dan juga tidak begitu mendapat perhatian peminat-peminat fesyen tanah air.

"Disebabkan itu saya cuba untuk menjadikan aksesori kepala satu keperluan apabila kita berfesyen.

"Jika dilihat senario fesyen dunia hari ini, aksesori kepala sering menjadi pilihan masyarakat yang tinggal di luar negara.

"Pada mereka aksesori kepala ini merupakan satu elemen penting dalam dunia fesyen dan disebabkan itu kebanyakan pelanggan saya terdiri daripada orang luar," ujarnya.

Lebih menitikberatkan soal warisan negara, tidak hairanlah kebanyakan aksesori kepala yang dihasilkan Nurulhuda menunjukkan identiti tempatan.

Jelas pemegang diploma dalam bidang pengurusan perniagaan itu, kesemua aksesori tersebut diilhamkan sendiri termasuk reka bentuk dan corak fabrik yang digunakan.

Antara aksesori kepala dihasilkan ialah cekak dan sepit rambut.

Kebanyakannya turut dihiasi dengan reben, bunga ataupun bulu.

Dari segi warna pula, walaupun Nurul gemar warna yang pelbagai tetapi dia lebih senang dengan hitam kerana ia sesuai untuk digayakan dengan pelbagai warna baju.

Pada masa sama, apa yang menjadikan aksesori kepala Nurulhuda lain daripada yang lain ialah selain boleh dipakai di kepala dan digayakan sewaktu bersantai, ia juga boleh digayakan pada baju sebagai kerongsang.

Berbicara lanjut, Nurulhuda memberitahu bahawa dia bukan sekadar menghasilkan aksesori kepala tapi turut menghasilkan tas tangan.

Ia adalah untuk menghasilkan gabungan yang menarik apabila seseorang itu memakai aksesori kepala beserta tas tangan yang sepadan atau bersesuaian.

Maka tidak hairan hari ini jika dilihat di mana-mana jua pertunjukkan fesyen, aksesori kepala serta tas tangan keluarannya yang diletakkan di bawah label Pretty Lulu turut menjadi pilihan pereka-pereka tanah air untuk digayakan bersama rekaan mereka.

Beliau yang kini aktif dan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Persatuan Pereka Bumiputera (BDA) amat berharap agar aksesori kepala akan menjadi satu keperluan ketika berfesyen.

"Meskipun tampil dengan pakaian yang ringkas tetapi gaya dan fesyen pastinya jelas terserlah dengan pengayaan aksesori kepala," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved