Isnin, 19 September 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Jangan sertai AW kerana elaun

Posted:

Jangan sertai AW kerana elaun

Jangan sertai AW kerana elaun

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Sebahagian daripada 300 anggota Askar Wataniah bergambar selepas majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawsan Jerlun, Sik dan Padang Terap di Kubang Pasu, kelmarin. - UTUSAN/KAMAL BASIR


KUBANG PASU 18 Sept. - Orang ramai terutama golongan muda dinasihatkan tidak menyertai pasukan Askar Wataniah (AW) hanya kerana mahu mendapatkan elaun.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi berkata, setiap anggota pasukan sukarela itu perlu memikul tanggungjawab yang besar dalam memantapkan pertahanan negara.

"Apabila menyertai Askar Wataniah, ia menunjukkan kesanggupan setiap anggotanya untuk memikul tanggungjawab besar dalam membantu pasukan pertahanan menjaga keselamatan negara. Ini juga platform untuk meningkatkan disiplin dan kematangan diri.

"Tidak cukup jika masuk Askar Wataniah untuk mengisi poket dan mahu mendapatkan elaun sahaja," katanya pada Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Jerlun, Sik dan Padang Terap di Taman Tema Darulaman di Jitra dekat sini semalam.

Difahamkan pemberian elaun AW terbahagi kepada tiga kategori membabitkan elaun latihan tempatan iaitu daripada RM4 sejam, elaun berterusan dan elaun kem tahunan berpandukan kadar gaji mengikut pangkat dan jumlah hari latihan yang dihadiri bermula daripada RM850 seorang.

Selain itu, mereka yang mempunyai prestasi kehadiran baik dalam ketiga-tiga jenis latihan tersebut juga dibayar sagu hati tahunan sebanyak RM520 maksimum setahun bagi seorang sebagai insentif.

Ahmad Hasbullah menambah, prestasi setiap anggota pasukan tersebut perlu dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan kekuatannya termasuk pada pandangan mata orang awam.

"Dalam perkara ini pegawai latihan Askar Wataniah perlu melatih anggotanya dengan ilmu yang betul kerana banyak perkara boleh dipertingkatkan memandangkan disiplin dan kematangan akan membezakan mereka dengan orang awam," katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya, sehingga kini sebanyak 202 kompeni AW berjaya dilancarkan di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara termasuk yang terbaharu di Jerlun, Sik dan Padang Terap.

"Baki 20 kawasan lagi akan dilancarkan berperingkat-peringkat hingga penghujung tahun ini sejajar dengan keperluan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Pertahanan," katanya.

Katanya, kekuatan pasukan tersebut di seluruh Malaysia sehingga kini adalah seramai 56,036 orang.

"Diharapkan jumlah tersebut akan meningkat apatah lagi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw) telah ditubuhkan di semua negeri dengan tujuan membantu Rejimen Askar Wataniah setempat dalam pembangunan pasukan ini," katanya.

Wakil rakyat diingatkan jangan pilih kasih

Posted:

Wakil rakyat diingatkan jangan pilih kasih

Wakil rakyat diingatkan jangan pilih kasih

IPOH 18 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini mengingatkan wakil rakyat di negeri ini supaya memberi perkhidmatan kepada semua rakyat tanpa pilih kasih.

Beliau berkata, tindakan hanya memberi perkhidmatan kepada orang disukai dan golongan tertentu boleh menyebabkan rakyat membenci mereka.

"Tugas wakil rakyat ialah memberi perkhidmatan kepada semua orang kerana mereka dipilih oleh rakyat.

"Wakil rakyat juga hendaklah sedar apabila mereka tidak dipilih untuk bertanding, mereka kena terima hakikat untuk memberi laluan kepada calon yang boleh diterima rakyat," katanya di sini hari ini.

Zambry berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-24 Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Perak di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mahu seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) membuat akujanji memastikan tiada lagi sengketa dalaman atau sesama parti komponen sebagai syarat untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekali gus membolehkan kembali memerintah di Selangor.

Zambry berkata, peringatan Perdana Menteri itu seharusnya menjadi iktibar kepada semua wakil rakyat untuk turun padang bertemu dengan rakyat.

Kata beliau, kerajaan negeri sentiasa menggunakan pendekatan 3P iaitu turun padang, perasaan dan penyelesaian untuk memastikan rakyat kembali memberi sokongan kepada kerajaan BN di Perak.

Menteri Besar raikan 240 imam, bilal dan siak

Posted:

Menteri Besar raikan 240 imam, bilal dan siak

Menteri Besar raikan 240 imam, bilal dan siak

IPOH 18 Sept. - Seramai 240 orang yang terdiri daripada imam, bilal dan siak diraikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada majlis Minum Pagi di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.

Mereka adalah peserta yang akan menyertai Kursus Pemantapan Nilai-Nilai Islam Gagasan 1Malaysia di Bangi, Selangor pada 19 hingga 20 September ini.

Zambry dalam ucapannya meminta para iman, bilal dan siak menjadikan masjid dan surau sebagai tempat untuk menyatupadukan masyarakat Islam di negeri ini.

"Masjid dan surau adalah tempat terbaik untuk kita mengimarahkan, tempat untuk kita mendalami agama Islam dan bukan menjadikan tempat itu untuk mendatangkan kemudaratan," katanya di sini hari ini.

Zambry berkata, peranan imam sekarang lebih besar dalam pembangunan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau berharap, imam dapat menanamkan semangat kasih sayang dan perpaduan demi meningkatkan syiar Islam di kalangan umat Islam di negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved